LAPORAN PROGRAM PERMATA HIDAYAH RUMAH KEDIAMAN ABU NUR, PENGKAAN HULU, PERAK DARUL RIDZUAN  

Posted by ummahaid in

* Pengenalan

Program ini dijalankan atas inisiatif beberapa pihak yang peka ke atas penghuni Rumah Kebajikan Abu Nur yang terdiri daripada anak-anak yatim, remaja miskin, dan mempunyai masalah sosial. Secara keseluruhannya, penghuni rumah kebajikan ini mempunyai daya pemikiran intelektual yang rendah. Jadi, program ini diadakan bertujuan untuk membantu mereka membina intelektual dan secara tidak langsung membantu mereka dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.

* Objektif

- Membantu membina daya pemikiran intelektual yang rendah.

- Menyelami perasaan dan masalah yang dihadapi dan cuba untuk menyelesaikannya.

- Mengeratkan ukhuwwah di antara fasilitator, pihak Abu Nur, dan para peserta.

* Tarikh

3 hingga 9 Disember 2007 (Isnin hingga Ahad)

* Tempat

- Rumah Kediaman Abu Nur, Pengkalan Hulu, Perak.

- Kem PLKN Pantai Merdeka, Kedah.

* Bilangan Fasilitator

20 orang

* Bilangan Peserta

80 orang

* Tentatif Program

- Pengisian rohani : Tazkirah selepas solat, pengisian dan amali dalam kumpulan, perbincangan agama, qiyamullail.

- Pengisian membina intelektual : LDK dalam kumpulan, aktiviti membina keyakinan diri, permainan mengasah minda, malam kebudayaan.

- Pengisian membina kemahiran hidup : Cara-cara mengemas bilik, memasak roti, pembelajaran asas mengenai komputer.

- Pengisian fizikal : Permainan dan aktiviti kecergasan badan.

* Respon daripada Peserta

Secara keseluruhannya hampir kesemua aktiviti yang dijalankan mendapat komitmen dan perhatian daripada peserta. Mereka semakin rapat dan sanggup berkongsi masalah besama fasilitator. Mereka juga kelihatan seronok dan mudah menerima apa yang diajar melalui aktiviti sepanjang program.

* Respon daripada Fasilitator

Semua fasilitator dapat memberikan komitmen sepenuhnya terhadap peserta sepanjang program. Para fasilitator dapat menyelami dan berkongsi masalah dengan peserta. Kemesraan yang dipupuk menyebabkan fasilitator begitu rapat dan mudah untuk menyampaikan mesej melalui aktiviti yang dijalankan.

* Rancangan Program Lanjutan

- Nama Program : ‘Program Sayangku’

- Tarikh : 7-10 Februari 2008 (Khamis - Ahad)

- Tempat : Pulau Pinang

- Anjuran : Ummah Aid & Prihatin Malaysia

* Kesimpulan

Secara konklusinya, program ini amat penting dan perlu diadakan sebagai salah satu wasilah bagi membantu masyarakat yang dikatakan keciciran serta perlu diberi perhatian. Usaha murni ini dapat memberi kesan yang baik terhadap peserta sebagai persiapan mereka untuk menghadapi hari ang mendatang. Secara tidak langsung ia juga memberi kesan positif terhadap fasilitator dalam memimpin dan mendidik golongan masyarakat yang masih lagi tergolong dalam lingkungan bawah umur.

* Harapan

Semua usaha yang dilakukan ini diharapkan dapat menjadi salah satu jalan untuk mengabdikan diri pada-Nya disamping membantu peserta yang terlibat membina intelektual dan keyakinan diri. Para Peserta juga diharapkan dapat mempraktikkan apa yang diperoleh melalui fasilitator sepanjang program. Semoga ianya dapat memberi kesan positif terhadap semua yang terlibat dalam proses menjayakan program ini. Program ini juga diharapkan agar dapat diadakan dari semasa ke semasa untuk membuahkan hasil yang lebih baik.

This entry was posted on 1.27.2008 at 6:16 PTG and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 komen anda

Catat Ulasan