KUALA MU,KOTAI,BESWOK..  

Posted by ummahaid in , ,

“Kami bukan bersiap untuk pulang,,kami bersiap untuk datang lagi….!!!”
Sekali lagi roh dan jasad ini diberi peluang menjejakkan kaki di tempat itu..Sekali lagi air mata ini gugur tatkala melihat anak-anak di tempat itu sehingga terpaksa berebut-rebut semata-mata kerana sebiji kismis yang sangat kecil.. dan sekali lagi air mata menitis tatkala kaki melangkah pergi meninggalkan mereka, wajah-wajah yang damba perhatian….

Ekspedisi kali ini disertai oleh Unit Amal Pulau Pinang bersama dengan pasukan Ummah Aid terdiri daripada Ustaz Wahab, Pak Cik Khairi, Abang Anuar, Abang Shah, Mahzan, Hazwan , Afiqah dan saya sendiri. Diketuai oleh Abg Shah sebagai ‘Amir, rombongan kali ini saya rasakan lebih bermakna dengan kehadiran 3 orang pelajar USM Hannan, Zaidi dan Raj yang datang bersama skuad kameranya menjalankan penyelidikan tentang Ummah Aid serta beberapa kumpulan lain yang turut sama menyertai ekspedisi. Perjalanan kali ini pada pandangan saya yang baru setahun jagung dalam medan ini dirasakan lebih lancar. Kami dapat sampai awal di Kuala Mu seperti yang diharapkan. Alhamdulillah, tenang dan damai Kuala Mu kami jejaki sekali lagi. Terima kasih atas ruang dan kesempatan ini, Ya Allah….

Sampai sahaja kami di Pos Kuala Mu, anak-anaknya berlari mengelilingi kami. Saya seakan terpaku sendiri tatkala mereka menyebut nama saya yang sudah hampir setengah tahun “ berehat” dari Kuala Mu..Ya Allah, andai begini aku dihargai disini, ingin sahaja aku untuk terus bersama mereka.. Namun,dek tuntutan-tuntutan yang menghalang, aku pasrah… Mereka seakan-akan merindui kehadiran insan-insan yang ingin bersama mereka.. Saya bersama 3 lagi rakan, Hazwan, Mahzan dan Afiqah berusaha melayani mereka seadil mungkin.. Menyuapkan makanan kepada hampir semua anak-anak, bermain bersama, mandi bersama… Mereka seakan-akan tidak mahu berpisah jauh dari kami walaupun seketika..Sungguh, semuanya terlalu indah untuk dikenang…
Waktu petang kami yang amat dingin dan menyegarkan, mereka masih ingin bersama kami. Keletihan dan kepenatan kami abaikan seketika demi adik-adik tersayang.. Juadah yang disediakan oleh pasukan Unit Amal Pulau Pinang sungguh menyelerakan. Bak kata mereka, “ tak jumpa kat tempat lain..Kuala Mu is the only one !!”… =)

Malamnya, sekali lagi hati ini merintih… Tatkala Ustaz Wahab memanggil semua anak-anak kecilnya untuk bersolat bersama.. Anak- anak ini ternyata sudah mampu ikut bersama kami bersolat jemaah.. Tersenyum sendiri saya ketika memerhatikan mereka solat.. Siti menegur Ayu.. “ Dalam solat tak boleh cakap..SHHHH!!!”.. sambil telunjuknya diletakkan ke mulut. Saya lantas terkenang sewaktu pertama kali menjejakkan kaki ke Kuala Mu, anak-anak ini hanya mengikut segala perbuatan kami tanpa mengerti apakah yang sedang mereka lakukan.. Tapi sekarang,, segala perubahan ini saya saksikan di depan mata sendiri.. Ya Allah, benarlah.. Jalan ini hasilnya bukan setahun, bukan juga 10 tahun tapi inilah bekal untuk generasi-generasi yang bakal lahir nanti.. Semoga generasi-generasi yang bakal lahir dari anak-anak ini menjadi insan sebaiknya di dunia dan akhirat…
Seperti biasa,undangan jamuan ubi di rumah Penghulu Hadu masih menjadi agenda
utama.. Ubi goreng+Ikan masin+Gula+Sardin…Sedapnya hingga menjilat jari…=)

Esoknya, tepat jam 10.30 pagi, kami bertolak pulang dari Kuala Mu..Ciuman dan dakapan mesra mereka menghantar kami pulang..Sebak rasa hati tatkala kaki melangkah.. Namun, inilah lumrah setiap pertemuan.. Selamat tinggal adik-adikku, panjang umur kakak datang lagi….
Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Kotai ( ust Wahab panggil Raudhah sebab ada sungai mengalir di depan rumah..cantik.. ^_^ ) dan Beswok.. Bertemu muka, bertaut hati dengan mereka yang sekian lama kami rindui… Semoga pengorbanan yang sedikit ini termasuk dalam hitungan Allah Taala….Amin…
Selamat tinggal semuanya.. Hati kita sudah bertaut.. Semoga Allah menemukan kita lagi.. Andai bukan di dunia, di akhirat yang semestinya pasti……….

…salam perjuangan…

Anis bt Zakaria
IPGM Kampus Tuanku Bainun
Pulau Pinang

This entry was posted on 3.13.2009 at 2:41 PG and is filed under , , . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

1 komen anda

Teruskan perjuangan saudara2ku sekalian.
Sungguh..hati ini memberontak untuk menjejakkan lagi kaki ke sana.
Doakan moga dipermudahkan urusanku di sini agar punya kesempatan untuk ke sana

13 Mac 2009 7:53 PTG

Catat Ulasan