Perjalanan Kuala Mu Julai ' 08  

Posted by ummahaid in

Assalamualaikum,
kpd para pengunjung blog ummahaid brikut adalah pnceritaan perjalanan kami ke kuala Mu bagi bulan Julai lepas yg smakin lama ianya dirasakan semakin mencabar dan mnguji kesabaran dan keimanan Mujahid dan Mujahidah yg mnyertai...

Kuala Mu kami jejaki sekali lagi...

Perjalanan bermula dari Hentian R&R Juru lebih kurang jam 11 malam pada tarikh 4 Julai 2008.Kami berkumpul setelah lama ‘berehat’ dari berkunjung ke Kuala Mu.Namun,saya sedar,waktu rehat yang diperuntukkan Allah buat kami selama lebih kurang sebulan bukanlah rehat yang sia-sia.Dan saya yakin,segala gerak kerja dakwah tetap berjalan dalam aliran darah setiap ahli jemaah biarpun bukan di Kuala Mu,tapi di lapangan masing-masing.InsyaAllah…
Riak kegembiraan dan keceriaan jelas terpancar di raut wajah masing-masing.Apa tidaknya,sebulan menanggung rindu akan pertemuan Lillahi Taala ini.Pelukan mesra dan gurauan senda menghiasi pertemuan ini.Indahnya ukhuwwah yang terjalin ini,,Ya Allah.Seperti biasa,mesyuarat pertama diadakan di situ bagi melantik ‘amir dan bilal yang bakal mengetuai ekspedisi kali ini.Mesyuarat yang dikendalikan oleh Abang Nuar dan Abang Syah ini akhirnya memberikan amanah dan tanggungjawab sebagai ‘amir ini kepada Sdra Mahzan bin Abd Mutalib.


Kami memulakan perjalanan seperti biasa ke Sungai Siput,Perak lebih kurang jam 12.00 a.m.Perjalanan dengan 3 buah kenderaan ini mengambil masa lebih kurang 3 jam dan akhirnya,lebih kurang jam 3.00 pagi,kami sampai di hadapan rumah Cikgu Bob.Alhamdulillah,perjalanan kami dari Juru ke Sungai Siput berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang tidak diingini.Sesampainya di rumah Cikgu Bob,saya diselubungi rasa hairan kerana kelibat Yala dan Celoreng,landrover yang biasanya kami naiki ke Kuala Mu masih tidak kelihatan.Setelah bertanya,barulah saya tahu rupa-rupanya Celoreng masih berda di Kuala Mu bersama ustaz Wahab yang berada di sana.Kami tidak dapat bertolak pada malam itu juga kerana kekurangan kenderaan untuk membawa kami ke atas sana.Mesyuarat kali kedua diadakan dan ‘amir memutuskan agar kami berehat di sebuah masjid di situ sementara menunggu kehadiran ustaz Wahab bersama celorengnya.Kami berehat di masjid itu sehingga pagi…..

Pagi esoknya,setelah bersarapan,kami mashi tidak dapat memulakan perjalanan kerana setelah beberapa jam menunggu,kelibat Ustaz Wahab masih belum kelihatan.Sementara landrover Kesihatan pula mengalami sedikit masalah sehingga para muslimin terpaksa menolaknya beramai-ramai ke stesen minyak yang terletak sejauh lebih kurang 3 km.Hati saya dipagut rasa kagum yang tidak terhingga tatkala melihat kerjasama dan kesungguhan para aktivis dalam usaha menghidupkan landrover itu.Sehingga,tanpa disedari,mereka telah menolaknya hampir 3 km.Minda saya lantas teringat akan satu peribahasa yang saya selalu gunakan ketika bersekolah dahulu,,, ‘Bulat Air kerana Pembentung,Bulat Manusia kerana Muafakat…’

Hari sudah semakin menginjak ke dewasa,panas cahaya matahari semakin terasa.Landrover Kesihatan masih belum dapat diselamatkan.Kelibat Ustaz Wahab pun masih belum muncul.Secara peribadi,hati kecil saya dipaut rasa resah..Pelbagai persoalan bermain di minda…Adakah kali ini kami akan sampai ke bumi Kuala Mu..?Bagaimana keadaan ayahanda Ustaz Wahab yang masih belum kunjung tiba…?Namun,lantas hati saya terpujuk dengan janji Allah,,IntansuruLLah,Yansurukum…Keyakinan lantas timbul bahawa Allah akan sentiasa bersama-sama dengan kami selagi mana hati kami tetap ikhlas di jalanNya..InsyaAllah..
Janji Allah pasti berlaku…Lebih kurang jam 11.00 tengahari,Ustaz Wahab bersama celorengnya muncul..Alhamdulillah..Mesyuarat sekali lagi diadakan dan kami akan bertolak ke Kuala Mu dengan 3 buah kenderaan berikutan ‘Kesihatan’ yang masih belum sembuh..celoreng,Unser dan sebuah Pajero hijau.Kami memulakan perjalanan ke Kuala Mu lebih kurang jam 12 tengahari…
Sesampainya di Perjek,kami terpaksa bergerak dengan hanya 2 buah kenderaan sahaja berikutan Unser yang tidak mampu untuk mendaki bukit ke Kuala Mu.Saya merupakan salah seorang di antara 6 orang muslimat dan 2 orang muslimin yang terpaksa menunggu dijemput untuk trip ke dua.Iringan doa dari kami menghantar dan mengiringi 2 buah kenderaan pertama yang akan ke Kuala Mu.Semoga perjalanan mereka selamat.InsyaAllah…

Di Perjek,kami cuba mendekati anak-anak orang asli selain berkongsi cerita dengan kaum-kaum ibu di situ.Pada mulanya,mereka agak segan dan takut untuk mendekati kami,tapi akhirnya,mereka sudah mula duduk satu bulatan kami bermain bersama-sama dan bergurau senda.Lagu “Kenali Allah” kami cuba terapkan dalam jiwa anak-anak ini dan Alhamdulillah,,respon yang kami terima amat positif.Melihatkan seorang anak kecil, Aspalela yang menyebut Allah..Allah..Allah.. ketika bermain meyakinkan saya bahawa mereka amat memerlukan tenaga-tenaga kita untuk membimbing mereka mendalami Islam yang sebenar.InsyaAllah,mereka mampu untuk menjadi sorang Muslim yang bukan sekadar berlesenkan syahadah semata-mata tetapi juga amalan dan I’tiqad selaras dengan ajaran Islam yang sebenar.

Usai Solat Zohor berjemaah,kami sama-sama duduk bersama mendoakan keselamatan dan kesejahteraan para jemaah yang sekarang kami tidak tahu keadaannya.Selamatkah mereka…?Sampaikah mereka ke bumi Kuala Mu…?Segalanya kami serahkan pada Allah yang Maha Kuasa.Slot petang itu turut diisi dengan sesi muhasabah diri..Apakah dugaan berat yang kami terima hari ini adalah kifarah dari dosa-dosa yang kami lakukan selama ini…?Atau ini adalah rencah perjuangan dan jihad yang perlu kami lalui sebagai seorang dae’i…?Atau ia adalah ujian tanda Allah menyayangi kami…?Ya Allah,,andai ujian ini tanda kau menyayangi kami,kami redha Ya Allah…Andai ujian ini tiba sebagai balasan pada dosa-dosa yang telah kami lakukan,,ampunkanlah dosa-dosa kami ini…Kami kerdil Ya Allah….Hampir menitis air mata saya tatkala Sdra Jundullah merakam kembali detik-detik kesusahan yang kami lalui setiap kali menuju ke Kuala Mu..Tapi Allah Maha Adil…menolong setiap insan yang menolong agamaNya..Sepanjang ekspedisi ke Kuala Mu,dugaan yang hadir menolong kami mematangkan diri..Menghadiahkan kami pengajaran yang amat memberi impak dalam hidup kami…

Subhanallah,,benarlah setiap yang berlaku penuh dengan hikmahnya…..
Kami meneruskan penantian di Kampung Perjek..Akhirnya,lebih kurang jam 5.00 petang,kelibat Celoreng muncul jua..Alhamdulillah…Kami bertolak ke Kuala Mu lebih kurang setengah jam selepas itu selepas memindahkan barang-barang dari Unser ke Celoreng..Perjalanan diteruskan…Tiba-tiba,selepas 20 km,Celoreng tiba-tiba tidak dapat bergerak..Ya Allah,,sekali lagi kami diuji..Sdra Jundullah dan Sdra Salman berjalan kaki menuju ke perkampungan berhampiran meminta bantuan.Hari sudah semakin kelam…Kami memasang unggun api,menghampar tikar dengan tujuan untuk duduk dan menunaikan solat maghrib di situ..Kami bertayammum sebelum menunaikan solat dan mengerjakan solat di situ..Sedang kami mencari jalan untuk memaklumkan kepada sekumpulan jemaah lagi di Kuala Mu untuk menghantar bantuan,tiba-tiba Allah menghantar kepada kami seorang penduduk Kuala Mu yang kebetulan mahu menuju ke Kuala Mu..Alhamdulillah…Pesanan dikirimkan…dan kami menanti sekali lagi…

Hari sudah menginjak malam…Perut berkeroncong minta diisi..Alhamdulillah,hidangan telur bakar menjadi juadah makan malam kami ketika itu..Cukup untuk mengalas perut kami...Hampir 3 jam menunggu,semua jemaah tertidur kepenatan…Jam sudah menunjukkan jam 10.00 malam…Kami masih bersabar menunggu…Tiba-tiba,tidur kami dikejutkan dengan cahaya lampu dari sebuah kenderaan.Alhamdulillah,,akhirnya lebih kurang jam 10.30 malam,kami meredah kegelapan malam menuju ke Kuala Mu..Meninggalkan nota buat dua orang saudara lagi yang pergi meminta bantuan..Ya Allah,,selamatkanlah mereka….
Segala dugaan di perjalanan ditempuhi dengan sabar ditemani kepekatan malam dan kedinginan yang mencengkam sehingga ke tulang hitam…Segala nasib kami serahkan pada Yang Maha Kuasa..Akhirnya,lebih kurang jam 12.00 tengah malam,bumi Kuala Mu berjaya juga kami jejaki..Syukur padaMu Ya Allah….Tidur saya malam itu begitu nyenyak,,mungkin kerana kepenatan….

Pagi esoknya,seperti biasa diisi dengan ‘Student Meeting’ yang dikendalikan oleh Abang Nuar…Selepas itu,kami bersarapan dan meneruskan aktiviti mendekati anak-anak orang asli di Kuala Mu..Sedang saya seronok melayani anak-anak ini,tiba-tiba,pandangan saya terarah pada sebuah kereta kecil yang diheret oleh seorang kanak-kanak lelaki di situ.Saya bersama beberapa sahabat mendekatinya..Subhanallah,,ia adalah sebuah model kenderaan yang menyerupai landrover yang sering kami bawa naik ke kampung itu…Mereka mengolah kayu bertam yang agak lembut untuk membuat landrover itu…Hati saya bertasbih memuji Yang Esa…Ya Allah,,Kau tunjukkan kami bahawa kedatangan kami di situ memberikan kesan buat mereka…Kau tunjukkan kami bahawa andai landrover itu mereka dapat hasilkan,tak mustahil suatu hari nanti,agamaMu yang kami bawa ini mereka mampu terima dan amalkan..Kau tunjukkan kami bahawa usaha kami selama ini bukan sia-sia…Kau beri kami semangat dan kekuatan untuk kami terus menyebarkan agamaMu di sini…Terma Kasih Ya Allah…Terima kasih…..

Selepas meikmati juadah tengahari bersama anak-anak orang asli di disitu,kami bertolak pulang..Lebih kurang 2 jam selepas Sdra Jundullah dan Sdra Salman datang bersama Cikgu Bob dan kenderaannya….Kami bertolak pulang dengan seribu kenangan yang saya yakin amat berbeza dalam diri masing-masing..Selamat tinggal Kuala Mu,,,panjang umur kita jumpa lagi….
Kami tiba di masjid lebih kurang jam 6.30 petang…Hati saya sebak tiba-tiba tatkala bersalaman dengan ahli jemaah..Mungkin inilah yang dikatakan kesan ukhuwwahfillah kerana Allah…Senyum dan lambaian semua menghantar kami pulang…Selamat tinggal semua…Semoga kita terus ditetapkan hati di jalan ini…..Amin….=)

Ya Allah, pertemukan kami lagi di jalan ini Ya Allah…Jika Engkau mentakdirkan mati,maka matikanlah kami sebagai Syuhada’ dalam perjuangan agamaMu…Kami mohon Ya Allah,jangan Engkau bolak balikkan hati kami…Ya Allah,,tetapkan hati-hati kami pada jalan dakwahMu... Amin…

Salam Mujahadah…
Anis binti Zakaria,
Institut Perguruan Tuanku Bainun,
Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

This entry was posted on 7.28.2008 at 5:32 PTG and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

1 komen anda

Tanpa Nama  

Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS), Bandar Darulaman, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman
Tel. 604-9146100, Fax: 604-9174232

ni alamat poli angah..wat r srat jmputan untk ke kola mu..Ashraf Bin Abdul Rahman..RAXCO JPP..03sit08f1069...tlis skali nma ngn mklumat angah tu sbb nnti angah yg kena jwb ngn bhgian HEP nnti..hrap2 bley ye

28 Ogos 2008 pada 6:23 PTG

Catat Ulasan