PENGEMBARAAN KE KUALA MU JAN 2009  

Posted by ummahaid in

PENGEMBARAAN KE KUALA MU JAN 2009

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum…. (^_^)

Pada 16,17 dan 18haribulan Januari yang lepas, kami, Cikgu Hashim, Abang Nuar, saudara Amir, saudara Afiq, kak Mariani, Hannan dan saya sendiri telah menyertai trip ke Kuala Mu.. Pemergian kami kali ini adalah lebih bertujuan untuk membantu Hannan (student USM, yang bersal dari Palestin) dalam menyempurnakan tugasannya untuk membuat dokumentari mengenai kehidupan orang asli, disamping itu kami juga meneruskan misi ziarah dan dakwah.

Masjid Lasah seperti biasa menjadi destinasi untuk kami bermalam sebelum memulakan perjalanan ke Kuala Mu pada keesokkan harinya.. Pada pagi sabtu itu, selepas solat subuh dansarapan pagi, kami bersiap sedia menaiki Pajero kepunyaan Cikgu Hashim untuk ke Kuala Mu.. Pengembaraan ke Kuala Mu 2009 kini bermula.. “ Dengan Nama Allah, segala puji bagi Allah yang telah menyediakan (kenderaan) ini untuk kami,padahal kami tidak berkuasa untuk mengendalikannya. Dan kepada Tuhan kami kelak akan kembali” bisik hati, berdoa dengan penuh pengharapan agar kami selamat pergi dan pulang..

Selama beberapa jam perjalanan, kami berhenti di Kampung Perjek. Singgah sebentar untuk berehat dan bersua dengan penduduknya..meleraikan rasa rindu di hati yang selama ini saya pendam berbulan-bulan lamanya.. sejurus kami sampai di sana, ada dua orang sahabat kami yang muntah-muntah dan pening kepala kerana sepanjang perjalanan mereka berdua duduk di bahagiaan belakang (tak ada tempat duduk).. jadi bayangkanlah bagaimana keadaan mereka ketika kederaan kami dipandu laju.. Dasyat.. huhuhu kasihan saya melihat mereka.. sabar je lah ye.. =) Rumah adik Aspalela menjadi sasaran pertama kami, kemudian rumah Cikgu Marina, cikgu yang banyak membantu ketika kami berkampung di Perjek satu ketika dulu… Cikgu Marina memberi khabar gembira kepada kami, yang dia sudah pun bernikah pada bulan disember yang lepas.. sudah menjadi isteri orang.. Alhamdulillah.. semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..

Kami meninggalkan kampung Perjek dan meneruskan pengembaraan kami… Perjalanan yang memakan masa beberapa jam itu tidak saya rasai kerana terlalu leka melihat keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan.. =) (kat shah Alam asyik tengok bagunan je…)

Alhamdulillah, tengah hari itu kami selamat tiba di Kuala Mu… Saya berasa sangat gembira kerana itu lah kali pertama saya sampai ke Kuala Mu, yang selama ini saya nak pergi tapi tak sampai-sampai.. Waktu itu tak tahu macam mana nak luahkan rasa gembira tu ..nak melompat, macam melampau pula.. Jadi saya senyum je lah..senyum sampai ke telinga.. =D .

Kami bermesyuarat serba ringkas dan sepakat melantik saudara Afiq sebagai ‘amir untuk trip kali ini.. Selepas bermesyuarat, kami bergotong - royong menyediakan makanan untuk dijamah bersama adik- adik…Selepas itu, kami membersihkan diri dan solat berjemaah, Petang itu, kami menjalankan aktiviti bebas… Cikgu Hashim dan Saudara Afiq bermain bola di padang bersama penduduk, Saudara Amir mengadakan sesi bercerita bersama adik-adik mengenai kisah yang terkandung dalam surah Al- Fil.. Abang Nuar membantu Hannan mencari bahan untuk assignmentnya, Saya dan Kak Mariani pula dibawa oleh adik-adik berjalan satu kampung, sambil mereka bercerita. Setiap infomasi yang diberikan oleh mereka, saya terima dengan senyuman dan berkata, “oyeke…” dengan muka yang penuh kekaguman.. Bila saya buat muka macam tu, makin terujalah mereka bercerita tentang apa sahaja yang mereka mahu.. tentang pokoklah, rumahlah, sekolahlah, sungailah, padanglah,semuanya lah...hehe comel sangat.. kemudian kami bermain bola beracun bersama adik-adik.. tapi saya hanya menonton je..takut kena ‘racun’..hehe

Malam itu, selepas solat berjemaah dan tazkirah, kami memenuhi undangan tok batin untuk makan malam di rumahnya. Ubi kayu bakar dan ubi kayu goreng yang dimakan bersama-sama ikan masin dan gula benar-benar membuka selera kami pada malam itu.. hmm lazat sangat… Sambil makan, kami berbual-bual bersama Tok batin hinggalah jam 11. Kemudian kami meminta izin untuk pulang.

Ahad, 5.30 pagi, kami bangun dari tidur.. dan beramai-ramai mengadap ungun api, menghilangkan rasa sejuk, namun ada juga di antara kami yang menunaikan solat sunat sementara menunggu masuknya waktu solat subuh.. Usai saja solat subuh dan tazkirah, saudara Amir menguasai ruang dapur,, selaku chef kami pada pagi itu.. dengan menunya, nasi goreng yang sedap… =)

Setelah kenyang bersarapan, kami bersiap-siap ke Lubuk Taring untuk melihat keindahan air terjun di sana ,, Perjalanan kami dipandu oleh Razak (orang Kuala Mu) juga merangkap jurufoto kami.. Setibanya kami di sana , saya sungguh teruja, kagum yang teramat sangat melihat air terjun ciptaan Allah.. Cantik sangat-sangat.. Kami gunakan kesempatan itu untuk menikmati keindahan Lubuk Taring dan mengambil gambar sebagai kenangan sebelum berangkat pulang.

Setelah selesai membersihkan diri, bersiap dan berkemas.. Kini tibalah masanya untuk kami meninggalkan Kuala Mu.. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan saat perpisahan itulah merupakan saat yang paling menyedihkan..Tak puas rasanya saya bermesra dengan adik-adik, bermain dengan mereka dan bercerita dengan mereka..hmm nama mereka pun saya tak hafal lagi... Semoga Allah memberi saya kesempatan lagi untuk mengenal mereka lebih dekat lagi..Ameen..

Selepas kami bersalam dan mengucapkan selamat tinggal kepada adik-adik, kami pun bergerak pulang.. “Selamat tinggal adik-adik Kuala Mu, semoga kita dapat berjumpa lagi, nanti bolehlah kita main boyan sama-sama lagi ye… InsyaAllah..” =D

Satu pengalaman yang menarik dan berharga bagi saya … Kini adik-adik saya dah semakin ramai.. (^_^)

Minta maaf dan Terima kasih saya ucapkan kepada Cikgu Hashim, Abang Nuar, Saudara Amir, Saudara Afiq, Kak Mariani dan Hannan.. Semoga kita dapat berjumpa lagi bersama dengan teman-teman yang lain dalam menegakkan agama Allah.

Saya,

Nor.Rasidah bt Mohd Sahrie

UiTM Shah Alam

This entry was posted on 2.13.2009 at 8:35 PTG and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

2 komen anda

Tanpa Nama  

assalamualaikum...
rindu rasanya nak mengikuti program ummah aid ke kuala mu. nak sgt pergi tapi baru saja berprogram bersama ustaz wahab, cikgu hashim, jundu dan ahli2 muhammadiyah yg lain di pos balar. so perlu ada sedikit peruntukan masa bersama family.

rindu juga pd aspalela
dan walimah cikgu marina sempat sy hadiri bln lepas bersama sahabat2 dari uia yg lain. alhamdulillah beliau bernikah dgn pemuda dari kg kenang, sungai siput perak. sama cantik sama padan.

insyaallah, ada masa. kita ketemu lagi.

siti shariyah shaari
sahabat kalian dari UIAM

20 Februari 2009 pada 4:41 PG

ana dah lama xpi...nak pi...dibatalkan...kali ni xthu lagi...kewangn ana plak yg membataskan...

5 Mac 2009 pada 7:47 PTG

Catat Ulasan