1001 Hikayat Kuala Mu - Trip Mac 2009  

Posted by ummahaid in

KUALA MU ( KUALA KU JUA)


Klik SINI untuk meninjau gambar2 Kuala Mu trip MAc 2009**










Assalamualaikum W.b.t. Salam ukhwah dan salam perjuangan buat semua putera puteri Islam yang mengunjungi blog dan membaca perutusan ke Kuala Mu kali ini. Hikayat ekspidisi kali ini telah ditulis oleh saya sendiri iaitu Srikandi Attiqah dibantu oleh sahabat-sahabat seperjuangan yang gigih berjihad fi sabilillah untuk menegakkan kalimah suci LAILAHAILALLAH.

Ekspidisi ini telah bermula pada 6 Mac (Jumaat) hingga 8 Mac 2009 (Ahad). Perjalanan bermula pada jam 12.30 malam setelah semua ahli ekspidisi berkumpul di RNR Juru, Penang. Antara ahli kehormat yang mengikuti perjalanan kali ini ialah Ustaz Wahab O.T.M.B, sebagai penasihat, Salman Siddiqi (driver 1), Ifwat Qusyairi a.m.i.r, Jundullah Saifullah i.m.a.m, Siti Norattiqah (my full name), Anis Zakaria (the senior), Muna ‘Izzah (junior 1), Nurul Hana (junior 2), Kak Nur Khalidah (junior 3). Kami telah menaiki sebuah land rover Ustaz Wahab yang agak selesa (haha) yang boleh menampung semua ahli ekspidisi ke Kuala Mu dan ia bernombor plat Thailand.




Sebelum ekspidisi bermula, kami bermusyawarah untuk melantik Ahli Majlis Tertinggi yang akan menguruskan perjalanan kami kali ini. Ifwat dengan segala hormatnya telah dilantik menjadi amir dan Jundu sebagai imam. Perjalanan diteruskan dari Juru ke Sungai Siput,kemudian singgah sebentar di 7 eleven Kuala Kangsar untuk membeli barang mentah seperti beras dan sardine buat bekalan. Ustaz mencadangkan agar kami cuti nasi kali ini tetapi ada ahli kehormat kita yang tidak boleh tak makan nasi lalu singgahlah kami ke 7 eleven(siapa terasa jgn marah naaa hahaha). Kemudian singgah sebentar di rumah Cikgu Bob.



Perjalanan pada malam itu Alhamdulillah lancar dan semoga diberkati. Pada jam 3.30 pagi kami meneruskan perjalanan untuk menaiki Kuala Mu. Kampong Perjek menjadi tempat persinggahan kami untuk menunaikan solat subuh berjemaah. Kami sampai di sana pada jam 5.15 pagi. Memandangkan waktu subuh belum time, kami tidur sebentar untuk merehatkan diri.




Setelah selesai solat, kami berehat sekali lagi (arahan drpd amir) dan meneruskan perjalanan pada jam 8 pagi. Sampai di satu laluan, land rover kami tersekat dan kami terpaksa turun untuk meringankan berat land rover. Muslimin mencangkul lumpur yang menghalang perjalanan. Kemudian kami meneruskan misi dakwah ke Kuala Mu dengan penuh bersemangat. Rehat sebentar di RNR Abu Bakar(kat dlm hutan pun ada RNR??) untuk menjamu selera. Kami hanya makan roti dan tuna kecuali abg Salman( dia makan mee bandung).

Perjalanan diteruskan dengan Jundu sebagai driver 2(expert la gak, mmg blh jadi pioneer). Trek jalan kali ni agak lancar dan tidak mengalami banyak masalah. Naik bukit, turun bukit, akhirnya sampailah kami di puncak bukit (tak sampai lagi ni..). Ustaz Wahab nak cari line phone untuk mendengar khabar dari sahabat di Kuala Lumpur (cuba ingat apa jadi kt KL time tu). Sementara itu kami pun mengambil gambar di kawasan sekitar.

Perjalanan diteruskan, dan tiba di Kampung Bersah pada jam 11 pagi. Ketika sampai di sana, anak-anak Islam Kg Bersah sedang mengikuti kelas agama yang dikendalikan oleh Khadijah, anak Penghulu Hadu.




Bermulalah perjuangan kami dalam menegakkan agama Allah di bumi asing ini. Kami dekati anak-anak Islam di sini dan beramah mesra dengan keluarga Pak Hadu. Kami menyerahkan barang mentah seperti beras, minyak masak, dan sardine kepada ummi (isteri Pak Hadu) untuk dimasak buat makan petang. Sesampai di sana kami diberi makan (chak) ubi goreng, ubi bakar(teknok) dan air teh.. Lazatnya tidak terkata..

Usai menunaikan solat jamak Zohor-Asar, kami meneruskan perjalanan ke Kg Kuala Mu dan Kampung-kampung yang lain tanpa di temani oleh ustaz. Ustaz amat keletihan, lalu beliau minta untuk berehat pada petang itu. Sampai di Kuala Mu kami mengunjungi rumah penghulu untuk bertanya khabar kemudian ke seluruh rumah di Kuala Mu. Kami kumpulkan anak-anak Kuala Mu untuk memberi mereka gula-gula(cekelat) dan kismis. Kemudian, kami ke Kg Hilir untuk memberi sedikit sumbagan iaitu baju kepada kaum ibu dan gula-gula untuk anak-anak mereka.







Kemudian, kami pulang semula ke Kg Bersah untuk menikmati makan malam yang telah di masak bersama-sama. Menu istimewa petang itu ialah ayam masak kicap + telur goreng + nasi putih + sardine + sayur selom = sangaaaat sedap. Terima kasih umi dan Khadijah kerana membantu kami. Ayam telah di sembelih oleh al fadhil al ustaz Salman Siddiqi dibantu dengan al-amir al-ifwat dan al-imam al-Jundu. Setelah selesai menjamu selera, kami duduk berkumpul mendengar bacaan Quran daripada Jundu, kemudian

Salman memperdengarkan kuliah yang menceritakan tentang sirah nabi Ibrahim. Kemudian setiap seorang perlu memperkenalkan diri sekali lagi di hadapan Pak Hadu dan berkongsi rasa apa hasrat yang terpendam di dalam hati. Pak Hadu meminta agar kami mencari sedikit sumbangan untuk membuat satu tempat yang boleh di jadikan tempat belajar yang selesa dan juga alat-alat tulis untuk anak-anak orang asli di situ. InsyaAllah kami akan laksanakan amanah yang di beri dengan sebaiknya.

Usai solat jamak Maghrib-Isyak, kami ke Kuala Mu untuk menginap di bilik 6 bintang di tepi sungai di sana. Kami tidur dengan nyenyaknya setelah sehari suntuk berjaga. Cuaca pada waktu malam sangat sejuk (tahap kritikal) sehingga terganggu sedikit tidur kami.

Keesokan paginya, setelah tunaikan solat subuh kami membuat circle untuk mendengar kuliah daripada kaum muslimat (atas permintaan ustaz). Anis telah menyampaikan beberapa peringatan yang sangat berguna tentang mengapa harus SOMBONG pada makhluk Allah yang lain. Kemudian,(ini lah masa yg ditunggu-tunggu) kami dibenarkan untuk mandi sungai yang sangat sejuk itu. Muslimat pergi ke Lubuk Taring untuk membersihkan diri bersama anak-anak Kuala Mu.

Tepat jam 9.45 pagi kami berkumpul semula untuk perjalanan pulang ke dunia kami yang sebenar. Singgah sebentar di rumah penghulu Kuala Mu untuk mengucapkan selamat jalan. Kemudian singgah sebentar di Kg. Toh untuk bertanya khabar penduduk di situ. Singgah sebentar di teratak Pak Hadu untuk kali terakhir. Dijamu dengan makanan tengahari yang lazat. Dibekalkan dengan ubi goreng buat bekalan sepanjang perjalanan.



Bermain dengan anak-anak di sana buat yang terakhirnya. Masa yang dijanjikan telah tiba. Masa untuk kami pulang berjihad di dunia yang mencabar ini. Tepat jam 11.15 pagi kami memulakan perjalanan. Jundu as the driver and Kak idah dengan beraninya duduk di atas land rover sepanjag perjalanan turun ke bawah( dah la Jundu bawak laju). Tabik toing toing (spring) kat kak Idah.




Perjalanan pulang sangat lancar dan sempat singgah di rumah sahabat yang mengalami accident baru-baru ini iaitu Hazwan dari IPTB. Kami membuat Khitam di rumah beliau. Tepat jam 7.30 malam kami meneruskan perjalanan ke Bukit mertajam (pit stop seterusnya) untuk menghantar muslimat di situ.

Kami ingatkan “panas sampai ke malam rupanya hujan di petang hari” (ini peribahasa baru). Ketika melalui highway di bukit merah land rover kami telah ditahan oleh peronda lebuh raya (cuak giler time tu). Tapi Ustaz Wahab tenang menjawab segala soalan yang diajukan.

Pak Polisi mengatakan bahawa land rover kami membahayakan pemandu yang lain kerana tidak ada lampu belakang (bukan tu jer, banyak lg yg x da). Mereka meminta IC daripada Salman (muka cam pendatang indon jer) untuk memeriksa. Akhirnya kami berjaya lepas daripada peronda tersebut.

Alhamdulillah. Buat sahabat-sahabatku yang lain berbanyak ampun dan maafku pohon (bkn pokok taw) atas segala kesalahan yg telah dilakukan. Berjuta penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat. Misi dakwah ke Kuala Mu kali ini amat manis dan memberi 1001 cerita yang dapat dijadikan pengajaran. Moga ukhwah yang dibina terus tersemat dihati..

Salam penuh takzim dari saya: Srikandi Attiqah de la Mujahidah..


---------------------------------------------------------------------


afwan entry agak lambat dipublish atas kekangan masa.

Al 'Izzah

This entry was posted on 5.27.2009 at 10:19 PG and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

1 komen anda

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
28 Mei 2009 6:02 PG

Catat Ulasan