SEKALI LAGI MADRASAH KUALA MU MENJADI SAKSI….  

Posted by ummahaid in

Dibawah adalah beberapa catatan yang ditulis oleh salah seorang daripada peserta yang mengikuti perjalanan Kuala Mu pada

Muhammadiyyah International, Ummah Aid dan IPSI.

www.ummahaid.blogspot.com

  • Perjalanan untuk program ke Kampung Orang Asli, Kuala Mu kali bertarikh 1-3 Februari 2008 ini disertai 28 orang, yang terdiri daripada dai’e dari Kuala Lumpur, Kedah dan Pulau Pinang.
  • 6 Orang muslimat turut serta dalam ekspedisi Kuala Mu kali ini.
  • 4 buah 4WD dan 3 buah motorcross bersama-sama membawa peserta.
  • Seruan syahadah dan iman disampaikan di Kampung Yom dan Kampung Perjek.
  • Kami tidak dapat sampai ke Kuala Mu, kerana masalah Jalan yang sangat licin dan masalah kenderaan.
  • Kali ini giliran Land Rover Yala terbalik menyembah bumi.
  • Selesai land rover Yala berjaya diangkat, sewaktu usaha menghidupkannya. Land Rover tersebut ditolak dari kedudukan yang tinggi, namun gagal dihidupkan dan menyebabkan ianya meluncur 700 meter berbelok-belok dengan sangat laju. Hampir-hampir meragut nyawa pemandu. Sewaktu Land Rover tersebut meluncur dengan sangat laju dan jalan yang disisinya adalah gaung dan bukit hanya kedengaran suara ALLAHHUAKBAR!.. ALLAHHUAKBAR!.. ALLAHHUAKBAR!.. Pastinya ALLAH lah tempat kita bergantung harap. Alhamdulillah semuanya selamat apabila Land Rover tersebut terbabas dan tidak masuk ke gaung. Pelukan sahabat-sahabat membawa pengertian betapa manisnya nikmat persahabatan di jalan Allah.
  • Peserta terpaksa berkhemah di tengah Jalan Kuala Mu, sekadar makan sayur-sayuran bersama-sama resepi telur bakar. Seorang pun tidak mengeluh perut yang lapar. Mungkin terdetik dihati masing-masing ‘Ya ALLAH bagaimana RasulMU menyampaikan Islam dan Iman dengan penuh ujian dan penderitaan’.
  • Peserta turut bertayammum menunaikan solat kerana masalah bekalan air, kerana sungai yang jauh. Kelihatan pemuda-pemuda memakai seluar yang dipenuhi lumpur dan pemudi-pemudi kelihatan ada yang memakai treksuit dan kain batik. Tunduk sujuk mencium tanah lumpur menyerahkan diri kepada ALLAH. Manisnya nikmat iman dan mudahnya Islam.
  • Usaha membawa keluar Land Rover Yala dengan gigih diketuai oleh Cikgu Bob dan Abang Ad dibantu pemuda dan pemudi tidak berjaya. Kelihatan Ustaz Wahab hanya memandang dengan pandangan yang dalam dan penuh kejernihan kepada Land Rover kesayangannya sewatu kami bergerak meninggalkan land rover tersebut. Pastinya segala yang kita miliki samaada banglow yang besar, motorsikal buruk dan hatta nyawa kita adalah milik ALLAH. Yang penting bagaimana kita memanafaatkan segala yang kita miliki itu ke jalan Allah.
  • Dalam majlis penutup semua sahabat kelihatan ingat mengingati tentang pentingnya gerakerja da’wah ini dilakukan. Mereka berkongsi mimpi untuk suatu hari nanti apabila seorang wanita ke Mekah dan orang bertanya. ‘Mak Cik dari mana’. Maka mak cik itu akan menjawab ‘Saya orang asli dari Pos Kuala MU’.
  • Malah semua menyatakan komitmen untuk terus bersama menyampaikan da’wah di Kuala Mu.Tatkala Berpisah kelihatan semua sahabat-sahabat bersalaman dan berpelukan erat, sambil bibir masing-masing melafaz ‘doakan ana untuk terus kekal dijalan ini.’
Insyaallah Bulan depan kami akan cuba lagi Ke Kuala Mu setelah 2 bulan kami gagal sampai.
Kami sedang dalam usaha untuk mencari dana untuk membeli 4wd yang sesuai untuk tujuan da’wah masyarakat orang asli dan usaha kebajikan. Doakan kami yer.....

Program seterusnya pada februari ini, 6-8 Februari Da’wah Orang Asli di Kampung Perjek. 7-10 Februari Kem Bersama Anak Yatim & Miskin Abu Nur, di Lata Celak, Baling.
23 februari Program
‘Permata Hidayah’ – Bersama Remaja (Flet Permai Indah, Penang) di USM. Dan 24 Februari ‘Seminar Masalah Remaja dan Teknik Menanganinya’ di Dewan Seminar Satu, masjid Seberang Jaya.

This entry was posted on 2.03.2008 at 11:42 PTG and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

2 komen anda

Tanpa Nama  

salam..

ana dapat cite dari shbt2 yg misi kali ni sgt mncabar..

alhamdulillah,allah bantu kalian..

dah 2 bulan ana x jejak kaki kat k.mu..windu kat adik2 kat sane..

apepun,truskan pjuangan kalian..

Nadirah~UPM

4 Februari 2008 pada 12:22 PG
Tanpa Nama  

salam.. sayu terharu tatkala saya membaca artikel ini.. mg Allah memberi petunjuk dan kekuatan dalam mengayuh dakwah yang saya fikir tidak tahu sampai mana arusnya.. ayuh bangun belia islam yg lain mg sama kita perjuangkan Islam dan identiti kita seorang muslim..

moga NUR TUHAN akan terus menyinari hati2 pnddk bumi Kuala Mu..

12 Februari 2008 pada 2:05 PG

Catat Ulasan