Aktiviti Pertama bagi tahun 2008 - perjalanan ke Kuala Mu  

Posted by ummahaid

Assalammualaikum,

Alhamdulillah, tabir baru tahun 2008 dibuka dengan penuh kenangan terutama bagi penggerak Ummah Aid. Perjalanan program pertama tahun ini cukup memberi kesan positif buat kami. Pelbagai dugaan yang terpaksa kami tempuhi demi membawa mesej Islam ke seluruh umat manusia.

Perjalanan aktiviti bagi tahun ini dimulakan dengan mengadakan lawatan susulan ke perkampungan orang asli di Kuala Mu.

Disini, saya sertakan catatan pengalaman salah seorang peserta yang mengikuti aktiviti tersebut.

Laporan Perjalanan ke Kuala Mu 5 – 6 Jan 2008;

Menguji Kesabaran , Mengikat Kasih Sayang.

5 Jan 2008:

  • 1.00am - Rombongan kami seramai 9 orang tiba di masjid Felda Lasah. Kami bermalam di sini sementara menunggu rombongan ustaz wahab yang sampai sekitar jam 4.00am. Ujian bermula; bertarung dgn nyamuk dan kedinginan. Tapi semangat kami masih kuat untuk meneruskan perjalanan mendaki ke Kg Kuala Mu
  • 6.30am – Selasai solat subuh kami bermesyuarat untuk mengatur perjalanan kami. Saudara Salman telah dipilih sebagai Ammir, Saudara Samsudin sebagai imam. Tugas diberi, ikatan silraturahim dibentuk dengan sesi taa’ruf sesama ahli rombongan. Sungguh bagi saya tiada yang paling membahagiakan selain berpeluang mengikat tali persaudaraan dan kasih sayang di jalan Allah.
  • 9.00am – Selesai bersarapan dan membeli sedikit bekalan yang masih kurang, kami seramai 13 orang memulakan perjalanan ke Kuala Mu. Bagi saya yang pertama kali menyertai ekspedisi ini tertanya2 di dalam hati, apa, siapa dan kenapa kami ke sana. Terdetik di hati saya yang hidayah Allah itu sangat mahal dan semoga perjalanan kami ini menjadi jalan kepada sampainya hidayah Allah kepada kaum yang terpinggir dan terasing di Kuala Mu.
  • Alhamdulillah cuaca yang cerah membantu perjalanan kami, Land Rover Yala dan kementerian kesihatan menyusur laju jalan-jalan balak , turun naik bukit dan belukar, menikmati dan menginsafi kebesaran Ilahi. Alangkah indahnya alam ciptaan Allah ini, ketenangan dan kedamaian jauh dari kesibukan kota kami nikmati. Akhirnya kami berhenti di satu kawasan yang kami panggil R&R. Separuh perjalanan telah dilewati. Alhamdulillah perjalanan kami lancar.
  • 12.00pm – Setelah berehat sekitar sepuluh minit, kami meneruskan perjalanan. Ujian pertama bermula, land rover Yala kekeringan air dan terpaksa berhenti, malangnya bekalan air ada di land rover yg satu lagi. Tiada pilihan, air mineral terpaksa digunakan. Perjalanan diteruskan dan ujian kedua menyusul, jambatan kayu yg perlu kami lalui berlubang, kami terpaksa berhenti untuk membetulkannya. Alhamdulillah kami dapat meneruskan perjalanan. Langit mula mendung, hujan renyai2 mula turun, perjalanan masih jauh. Kami bergegas kerana kuatir hujan akan semakin lebat dan jalan akan bertambah licin. Allah merancang dan kami juga merancang, tetapi perancangan Allah adalah lebih baik. Hujan semakin lebat, jalan mula berlopak dan berlumpur. Kali ini ujian ketiga yang lebih mencabar menguji kesabaran dan kesungguhan kami. Kali ini pokok yang menghalang laluan dan jalan yg licin menyebabkan kami gagal meneruskan perjalanan. Pelbagai cara dan ikhtiar dibuat, kami terhenti lebih kurang 3 jam disini. Hujan masih turun, kami tetap terus mencuba. Di sinilah pengalaman berharga saya dapat, keinginan untuk ke Kuala Mu mengatasi segala-galanya. Tanpa menyesal dan mengeluh kami terus mencuba dan berusaha. Nilai kesabaran sangat berharga disaat2 seperti ini.
  • 4.00pm – Akhirnya kami mengalah dan yang pasti mesti ada hikmahnya. Kami bermesyuarat dan Ammir membuat keputusan untuk berpatah balik dan memilih untuk ke Kg Orang Asli Perjek. Perjalan turun diteruskan dan lebih mencabar. Ujian keempat terpaksa kami hadapi, land rover kesehatan tersangkut di Bukit Petai. Setelah di cuba pelbagai cara, akhirnya kami berjaya mengatasinya. Ketika ini sifat tawakkal kepada Allah benar-benar terasa. Memang sudah fitrah manusia, ketika kesulitan hanya Allah tempat kami bergantung.
  • 6.30pm – Alhamdulillah akhirnya kami sampai di kampong Perjek. Kami bergegas membersihkan diri untuk solat. Tok batin menyambut kami dengan baik, selesai solat kami bermesyuarat lagi untuk menyediakan makanan malam, dan mengatur program kami besok. Generator dihidupkan, hujan masih gerimis. Kepenatan seharian diperjalanan membuatkan kami tidur awal malam itu.

6 Jan 2008

  • 5.30am – kami bangun, solat dan terus bersiap2 untuk menyediakan sarapan pagi. Sepeket bihun besar habis dimasak. Kami terus menghampiri anak-anak orang asli. Cuba bermesra dan menghiburkan mereka, Di kampung ini hampir 90% penduduknya islam tetapi malangnya pengamalan islam di sini sangat minimal. Akidah menjadi didikan utama, solat bersama dengan mereka dan sebagainya. Alhamdulillah saya rasa anak2 org asli ini mempunyai potensi yg besar, Cuma suasana menjadi penghalang mereka.
  • 11.00am – kami mula bergotong-royong untuk menyediakan Cak Raya. Alhamdulillah, walaupun ringkas (Kari ikan masin, sayur kubis) ramai anak2 dan penduduk kampong dapat menikmati makan tengah hari bersama2.
  • 5.00pm – kami mula berkemas2 dan membersihkan surau yang menjadi tempat penginapan kami. Sebelum pulang, sedikit pakaian terpakai yg kami bawa diagihkan kepada penduduk kampung. Kegembiraan terpancar di hati kami melihat anak2 yang berebut-rebut untuk mendapatkan pakaian terpakai tersebut.
  • 6.30pm – setelah bergambar dan bersalaman dengan tok batin dan penduduk kampong, kami bertolak untuk pulang. Seribu satu kenangan, pahit dan manis kami hadapi. Yang penting semoga ianya menjadi jalan hidayah Allah SWT untuk sampai ke sini. Bukan hasil yang kami tagih, kerana hidayah di tangan Allah, Cuma usaha dan kesungguhan utk mengeratkan hubungan kasih saying dgn org asli di kampong ini yg cuba kami tunjukan.
  • 9.00pm – kami singgah di rumah Cikgu Bob, berkemas-kemas dan menikmati sedikit juadah sebelum pulang ke rumah masing2. Tekad dan keinginan terus diperkuatkan untuk datang semula ke Kuala Mu meneruskan usaha kami membuka jalan hidayah Allah SWT.

This entry was posted on 1.07.2008 at 7:03 PTG . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

3 komen anda

Tanpa Nama  

Alhamdunillah. Rasanya semuanya selamat. Saya sendiri dapat merasai segala kesusahan dan ujian yang dihadapi untuk ke Kuala Mu.

Setakat ini, saya masih belum dapat mencari masa yang sesuai untuk ke sana. Saya berharap agar disuatu masa nanti saya dapat pergi bersama-sama dengan anak angkat saya.

Insyallah.

7 Januari 2008 pada 10:30 PTG
Tanpa Nama  

Alhamdulillah mash ada org yg sggp berssh demi menjlnkan tggjwb sbgi saudara sesama islam... sggh terasa kesusahan dn kepayahan kalian.. sy kagum dgn kesbrn dan usaha kalian... semoga kalian dpt meneruskan perjuangan ini di mase akan dtg... kalaulah sy juge berpeluang, sy ingin pergi bersama...
smg usaha kalian berjihad djln Allah ini beroleh kejayaan...

25 Januari 2008 pada 9:27 PTG

ana x bpeluang p k.mu untuk bulan jan tu...windu nak p sane..

4 Februari 2008 pada 12:18 PG

Catat Ulasan