Perkampungan Kotai Dalam Kenangan  

Posted by ummahaid in

Perkampungan Kotai dalam kenangan ( 7 & 8 Disember 2008 )

Bismillahirrahmanirrahim,

Lambaian Kotai menggamit kedatangan kami buat sekian kalinya, bagiku inilah kali petama aku menjejak kaki ke bumi perkampungan orang asli.Aku bersyukur kerna Allah memberi peluang kepadaku untuk bersam-sama berkongsi dan merasai bagaimana kehidupan sebenar nun jauh di hutan belantara tanpa kemudahan yang secukupnya, cuma sekadar lampu solar yang menerangi malam kami di sana.
Sehari sebelum bertolak, kedengaran perbincangan diantara fik, nadia dan beberapa orang yang lain untuk menentuan siapa yang sepatutnya ke perkampungan orang asli kerana pengangkutan yang terhad.Jadi kami di bahagikan kepada 2 kumpulan dimana satu kumpulan berhari raya di Abu Nur dan satu kumpulan lagi ke Perkampungan orang asli. Alhamdulillah ,namaku termasuk dalam kumpulan ke perkampngan orang asli bersama-sama Abg Nuar Abg Shah,Salman,Saufi,Judullah,Khalid,adik beserta namiah dan idah.

Bermulalah episod perjalanan ke Kotai

Seperti yang telah di rancang,kami berberkumpul di tol Sg.Petani(S).Perjalanan yang mengambil masa selama 4 jam untuk sampai ke Sg. Siput,benar-benar menguji kesabaranku kerana hatiku memberontak untuk cepat sampai ke perkampungan orang asli.Kami menunaikan sembahyang jamak taqdim di masjid Lasah dan seterusnya berpatah balik ke rumah Cikgu Bob. Kelihatan beberapa yang lain sedang menunggu ketibaan kami dan jugak seekor kambing yang bakal dijadikan Qurban untuk esok.

Dengan lajunya, pacuan 4 roda milik Cikgu Bob meluncur masuk ke kawasan perkampungan.Hatiku berdebar-debar dan terlintas di benak fikiranku,sampaikah kami ke destinsi yang dituju melihat kepada jalan yang becak serta lumpur yang dalam lagi melambatkan perjalanan kami.Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan keinginan untuk berdakwah,segalanya Allah permudahkan.Jam di tanganku menunjukkan hampir pukul 5 petang,sudah tiga jam penjelajahan kami, akhirnya perkampungai Kotai berjaya dijejaki.

Kehadiran kami disambut baik oleh tok batin dengan senyuman yang melebar dan sudi menjadikan rumahnya sebagai tempat untuk kami berteduh dan bermalam.Sesudah mengemas barang, meeting pertama yang bertujuan untuk melantik amer and imam,kami sebulat suara bersetuju melantik Salman sebagai amer dan Jundullah sebagi imam.Sebaik selesai bermesyuarat,Salman menyuruhku dan idah mendekati adik-adik dengan menjalankan aktiviti. Ternyatalah pada permulaannya agak sukar untuk kami mendekati mereka yang masing-masing lari bertempiaran masuk ke dalam rumah. Dengan umpan makanan dan pujukan,baru mereka turun dan berkumpul bersama2 dengan para ibu.Pensel dan kertas diberikan untuk mengajar mereka menulis,ternyatalah rata-rata mereka sudah pandai menulis dan mengira.Kami difahamkan ada seorang ustaz yang yang mengajar mereka seminggu sekali.Terasa pautan kemesraan terjalin apabila mereka membawa kami berjalan2 di sekitar perkampungan,rupa-rupanya mereka mudah mesra.

Matahari melabuhkan tirainya, malam menjelma. Suasana yang sunyi bakal menyelubungi malam kami.Azan berkumandang menandakan masuknya waktu maghrib,lantas kami berbuka puasa dengan hidangan yang dibawa oleh abg Nuar.Rata –rata dari kami berpuasa, sempena hari Arafah 9 Zulhijjah.Kemudian kami bersama-sama solat berjemaah beserta takbir raya dan tazkirah yang di sampaikan oleh abg Nuar.Sedikit perbincangan bersama tok batin bekenaan keaadaan di situ.Kak Gina isteri tok batin mempelawa aku, namiah dan idah bermalam di rumahnya, yang lain ada bermalam di khemah dan ruang tamu rumah tok batin. Keletihan terasa dan akhirnya kami tertidur.


Keesokkan paginya, kami dikejutan untuk solat subuh berjemaah.Badan terasa segar apabila dapat tidur dengan nyenyaknya walaupun sedikit kesejukkan. Usai solat subuh yang diimamkan oleh Jundullah, takbir raya dan tazkirah yang disampaikan oleh Khalid yang bertajuk “Pesanan Imam Hassan al-bana”, kami bermesyuarat seketika. Sayu terasa didalam hati kerana tidak dapat menyambut hari raya bersama keluarga.Tetapi ianya juga bermakna , menyambut bersama orang-orang asli di sini yang kebanyakkanya beragama islam.Setelah bersarapan, aku, idah dan namiah ditugaskan untuk mengagihkan pakaian dan tudung kepada mereka serta mengajak mereka bersama-sama untuk solat sunat hari raya Qurban.Suasana menjadi riuh apabila melihat telatah mereka memakaikan tudung, ada yang tersenyum, ada yang terasa tidak selesa kerana panas dan ada yang pakai sekejap dan terus simpan.Geli hatiku melihat gelagat para ibu dan anak2 mereka dalam pemilihan baju.Berkali2 kami berpesan supaya sama-sama turun untuk solat sunat hari raya Qurban.

Jam menunjukkan pukul 9 pagi,kami berkumpul untuk solat hari raya dan mendengar khutbah yang di sampaikan oleh saudara Salman.Masa yang dinanti2kan sudah tiba iaitu penyembelihan kambing .Kami tidak dibenarkan untuk menyembelih di kawasan perkampungan,menurut adat dan kepercayaan mereka penyembelihan di kawasan perkampungan boleh menyebabkan penyakit sawan.Jadi kami mencari tempat yang jauh sedikit dari perkampungan mereka. Sesuatu yang mengagumkan, apabila anak-anak mereka begitu bersemangat dan menyertai kami berjalan kaki bersama-sama ke tempat penyembelihan untuk melihat upacara penyembelihan.

Kerjasama yang diberikan oleh pemuda-pemuda di situ mencari kayu api memudahkan perjalanan kerja kami.Kami bergotong royong bersama –sama menyiapkan hidangan tengahari.Abg Syah menjadi ketua chef masakan untuk kali ini.Aku kagum melihat segelintir adik-adik mengenakan tudung, terdengar sesekali suara pujian yang dilemparkan kepada mereka.Dalam kesibukan menyediakan juadah untuk santapan tengahari, kelihatan anak2 muda berlari-lari bagaikan dikejar hantu,timbul persoalan di mindaku, kenapa yer??Barulah aku tahu mereka berlari untuk mendapatkan rotan yang disimpan untuk dijual kepada tauke yang datang sekali seminggu.Itulah sumber pendapatan mereka.Kami difahamkan sebatang rotan yang besar dijual dengan haga RM3 dan yang kecil RM 0.60.Begitu murah tauke cina membelinya dari mereka.Tepat jam satu petang,hidang tersedia, kami menyuruh mereka membawa pinggan untuk menikmati hidangan yang telah dimasak.Terkedu seketika melihat gelagat mereka makan, begitu cepat sekali.Mungkin jarang sekali mereka dapat menikmati masakan sebegini.

Jam di tanganku menunjukkan pukul 4 petang, tiba-tiba ku lihat kelibatan cikgu Bob.Suasana yang tadinya ceria dengan gelak ketawa dan gurau senda adik2 berakhir.Ini menandakan bermulalah episod perjalanan meninggalkan perkampungan ini.Sedih dan pilu terasa tatkala terpaksa berpisah dengan mereka.Kami bergegas menyimpan semua barang dan sebelum bertolak kami solat berjemaah.Tebayang dalam ingatanku, bilalah agaknya akan ku kembali ke sini @ inikah kali terakhir aku menjejak kaki ke perkampungan ini.Keinginanku meluak2 untuk datang ke sini lagi, tapi hanya masa dan takdir yang menentukan segala2nya.Panjang umur kita berjumpa lagi.

Perlahan-lahan pacuan 4 roda meluncur keluar,perkampungan Kotai hilang dari pandangan kami.Ku kira inilah satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan.Dalam perjalanan kami berbual bicara bersama cikgu Bob, baru ku tahu yang cikgu Bob merupakan seorang aktivis dakwah yang sanggup mengembangkan syiar islam dan menjelajah sehingga ke negara China.Alhamdulillah,perjalanan hampir dua jam setengah, kami lepasi dengan mudah tanpa sebarang halangan.Hampir maghrib kami tiba di halaman rumah cikgu Bob.Sebelum berpisah, meeting terakhir @ post mortem berkenaan perjalanan progam kami pada kali ini.Jam 7 petang, kami meninggalkan perkarang rumah cikgu bob dan memulakan perjalanan pulang.

Suasan sedih menyelubungi kami sekali lagi tatkala bersalaman dengan sahabat2 yang sama-sama menyertai program ziarah dan dakwah pada kali ini.Doaku semoga Allah kuatkan semangat juang diantara kami,untuk sama-sama memperjuangkan agama Allah dan menyebarkan syiar islam, dan jangan Engkau matikan hati kami dari membuat kerja2 dai’e dan kebajikan serta jauhkan kami dari segala kemungkaran dan kemaksiatan…Amin ya robbal ‘alamin…
ukhuwwahfillah selamanya…….



Secebis coretan untuk tatapan semua,

UMMI AZIYAH BT KHOZALI
UNIVERSITI MALAYA


This entry was posted on 12.23.2008 at 9:11 PG and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

1 komen anda

Casino City (New Jersey) - Mapyro
› New-Jersey › Casino › New-Jersey 양주 출장샵 › Casino Welcome 동두천 출장안마 to the ultimate in gaming! Enjoy gaming on the newest and 용인 출장안마 greatest 부천 출장마사지 casino floor in New Jersey. No matter 제주 출장마사지 where you are in, you can play online

3 Mac 2022 pada 9:21 PG

Catat Ulasan