Pada 27 dan 28 hb 11 2007, Ummah Aid telah berkesempatan untuk turut serta dengan 81 Pertubuhan-pertubuhan (NGO) Islam didalam satu persidangan. Persidangan ini brtujuan menghimpunkan pertubuhan yang berpaksikan kepada agenda Islam dan berbincang mengenai situasi Islam masakini dan keadaan umat Islam di seluruh negara.
Persidangan telah berjaya mengumpul sebilangan ahli ilmuan dan profesional seperti Dr Siddiq fadzil, Prof. Madya Dr. Muhammad Nor Manuty, Tn Hj Azmi bin Abdul Hamid dan lain-lain lagi. Fokus utama perbincangan adalah merangkumi pelbagai lapangan perbahasan seperti undang-undang, ekonomi, politik, sosial dan kebajikan umat.
Ummah Aid telah mejalinkan hubungan dengan beberapa NGO yang turut terlibat didalam aktiviti dakwah dan kebajikan kepada masyarakat Islam. Alhamdulillah, perkongsian maklumat dan pengalaman daripada peserta yang hadir dapat digunakan dan digabung kan untuk program-program yang mendatang.
Turut hadir didalam persidangan ini adalah Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau telah memberikan pandangan dan ransangan yang utuh kepada peserta supaya terus bersedia menghadapi segala halangan didalam menegakkan syiar Islam.
CORETAN NAN INDAH KOMUNITI TEMIAR DI KAMPUNG REDIP, POS HAU
-
*Awal Coretan*
Catatan ini dibuat bukanlah dari hasrat penyelidikan. Tetapi lebih kepada
coretan sampingan dari program kemasyarakatan, “Jejak Orang Asli...
5 tahun yang lalu