Kampung Perjek Bukan Lagi Tempat Persinggahan…  

Posted by ummahaid in

Kampung Perjek Bukan Lagi Tempat Persinggahan…

“Laporan di Perjek, Shida buat ye?” kata Abg Nuar. Alamak! Aku dah agak dah mesti aku yg kena buat laporan kali ni.. Bab-bab karang-mengarang ni lah yg paling aku lemah sekali.. tapi demi Ummah Aid dan utk teruskan perjuangan dakwah ni aku gagahkan diri menyiapkan laporan ini sebagai tatapan sahabat2 yg tersayang.. chewah!

Seperti yg dirancang jumaat malam sabtu tu kami berkumpul dan over night di masjid Lasah.. Di sinilah pengembaraan kami kali ini bermula.. di mana ada group yang datang dari Serdang (group aku la tu), group dari Penang dan group dari UIA Gombak.. Lebih kurang 24 aktivis yang join program Ziarah dan Dakwah kali ini..Pada malam tu terpancar kepenatan di wajah masing- masing..(semua muka layu je..) waktu itu kami tidak sempat beramah mesra antara satu sama lain coz dalam kepala kami fikir nak tidur je…tidak lama kemudian kedengaran bunyi unggas dan cengkerik yang bersahutan di luar masjid disaingi pula dengan bunyi dengkuran dari dalam masjid yang memecah kesunyian malam. Penat sungguh gamaknya.


Keesokkan paginya selepas solat subuh, dengan niat yg baik dan azam yg kuat kami gagahkan diri untuk memulakan perjalanan kami ke perkampungan orang asli di Kuala Mu. Pada waktu itu, di dalam hatiku, tidak sabar utuk berjumpa warga Kuala Mu, sudah lama aku pendamkan hasrat untuk menjejakkan kaki ke Kuala Mu.. Selama ini aku hanya mendengar cerita dari sahabat2 sahaja tapi kali ni impianku hampir tercapai..Sebelum kami menuju ke Kuala Mu,kami pergi ke gerai makan yang berhampiran utk bersarapan.. waktu ini kami gunakan masa dgn sebaiknya untuk bertanya khabar bg yg telah lama terpisah dan berkenal-kenalan bagi yang baru bersua muka..ketika itu terjalinlah ukhuwah yg sejati kerana Allah..

Setelah bersarapan, kami berkumpul di sebuah surau lama,di situ kami bermesyuarat.. kami diberi tahu oleh abg Shah bahawa kami kekurangan land rover untuk membawa kami ke Kuala Mu.. keputusan telah dibuat, 6 atau 7 orang di antara kami perlu di tinggalkan di perkampungan orang asli di Kampung Perjek untuk seketika waktu sementara menanti giliran seterusnya ke Kuala Mu atau menginap terus di sana, Abg Nuar, kak Nadia dan kak Mariani menawarkan diri untuk tinggal di Perjek. Kemudian Abg nuar menyebut nama-nama yg dipilih untuk ke Kuala Mu..hopefully lah nama aku disebut..tapi hampa, namaku tidak keluar dari mulut abg Nuar pun.. huhuhu.. maknanya tak dapat pergi Kuala Mu la tu.. tak pe lah may be next time… aku memujuk diri..maybe ape yg abg nuar buat ni coz nak bagi peluang pd aktivis baru yg dtang dr jauh untuk menimba pengalaman di perkampungan org asli.. setelah itu, abg Shah melantik saudara Fuad selaku ‘amir di Kuala Mu dan saudara Amir selaku ‘amir di Perjek. Kami akhiri meeting kami dengan tasbih kifarah dan surah al-asr.. kemudian Yala, Kesihatan, dan Unser memulakan perjalanan bersama,namun berbeza destinasi.. Yala dan Kesihatan menuju ke Kuala Mu dan Unser hanya ke Kampung Perjek.

Lebih kurang pukul 12 tengah hari kami sampai di kampung Perjek..di situ kami berhenti sebentar.. kelihatan sahabatku Jundullah.. asyik mengelilingi Yala dan Kesihatan berulangkali, mencari ruang untuk dinaiki supaya dapat turut serta ke Kuala Mu.. mungkin Kuala Mu terlalu istimewa bagi dirinya..

Abang Nuar, Amir, Jundullah, Zaidi, kak nadiah, kak Mariani dan diriku merupakan wajah2 yang ditinggalkan di Perjek. Kami mengadakan mesyuarat utk merancang aktiviti yg perlu kami lakukan di Perjek.. ketika itu kelihatan kanak2 Perjek menghampiri kami yang duduk di dewan, pada mulanya mereka malu-malu tapi lama kelamaan sifat malu itu berkurangan. Mungkin disebabkan melihat wajah kami yang suci dan bersih ini.. hehehe. kami menjamu mereka dengan biskut dan kismis.. setelah itu, kami mencari kayu api untuk memasak sebagai santapan kami pada tengah hari itu. Sedar kami kekurangan kelengkapan memasak, kami mengunakan tin biskut sebagai pengganti cerek, dan meminjam peralatan lain seperti periuk, senduk, jag air dan pisau kami dari penduduk Perjek.Kami membuat kerja masak- memasak dibawah pokok rambutan di sebelah surau.. sambil Amir,kak Nadiah,dan kak Mariani membuat kerja-kerja memasak, aku dan adik2 Perjek menjamah buah rambutan yang dipetik Jundullah dan adik Saen dari atas pokok.. berebut-rebut kami mengutip buah rambutan yang jatuh.. apa tidaknya, yang memetik hanya 2 orang, yang menanti di bawah lebih kurang 10 orang.. tetapi kami berebut secara aman.. tidak sampai bergaduh sesama sendiri..betul.. tak tipu!

Ketika kami ingin memasak nasi, datang tiga orang mak cik dari kampung tersebut membantu kami meyediakan api untuk memasak..kehadiran mereka tidak kami undang,tetapi mereka datang menghulurkan bantuan tanpa mengharap balasan.. murni sungguh hati mereka..sedang kami sibuk memasak, kedengaran bunyi kenderaan yg hampir melintasi kg Perjek, Jundullah berlari sepantas mungkin menuju ke jalan raya untuk menahan kenderaan tersebut, dengan harapan mereka sudi menumpangkan kami ke Kuala Mu.. Harapan hanya tinggal harapan, kenderaan tersebut hanya ingin ke kampung berhampiran untuk memancing ikan.Selepas itu, banyak kenderaan yang kami tahan, tapi sayang, mereka tidak menuju ke Kuala Mu, kalau ada pun, bilangan kami yang ramai tidak mengizinkan kami untuk menaiki kenderaan tersebut… taihen desu ne..(kasihannya..)

Untuk menghilangkan perasaan yang sedikit sedih dan sedar kekurangan diri yg kurang mahir dalam bidang memasak, aku membawa adik2 Perjek ke dewan dimana di sini kami menjalinkan hubungan mesra yg tidak mungkin dapat aku lupakan dalam hidupku… bermula dengan sesi ta’aruf,kami susuli dengan bermain nenek2,jan2 jalok,dan bemacam lagi permainan..selepas penat bermain, kami duduk sambil bernyanyi. Lagu Along berkaki 4, kuda yg dibuat oleh ayah, kalau anda gembira dan lain2 merupakan lagu2 yg dipersembahkan oleh mereka kepada diriku..melihat adik Syubaidah menyanyi lagu yg aku sendiri tak faham liriknya(lagu orang asli) dengan penuh perasaan dan melihat adik mohd Nor (Luwis), Mustaqeem,serta adik2 yg lain menari mengikut kreativiti masing2 membuatkan aku cukup terhibur…Hilang perasan sedih timbul perasaan gembira dan sayang terhadap insan2 kecil yg istimewa ini.. subhanallah…

Kini tibalah masa utk makan tengah hari, kami menjamu selera di bawah pokok rambutan sambil menyuap nasi kepada adik2 Perjek .. kami mulakan santapan kami dengan doa sebelum makan dan kami akhiri dengan doa selepas makan..Oops!! terlupa, makanan kami dimasak oleh chef kami iaitu kak Nadiah dan kak Mariani..

Alhamdulillah, selepas kami makan dan membersihkan diri,kami mendirikan solat jamak takkhir secara berjamaah yg turut disertai oleh adik2 Perjek..kemudian disusuli dengan tazkirah yang disampaikan oleh Jundullah.. Selepas solat berjamaah, kami berbual mesra bersama kaum ibu di Perjek tetapi ada juga di antara kami yg bermain bola sepak bersama adik2 Perjek.

Pada lewat petang itu, kami mula mencari kayu api sebagai persediaan untuk memasak air pada malamnya..sedang kami asyik mematah-matahkan ranting-ranting kayu, datang 2 orang gadis dari kampung tersebut membawa sejag air panas dan 2 biji durian utk kami.. tidak lama kemudian, datang pula mak cik Khadijah, ibu kepada Cikgu Marina yang mengajar di tadika kampung Perjek, menawarkan kepada kami untuk menggunakan tadika tersebut serta kemudahan yang ada di dalamnya.. kata mak cik Khadijah, apa yang mereka sumbangkan adalah atas dasar persaudaran sesama Islam.. Alhamdulillah..Thank you ya Allah, kerana kau telah menggerakkan hati mereka utk mempermudahkan urusan kami..

Selesai solat berjemaah dan tazkirah yg disampaikan oleh kak Mariani, kami bersama-sama Cikgu Marina serta beberapa penduduk yang lain duduk di dalam tadika sambil berbual-bual dan bertukar cerita. Jam menunjukkan pukul 11 malam.. saat yang dinantikan kini telah tiba, Durian Time.. hehe malam itu kami menikmati durian dengan begitu selera sekali.. namun ada juga diantara kami yang tidak suka makan durian.. rugi..rugi...

Pagi ahad itu,sedang kami menikmati sarapan pagi, tiba2 kak Roslina,AJK kampung Prejek datang membawa ikan goreng untuk kami… terharu sungguh kami atas layanan istimewa penduduk di sini. Pagi itu juga, selepas bersarapan, adik2 Perjek disajikan dengan cerita tentang ciptaan Allah dan cerita menggenai malaikat oleh sahabat kami, Jundullah.. setelah itu, kami serta adik2 Perjek bersantai di dewan sambil mendendangkan lagu 25 rasul serta zikir munajat diiringi pukulan gendang oleh saudara Zaidi.

Adik Mahfuzana mengajak aku melihat tikus besar di hutan berhampiran,Amir dan Zaidi serta 18 orang adik yang lain turut berminat untuk melihat tikus besar itu bersama. Kami pun berjalan beramai-ramai berpimpin tangan menuju ke tempat yg dimaksudkan. Tapi apabila sudah sampai ditempat tersebut,tikusnya sudah tiada..”mungkin tikus tu dah lari..” kata adik Mahfuzana.. kemudian adik yg lain bercadang untuk membawa kami ke suatu tempat yg di pangil “tempat cina”..Kami bertiga bersetuju..perjalanan berbukit di kelilingi ladang kelapa sawit kami tempuh bersama.aku,Zaidi dan Amir jauh ditinggalkan di belakang.. pantas betul anak2 orang asli ini berjalan..adik Syubaidah, adik Luwis dan Adik Aspalela mengajak aku berlumba lari.. tapi aku tolak dengan baik..aku tahu,mesti aku kalah punya.. Finally, kami sampai juga ke destinasi yg dimaksudkan oleh adik2..di situ terdapat rumah2 orang cina yg menjalankan aktiviti pembalakan di kampong tersebut. Setelah berehat sebentar, kami berangkat pulang.. aku melihat adik2 seperti sudah kepenatan, ku toleh ke belakang.. Amir dan Zaidi sudah tidak kelihatan..jauh dibelakang..aku mengambil kesempatan ini utk berlumba lari dengan adik2.. hehehe keputusannya seperti yg dijangka, Shida menjadi juara..kemudian kami meneruskan perjalanan pulang..

Sampai saja di tempat penginapan,kami terus mencari air, menghilangkan haus di tekak masing2.. pengembaraan lebih kurang 2 jam itu sungguh memenatkan..setelah berehat sebentar kami membawa adik2 bermandi manda di sungai berhampiran, kemudiaan kami menikmati makan tengah hari yg lazat iaitu nasi putih, kari ikan masin, telur goreng dan teh tarik bersama2 adik perjek...

Selesai solat zohor berjemaah, kami berehat di dewan ditemani adik2... Sedang kami asyik bergurau senda, sahabat2 kami iaitu team dari Kuala Mu muncul menaiki Kesihatan dan Yala.. Alhamdulillah kami mengucap syukur melihat sahabat2 kami selamat sampai..
“ Akak,akak dah nak balik?” Tanya adik Aspalela yg berada di sebelahku.. “ ye sayang, akak dah nak balik..” jawabku.. wajah Aspalela berubah menjadi muram..aku tersentuh melihat reaksinya.. aku memeluk Adik Aspalela dan memberinya harapan bahawa aku dan sahabat yg lain akan datang lagi ke sana jika diizinkan Allah.InsyaAllah..

Kami semua berkumpul di dewan dan memulakan aktiviti post- mortem yg dikendalikan oleh Amir..lebih kurang pukul 5 petang kami menamatkan aktiviti post-mortem kami dengan tasbih kifarah dan surah al-asr..

Di sini, apa yang dapat kami simpulkan ialah, penduduk kampung Perjek berbeza dengan penduduk di Beswok dan di Kuala Mu.. Penduduknya lebih morden dan semuanya beragama Islam serta kehidupannya juga jauh lebih selesa berbanding kehidupan penduduk di Beswok dan Kuala Mu. .

Kini, tiba masanya kami berangkat pulang meninggalkan kampung Perjek. Kesedihan menyelubungi diri tatkala mengucapkan selamat tinggal kepada mereka, terutamanya mutiara hati kami, adik2 perjek yg setia menemani kami dan menghiburkan kami sepanjang penginapan kami di sana . Melihat Mohd Nor (luwis) menangis,syubaidah menitiskan air mata dan adik2 lain melambai tangan tanda perpisahan membuatkan hatiku menjadi sebak..tetapi inilah yg harus kita tempuhi.. setiap pertemuan pasti ada perpisahan.. ingatlah adik2ku perpisahan ini bukanlah perpisahan terakhir buat kita..InsyaAllah kalau umur masih panjang, kita akan bertemu lagi…

Kesihatan, Yala dan Unser meninggalkan bumi Perjek, diiringi doa dan harapan di dalam hati agar apa yg dilakukan oleh kami diterima oleh Allah dan semoga Allah memberi ruang dan peluang utk kami meneruskan misi ziarah dan dakwah kami pada masa akan datang.. lagu bertajuk ‘Rasulullah’ berkumandang di dalam unser...bait-bait lirik
“…Rasulullah kami umatmu, walau tak penah melihat wajahmu, kami cuba mengingatimu dan kami cuba mengamal sunnahmu..kami sambung perjuanganmu, walau kita tak pernah bersua tapi kami tak pernah kecewa, Allah dan rasul sebagai pembela…”

menambahkan semangat kami utk terus berjuang di jalan Allah.


Hanya ini yg ku mampu,

NOR. RASIDAH BT MOHD SAHRIE.
UiTM SHAH ALAM.

This entry was posted on 9.26.2008 at 2:28 PG and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

1 komen anda

camne nak buat comment link kat dalam saya punya blog..bila member tekan comment link,nothing happen..diorang x boleh nak tulis komen..how come?please help me...

4 Januari 2009 12:40 PG

Catat Ulasan