Laporan Dakwah Orang Asli Kuala Mu, Sg Siput Utara, Perak.  

Posted by ummahaid in

Tarikh:

30.11.2007 – 2.12.2007

Peserta:

Ustaz Wahab ( Muhammadiah International )

Mohd Ridzuan (CAP)

Nurfitri Amir Muhammad ( Bota, Perak )

Nadhirah Mohd Azam ( UPM )

Nadiah ( PKPIM UPM )

Ilham ( TERAS )

Kak Ros ( Sbrg Jaya, P. Pinang )

Salman ( TERAS )

Wan ( TERAS )

Mahzan ( IPTB )

En. Rashid ( Persatuan Ulama’ P. Pinang )

En. Rashid ( Muhammadiah International )

Ifwat ( UiTM Merbok )

Sakinah Akmal Hisham ( Institut Al Razi )

Siti Rohani Azimi ( Institut Al Razi )

Nur Shafida Ahmad ( Institut Al Razi )

Umu Aiman Salleh ( Institut Al Razi )

Fikriah ( Merbok )

Aishah ( Merbok )

Nur Akmal Mohd Sambi ( USM )

Shaikh Amar ( Arab Saudi )

Zulzaidi ( PMI UM )

Aktiviti:

  1. Membuat peta kawasan Kuala Mu berserta isi rumah. ( Belum siap sepenuhnya, masih memerlukan masa yang lebih panjang ).
  2. Membuat profile kanak-kanak Kuala Mu. Maklumat mereka diisi di dalam satu borang berserta gambar mereka. ( belum siap sepenuhnya, masih memerlukan masa yang lebih panjang dan maklumat perlu dikemaskini secara berkala )
  3. Mengadakan Cak Raya, ( bubur kacang, Sup Ayam, Nasi Goreng ) di Kuala Mu.Solat berjamaah bersama kanak-kanak Kuala Mu dan mengajar mereka bersyahadah.

Lain-lain Perkara:

  1. Terdapat ramai peserta yang baru pertama kali menyertai program ini dan mereka berazam untuk memberikan komitmen.
  2. Kami terkandas sehari kerana laluan keluar terhalang oleh balak yang tumbang akibat angin kencang. Kami dijadualkan meninggalkan Kuala Mu pada tengahhari hari Ahad tetapi terpaksa ditangguhkan pada pagi isnin.
  3. Untuk makan malam pada hari Ahad, kami membuat keputusan untuk pergi mancabut ubi kayu yang ditanam di kebun Alang di atas bukit yang curam. Peserta mendapat pengajaran yang sangat bermakna betapa susahnya mendapatkan makanan di Kuala Mu.
  4. Pacuan Empat roda yang dibawa banyak kali terkandas di kawasan lumpur terutama berhampiran padang Sek. Keb. Kuala Mu. Semasa perjalanan naik ke Kuala Mu, Land Rover Yala mengalami kerosakan teruk di bahagian absorber di mana ia telah patah akibat terjatuh kedalam laluan parit yang terbentuk akibat aliran air hujan ( kering pada waktu itu ). Land Rover Yala juga mengalami kebocoran radiator. Usaha untuk membawa balik Land Rover tersebut dalam perjalanan pulang gagal dan terpaksa ditinggalkan.
  5. Cikgu Bob banyak membantu membawa peserta naik ke Kuala Mu dan turun ke Felda Lasah.

Semua peserta pulang ke kediaman masing – masing selepas Isyak.

This entry was posted on 12.28.2007 at 7:16 PTG and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 komen anda

Catat Ulasan