LAPORAN ZIARAH, DAKWAH DAN QURBAN DI CHIANG RAI, THAILAND  

Posted by ummahaid

Assalammualaikum,

Berikut adalah beberapa catatan yang telah dilakukan oleh salah seorang daripada ahli UMMAH AID yang berkesempatan mengikuti aktiviti dakwah di Chiang Rai, Thailand, baru-baru ini.

LAPORAN ZIARAH, DAKWAH DAN QURBAN DI CHIANG RAI, THAILAND

Ummah Aid & Muhamadiyah International

15 DISEMBER 2007

Masa

Laporan

8.00 pagi

Semua peserta program Qurban Thailand berkumpul di kedai Cikgu Musni di Kepala Batas dan bersarapan pagi disana. Mesyuarat ringkas perjalanan ke Bukit Kayu Hitam dan sepakat semua peserta bahawa Ustaz Wahab menjadi Amer perjalan ke bukit kayu hitam dengan menggunakan land rover ustaz wahab a.k.a YALA. Perserta yang mengikuti program tersebut dari Malaysia adalah :Zulzaidi, Ustaz Wahab, Haji Sharif, Haji Yusof, Haji Nasir, Haji Ismail, Ustaz Rashid

9.30 pagi

Bertolak dari kedai Cikgu Musni dengan menggunakan landrover Ustaz Wahab ke Sungai Petani untuk mengambil seorang lagi peserta Ustaz Adam dan terus bergerak ke Bukit Kayu Hitam.

12.30 tengahari

Sampai ke Bukit Kayu Hitam. Ke semua peserta melengkapkan dokumen bagi kemasukan ke Thailand dan juga penukaran wang RM kepada Bath. Peserta dari Thailand datang ke Bukit Kayu Hitam untuk membawa peserta Malaysia ke Thailand dengan menggunakan 2 van Muhammadiah International

1.30 petang

Bertolak dari Bukit Kayu Hitam menuju ke Thailand dan terus ke masjid di Danok Thailand

2.00 petang

Solat berjemaah jamak takdim seterusnya mesyuarat perjalanan.

Butir-butir mesyuarat :

¨ Melantik Amer Perjalanan.

o Amer Umum : Ustaz Yusof Thailand

o Amer Malaysia : Ustaz Wahab

o Juruwang : Ustaz Sharif

o Juru Masak : Ustaz Ibrahim

¨ Membayar Kos Perjalanan Peserta:

o Thailad Bath 3000

o Malaysia Rm 500

2.30 petang

¨ Makan petang di danok kedai Haji Syukri

Menu: nasi putih, tomyam, kailan ikan masin, daging kicap.

4.30 petang

Berangkat untuk ke Chiang Rai. Van dipandu oleh Ustaz Abdullah dan Ustaz Mohktar. Suasana pemandangan agak menarik walaupun tiada perbezaan dengan suasana di Malaysia . Minyak yang digunakan di Thailand agak mahal iaitu sekitar 29.90 bath seliter berbanding Malaysia RM 1.90 seliter

10.00 malam

Solat berjemaah jamak takhir di Suratthani serta tazkirah ringkas Ustaz Yusof.

Makan malam. Nasi putih daging mask pedas makan dalam polistrin bagi menjimatkan masa.

16 DISEMBER 2007

2.45pagi

Mengisi minyak di Ban Saddai Thailand

3.45 pagi

Sampai di Masjid Ansar serta berehat di sana .

5.55 pagi

Solat tahajud dan subuh serta tazkirah oleh Ustaz Yusof,Ustaz Wahab dan Ustaz Najib berkisar tentang metode dakwah yang akan digunakan di Thailand mengikut uruf tempat dan juga berkisar tentang dakwah rasul-rasul terdahulu terhadap umatnya.

7.00 pagi

Makan pagi

Menu: nasi putih, telur dadar, sup telur roti dan kaya

8.00 pagi

Bergerak dari Masjid Ansar

3.00petang

Berhenti membeli barang makanan seharian di pasar Sangpinong yang bermaksud dua beradik. Disana Ustaz Ibrahim membeli ikan dan sayur khailan.

3.45 petang

Sampai di Masjid Nururrahman. Persiapan untuk makan petang serta solat jamak takhir.

Makan petang: nasi putih, tomyam ikan haruan, ikan lampam goreng, khailan ikan masin

5.30 petang

Bertolak dari masjid nururrahman

8.40 malam

Tiba di Masjid Nangkon Sawat untuk solat jamak takhir, mesyuarat perjalanan oleh Ustaz Yusof.

Minum teh tarik malam disediakan oleh imam masjid dan makan roti kuah sardin.


10.00 malam

Bertolak dari masjid


17 DISEMBER 2007

5.00 pagi

Sampai di stesen minyak Ampe Chai dan solat subuh disitu.tazkirah diberikan oleh Ustaz Yusof (Amer) dan Sheik Faiz. Tazkirah berkisar tentang dakwah bagi umat islam era ini.

2.00 petang

Tiba di daerah Phayau. Di Masjid Ismail Islami.

Solat jamak takdim dan berehat kerana kepenatan berada didalam van selama 2 hari.

2.45 petang

Bertolak dari Masjid Ismail ke Kg. San Thi Suk untuk operasi dakwah disana. Perjalanan mengambil masa satu jam mendaki bukit menaiki lori . Perjalanan amat menarik kerana diatas bukit dapat dilihat pemandanagn yang sungguh indah yang sukar untuk ditemui dimana-mana tempat.

5.45 petang

Tiba di Kg San Thi Suk tetapi tidak dapat bertemu dengan Ketua Kampung.

Persiapan untuk makan malam:

nasi putih, sup telur, sayur goreng

6.30 petang

Solat jamak takdim. Tazkirah ringkas oleh Ustaz Najib. Makan malam seterusnya bergerak kerumah Ibrahim dan Hajar untuk tidur malam dirumah ibu mereka.

8.30 malam

Operai dakwah. Orang di sekitar itu memberi teguran bahawa waktu malam bukan waktu yang sesuai untuk berziarah kerana orang disitu kepenatan dan mahu berehat keranan bekerja masuk hutan.

Dakwah kepada guru sekolah. Guru itu sedang minum arak dan cakap dalam keadaan yang agak memualkan. Dan perbincangan diteruskan dan cadangan menyatakan bahawa esok adakan diberi peluang untuk bercakap dihadapan pelajar-pelajar sekolah dengan memberi sedikit sumbangan bagi kegiatan sukan disekolah.

09.00 malam

Masak untuk persiapan sahur

10.30 malam

Rehat dan tidur


18 DISEMBER 2007

3.00pagi

Bersiap untuk sahur kerana puasa sunat hari arafah.

5.15pagi

Solat subuh serta tazkirah oleh Ustaz Nasir Maresa dan Ustaz Yusof (amer)

6.50 pagi

Berdakwah disekitar perumahan San Thui Suk dan telah ada beberapa orang yang telah masuk Islam, ada yang memeluk Islam kerana kemahuan dan ada yang memeluk islam kerana yakin kehidupan di syurga nanti dan kalimat shahadah adalah anak kunci pintu syurga

8.15 pagi

Bertolak ke sekolah di San Thi Suk untuk program penyerahan sumbangan kepada sekolah sempena sukan sekolah bernilai RM 300.

Ustaz Babajib yang telah menyerahkan sumbangan terserbut kepada wakil pelajar disana. Babajib telah melafazkan ucapan keramat shahadah mengucap kepada pelajar-pelajar sekolah dan hampir 80 peratus pelajar telah mengucap kalimat anak kunci pintu syurga itu.

9.15 pagi

Persiapan untuk pulang ke Masjid Ismail Islami Phayou dan sebelum pulang Ustaz Yusuf (Amer) sempat mengilsamkan pemandu lori dan diberi nama Umar. Bertolak ke Phayou sambil mengambil buluh lemang untuk persiapan raya.

10.45 pagi

Sampai di Masjid Ismail Islami Phayou dan berehat

2.00 petang

Pergi ke pasar Ping untuk membeli barang-barang makanan. Dapat dilihat di pasar itu bahawa penjualan babi adalah biasa dan ada yang menyatakan bahawa babi disana adalah makanan lazim penduduk dikawasan itu.

5.00petang

Bertolak dengan Faiz, Ustaz Nasir, Zulzaidi dan Ustaz Hassan ke tempat pembelian kambing yang jaraknya 80 kilometer dari Masjid Ismail. Kambing yang dibeli adalah 5 ekor dengan harga RM 800.

Masuk waktu magrib dan kami berbuka puasa dengan buah kurma dan air kelapa.

9.00 malam

Pulang dan singgah dirumah pemandu kereta untuk solat jamak takhir disana. Sampai di Masjid Ismail Islami berehat serta menyiapkan persiapan hari raya.


19 DISEMBER 2007

4.45 pagi

Bangun solat tahajud

5.15 pagi

Solat subuh dan tazkirah oleh Mamu Yusof

8.00 pagi

Persiapan untuk solat aidiladha. Sebelum solat pengenalan ringkas tentang aidiladha oleh Ustaz Yusof (amer). Solat Aidiladha dan khutbah dipimpin oleh Babajib.

9.00 pagi

Korban mula dilakukan dan sembelihan kambing oleh Adam,Rashid,Babajib,Sembelihan lembu oleh Ustaz Yusuf (amer), Abdullah Yala dan Mokhtar.

1.00 petang

Bergerak ke Chiang Rai untuk ke Masjid Bahaui

7.00 petang

Sampai di Golden Triangle untuk melihat pemandangan 3 buah negara iaitu Thailang, Burma dan Laos. Hajat kesemua peserta adalah supaya dapat menjadikan Sungai Mekong tempat ambil wuduk dan mandi junub.

8.00 malam

Sampai di Masjid Pangsa bertemu dengan Ustaz Ahmad Siddiq. Solat Jamak

8.30 malam

Tazkirah oleh Ustaz Ahmad Siddiq dan Ustaz Wahab sebelum makan.

9.00 malam

Makan malam dengan daging korban

10.30 malam

Persiapan untuk membuat CD bagi gambar ziarah Thailand dengan menggunakan laptop Ustaz Ahmad Sisddiq.

20 DISEMBER 2007

4.00 pagi

Solat tahajud

5.30 pagi

Solat subuh dan tazkirah oleh Ustaz Ahmad Siddiq. Tazkirah dlam linkuang dakwah di kawasan Chiang Rai.

7.00 pagi

Bergerak ke Masjid Islam Pangsa diatas bukit. Bertemu dengan ustaz disana dan menyelidik sejarah pembuatan masjid yang mana dahulu masjid hanyalah dibuat dari buluh dan sekarang dibuat dari batu. Bertemu dengan ibu mentua Ustaz Yusof (amer).

8.00 pagi

Bertolak untuk pergi ke Mesai sempadan Burma. Di Mesai barangan adalah murah dan berpatutan walaupun kurang berkualiti, barang yang berharga dan terkenal disana adalah batu dan jed. Berhenti di Masjid Nurul Islam Cina di Mesai sebelum berangkat pulang. Sebahagian peserta Malaysia pulang ke Malaysia dengan kapal terbang kecuali Zulzaidi, Haji Ismail, Ustaz Adam dan Ustaz Rashid.

12.00 tengahari

Bergerak ke Masjid Quba’ Daerah Pan Negeri Changrai.

2.15 petang

Sampai dan solat jamak takdim serta persiapan makan nasi goreng.

3.50 petang

Bertolak dari Masjid Quba

21 DISEMBER 2007

6.00 pagi

Subuh di Masjid Nangkon Sawat Pakistan

11.00 pagi

Pergi ke pasar di Tayang dan persiapan makan tengahari di Masjid Tayang. Masjid ini diduduki oleh orang pakistan .

4.30 petang

Solat jamak takhir di Perhentian Chumpa. Makan mee disana. Menyuarat ringkas tentang tempoh perjalanan yang mengambil masa kurang dari 12 jam lagi. selepas makan terus bergerak menuju ke Nangkon Sitamarat.

10.30 malam

Sampai di Nangkon Sitamarat berjumpa dengan Kapten Hassan dan makan kuew tiew dan nasi goreng.

22 DISEMBER 2007

3.00 pagi

Sampai di Masjid Kwanlong Hatnyai. Solat jamak takhir dan mesyuarat ringkas tentang perjalanan. Peserta Malaysia Zulzaidi, Ustaz Rashid dan Haji Ismail akan ditinggalkan di masjid kwanlong dan peserta Thailand akan terus ke Yala dan Pattani.

7.00 pagi

Bertolak dari Masjid Kwanlong ke Pekan Hatnyai Bersama Ustaz Rashid dan Haji Ismail menggunakan tuk-tuk. Beli tiket keretapi seterusnya bersiar-siar disekitar Hatnyai dan membeli sedikit barang-barang hiasan.

2.30 petang

Bertolak dengan keretapi ke Butterwoth. Sampai disempadan Thailand Malaysia di padang besar dan penukaran wang Malaysia dari wang thailand .

10.00 malam

Sampai di Pulau Pinang . Hantar Haji Ismail ke Tangjong Tokong

12.00 malam

Sampai di Kristal Height.

Disediakan oleh

Zulzaidi Bin Mahmod

01250029854/0162201456

matnyum@yahoo.com



This entry was posted on 1.14.2008 at 11:40 PTG . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 komen anda

Catat Ulasan