Perjalanan ke Beswok Jun ' 08  

Posted by ummahaid in

Salam,kpada smua pngunjung blog ini.. Ana mohon sribu kemaafan krana terlewat untuk upload lporan ke beswok blan Jun yg lepas.. Ttg gmbar2 pgram plak, ana dh cba muatkan tp ats sbb2 tertntu xdpt diuploadkan.. InsyaAllah, ana akn cba kmaskini blog ini sbaik mgkin.. Brikut adalah penceritaan sorg shabat yg join ke beswok blan jun yg lpas..

Bismillahirrahmanirrahim,

Sekali lagi,para aktivis ummah aid mengorak langkah meneruskan misi dan matlamat sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.Tanggal 6 Jun 2008,lebih kurang jam 11 malam,kami berkumpul di R&R Juru,memulakan perjalanan ke rumah Cikgu Bob di Sungai Siput Perak.Seperti biasa,riak keceriaan yang jelas ditunjukkan oleh ahli-ahli ekspedisi diiringi rasa syukur yang tidak terhingga pada Allah yang Satu menghiasi pertemuan ini.Seramai 18 orang muslimin dan 14 muslimat menyertai Misi Ziarah dan Dakwah ke Beaswok kali ini.Mesyuarat pertama melantik ‘amir yang kali ini diamanahkan kepada Sdra Izzat Anwari.


Lebih kurang jam 3.00 pagi,kami tiba di rumah Cikgu Bob.Kami memulakan perjalanan pada pagi itu juga.3 buah landrover,Yala,Celoreng dan Kesihatan meredah kegelapan dan kedinginan pagi itu diiringi semangat yang membara dalam diri masing-masing.Kami singgah di Perjet,sebuah perkampungan orang asli di situ untuk menunaikan solat Subuh.Alhamdulillah,azan Subuh sempat dilaungkan di dewan solat itu.Usai solat Subuh,sedikit ta’aruf diadakan.Sebelum memulakan semula perjalanan,kami sempat beristirehat dan ada yang mengambil peluang bermesra dan mendekati anak-anak orang asli di kampung itu.Kami bertolak ke Perkampungan Beaswok lebih kurang jam 7.00 pagi

Sepanjang perjalanan,dugaan demi dugaan yang ditempuhi berikutan jalan yang agak licin,mungkin malam sebelumnya hujan turun agak lebat semakin memberi cabaran kepada kami.Lebih-lebih lagi,jalan ke Beaswok agak curam dan berbatu.Jalan yang licin pernah sekali membuatkan Yala hampir terbalik,namun berkat sokongan ahli-ahli yang lain,diiringi laungan takbir kami berjaya mengharungi liku-liku dan cabaran yang mendatang sepanjang perjalanan.Akhirnya,lebih kurang jam 10.00 pagi,kami tiba di Perkampungan Orang Asli,Beaswok,Sungai Siput,Perak.
Ketibaan kami di Kampung Beaswok disambut agak dingin oleh penghulu kampung tersebut.Mungkin tidak biasa menerima kunjungan daripada mana-mana orang luar ke tempat mereka.Kampung itu hanya dihuni oleh beberapa buah keluarga sahaja yang hanya satu keluarga sahaja yang memeluk Islam,selebihnya menganut agama Bahai.Melihat kepada dewan sembahyang mereka yang terletak di tengah-tengah kampung itu beserta dengan ‘tazkirah-tazkirah’ yang tertampal pada dindingnya membawa saya berfikir bahawa mereka merupakan golongan yang berpegang teguh pada agama yang mereka anuti.Di atas bukit sana,ada lagi beberapa buah keluarga,mungkin satu perkampungan yang lain, yang mengamalkan ‘sewang’ di kalangan mereka.
Mesyuarat sekali lagi diadakan dan ‘amir memutuskan bahawa kami akan mendirikan khemah di kawasan atas bukit yang saya sebutkan tadi.Para muslimat dibekalkan dengan 3 buah khemah.Kami membahagikan tugas di mana muslimat mendirikan khemah manakala muslimin menyediakan makanan sebagai juadah makan tengahari kami.Diketuai Chef De Mission,Pak Su Malik,kami menikmati juadah dengan penuh bersederhana.

Pada waktu petangnya pula,para muslimat telah diberi tugas untuk membuat bancian tentang penghuni-penghuni di perkampungan ini.Reaksi yang kami terima dari mereka,pelbagai…Ada yang menyambut baik kedatangan kami di rumah mereka namun ada juga yang masih keberatan untuk melayan kami,namun semua itu tidak mematahkan semangat kami untuk terus bermesra dengan mereka dan berusaha untuk mendekati kanak-kanak di kampung ini.Panas yang disangka hingga ke petang,rupanya tidak berpanjangan.Lebih kurang jam 5.00 petang,hujan turun dengan lebatnya. Bermulalah episod ‘permaidani merah’ kami.Selut-selut merah serta lumpur menjadi corak di pakaian kami menghiasi segenap ruang pakaian.Kami mendirikan solat Jama’ taqdim Maghrib dan Isya’ di tengah-tengah dataran merah itu berbumbungkan langit,berlantaikan tanah diselangi dengan hujan renyai-renyai.Dari tempat berhampiran,bunyi nyanyian sewang yang bergema di sudut alam oleh penduduk kampung itu seakan-akan menaikkan lagi semangat kami untuk memastikan bahawa suatu hari nanti,wajah dewan itu bertukar menjadi sebuah surau untuk umat-umat Islam bersolat.InsyaAllah..
Hujan masih turn,tiada tanda-tanda akan berhenti,namun,cadangan untuk mengadakan ‘cak raya’ bersama-sama penduduk kampung itu tetap diteruskan.Pak Su dan Ababg Syah dengan bantuan para peserta yang lain meneruskan agenda dengan menyediakan makan malam kepada penduduk di situ.Cak raya diadakan,dan selepas itu para peserta mengambil peluang untuk melelapkan mata……
Esoknya,hujan masih turun.Namun tidak selebat semalam yang menghiasi tidur malam kami.Bermacam-macam cerita yang didengari pagi itu,tidur dalam sungai,tidur dalam banjir.Rupa-rupanya,ketiga-tiga khemah muslimat dimasuki air.Para muslimin pula ada yang tidur di dalam landrover,ada yang berjaga sepanjang malam.Namun tidak mengapa,segalanya kita sandarkan saja pada sebuah PERJUANGAN….

Matahari semakin menampakkan sinarnya.Pagi itu cerah.Kami mengisi slot pagi itu dengan bermesra serta bergelak tawa dengan anak-anak Kampung Beaswok.Jan-Jan Jala,Ayam dengan Musang,Nenek-Nenek Si Bongkok Tiga adalah antara ‘modul’ kami pada pagi itu.Hati saya cukup tersentuh apabila ibu bapa mereka sudah boleh tersenyum memerhatikan anak-anak mereka bermain dan bergelak ketawa dengan kami,malah menggalakkan anak-anak mereka mendekati kami.Minda saya berputar,otak saya menafsir,siapa tahu suatu hari nanti ramai dikalangan penduduk kampung ini menerima ajaran Islam yang sebenar sekaligus merubah Kampung Beaswok ini menjadi sebuah perkampungan Islam di sini.Insya Allah,kita hanya berusaha,namun hidayah itu dari Allah jua…Selepas itu,kami mengadakan sedikit diskusi dan bedah buku bertajuk Falsafah Hidup oleh HAMKA yang disampaikan oleh Sdra Amir Fitri.Semoga segala ilmu dan input-input berguna sepanjang diskusi ini dapat dijadikan panduan meneruskan hidup.
Kami bertolak pulang lebih kurang jam 12.30 tengahari dan menunaikan solat Jama’ Ta’khir Zuhur dan Asar di Kampung Perjet dan tiba di rumah Cikgu Bob lebih kurang jam 7.00 malam.Setiap yang bermula,pasti berakhir namun tidak bagi semangat yang sentiasa membara di hati kami untuk meneruskan dakwah amanah rasul junjungan ini.Peserta-peserta ekspedisi bersalaman dan berpelukan sesama sendiri sambil hati masing-masing berbisik,semoga Allah menetapkan hati kita di jalan ini………Selamat tinggal sahabat-sahabat semua,kita jumpa lagi di ekspedisi akan datang.Insya ALLAH….

Salam Perjuangan,

Anis binti Zakaria,
Inst Perguruan Tuanku Bainun,
Pulau Pinang.

This entry was posted on 6.29.2008 at 9:05 PTG and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 komen anda

Catat Ulasan