Perjalanan aktiviti seterusnya UMMAH AID @ KUALA MU  

Posted by ummahaid in

Insyaallah, UMMAHAID akan meneruskan beberapa misi seterusnya selepas raya ini, dengan aktiviti yang boleh diikuti oleh sahabat2 sekalian.

Misi ke 11 @ Perkampungan Orang Asli Kuala MU, Sungai Siput.

Tarikh : 2,3,4 hb november 2007
** Perjalanan peserta akan dimulakan dengan berkumpul di susur keluar Kuala Kangsar pada jam 11 pm. Perjalanan untuk ke Kuala Mu akan dilakukan pada malam tersebut (bergantung kepada cuaca dan keadaan jalan).

::Modus Operandi::

  • Mengedarkan bekalan hari raya kepada penduduk kampung. jadi kepada peserta yang punya keinginan untuk berkongsi makanan seperti kuih dan biskut raya, atau pakaian dialu-alukan untuk membawa makanan tersebut.
  • meneruskan aktiviti dakwah bersama golongan kanak-kanak dan belia di Kuala Mu.
**dalam perjalanan ini juga, kita akan cuba membawa seramai 3 orang wanita Kuala Mu untuk belajar teknik-teknik mengajar mengenai asas agama. Sebagai tambahan, mereka pernah mendapat pendidikan agama di kelantan.

**Insyaallah, kita akan menggunakan segala ilmu yang mereka perolehi untuk mengajar kanak-kanak di Kuala Mu. Latihan pengajaran & pembelajaran akan dijalankan di sebuah tadika islam di Pulau Pinang.

::jadi, kepada sahabat-sahabat yang ingin membantu dalam bentuk bantuan kewangan, khidmat nasihat dan sebagainya amat dialukan, bagi melancarkan proses pembelajaran 3 orang wanita Kuala Mu ini.

::Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi sdr. Ridzuan di who_83@yahoo.com.

This entry was posted on 10.08.2007 at 6:28 PTG and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 komen anda

Catat Ulasan