Abu Nur - April 2009  

Posted by ummahaid in

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan


KLIK untuk lebih GAMBAR




Ziarah kami ke Kediaman Abu Nur, Hulu Lenggong, Perak kali ni sebenarnya punya kisah agak menarik di sebaliknya. Mengikut perancangan asal, 17 - 19 April (Jumaat-Ahad) merupakan tarikh yang dinanti kami untuk menziarahi KUALA MU. Namun, apakan daya, 18 hb yang lepas kami (bebudak IPTB) ada kelas ganti. Oh. sekali lagi kami pasrah dengan takdir yang telah ditetapkan.

"Tak dak rezeki." -- kepasrahan terserlah di sini.
Tiba-tiba......"Jom pegi Abu Nur!"

"Jom!"
"Jom saja!"


Ziarah yang sebelum ni, saya tak dapat ikut serta atas tiket "handle Malam Gaza". [lapuk betul reason]. Tak kisah lah. Dan sekarang -- Jom! saya tak kan lepaskan peluang ni. Dah lama dengar pasal Abu Nur. dan macam-macam versi yang didengar. "Benda ni perlukan pengalaman, bukan penceritaan!"

Perancangan demi perancangan 'last minute' dibuat.

"Kita kena pegi sabtu jugak, sbb takut tak dan kalau pegi ahad..."
"...sabtu ada netball..kami main..."

"...kak azi nak mai...kita kena pi jugak minggu ni"

"kalau naik bas, kena rush. kita sewa kereta..bla..bla...minyak..bla..bla..lesen.."
"duit tak dak hal..bla..bla..elaun banyak...bla..bla...duk luar.."

Setelah mencapai kata sepakat walaupun dalam keadaan 'main redah', tepat jam 6 (lebih sikit), berbekalkan kudrat yang ada, delegasi yang terdiri daripada
  • ANIS - pemandu arah
  • MUNA - drebar paling best
  • AZIE - ticer yang paling semangat
  • MALA - cikgu aerobik senam tommy
  • ADEQ (yana) - munsyid letih main netball
*ATTIQ dan HANA yang sepatutnya ikut serta sekali malangnya tidak punya rezeki untuk bersama-sama. ATTIQ punya komitmen lain di Bengkel Aktivis Alam Sekitar - ASAK di Kepala Batas. HANA pulak -- letih sangat main netball ye. hehe. Tak pe la. Kami pun dah sampaikan salam hmpa kat adik2.*

Transport kami kali ni adalah kereta sewa - Wira Aeroback Auto bernombor plat tak ingat. Kenapa auto? Sebab saya dan kereta manual tak berapa nak kacip. hehe

Kami tiba di pekan Kupang dalam lingkungan Maghrib, jadi destinasi utama -- masjid and next is makan!!
Biarpun Anis (pemandu arah) dah agak banyak kali mai melawat Abu Nur, namun apakan daya tahap ingatan beliau sudah bercampur baur dengan segala masalah, maka banyak kali juga la calling sana calling sini. Ha la.. Kalau tak tau, memang kita kena tanya, bukan kah malu bertanya sesat jalan. Bukan niat kami nak susahkan sapa-sapa, jadi kami mintak maaf lah kalau ada pihak yang mengganggap pertanyaan2 kami ni banyak menyusahkan anda :)

Kami tiba ke destinasi utama kami iaitu Kediaman Abu Nur dalam jam 10 malam. Wuu. Jalan ke sana kala malam bulan mengambang sangat la mencabar keupayaan mata ini. Namun Alhamdulillah, jalan yang ekstrem itu tidak menggugat semangat kami walau sedikit pun!~

Badan yang letih dan tak bermaya ini jadi kembali segar tika melihat wajah adik-adik Abu Nur yang masih tidak tidur menyambut ketibaan kami. Wajah-wajah ceria penuh harapan mereka meriangkan jiwa ini. Segala gundah gelana hilang begitu sahaja dibawa sepi angin malam. [haha.pandai gak aku bermadah]

Ummi, Mama dan Ustaz Rejab juga masih belum lena demi menanti kehadiran kami. terima kasih ummi, mama n ustaz!!

Malam itu kami tidak berkesempatan bersembang panjang akibat keletihan yang tak dapat ditanggung lagi. Ya, rehat yang cukup memang perlu untuk esok!!
-----------------------------------------------------------------------------------------------
...Ouh..Alarm sapa pulak bunyi ni....Tidur laa....
"Muna.Bangun.Subuh dah. Solat jemaah dgn adik2 kat surau jom"
Jom..Jom...
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Selesai sahaja solat subuh berjemaah maka bermula lah pengisian untuk hari itu.

7.15 pagi : Riadhah bersama Kak Anis dan Kak Muna

8.30 pagi : Sarapan. [Tunggu kakak-kakak mandi]

Hasil gabungan tenaga kami berlima telah berjaya mengumpulkan adik-adik di dalam surau Abu Nur tepat seperti yang dirancang. Memandangkan segala jenis bahan yang ingin diedarkan masih bersama kak AZIYAH yang katanya akan naik bas dari SP ke BALING dalam pukul 6.30 pagi, dan setelah perancangan 'main belasah janji berkesan' dibuat, kami telah mengajar adik-adik Abu Nur sejenis senaman yang digelar senam Si Tommy. [Percayalah, senaman ini sangat 'fun' dan sihat sehingga kakak-kakak juga terkena demam tommy dalam kereta!]



MALA : Bersemangat bersenam sampai macam ni sekali.



Seronok betul deme ni.



Senam Si Tommy...Kalau rajin...bosan2 petang2 boleh buat :)


"Kak Azi dah nak sampai Baling.."

Tugas meng'handle' adik-adik diserahkan kepada Adeq, Azie dan Mala.

Anis dan saya segera bertolak ke pekan untuk fetch Kak Azi.
Sampai di stesen bas Baling, tak susah pun nak cari Kak Azi, sebab elok kami sampai, bas nya pun baru sampai.
Oh ya. Ini pertemuan kali pertama saya dan Kak Azi, kedua bagi Anis dan Kak Azi, namun dapat dirasakan macam dah kenal lama! Kak Azi siap bawak kek [home made oh!] dan konon2 nak bagi kami rasa sikit..tapi tak ada rezeki laa kak Azi... :P


Kak Azi, Adeq n Muna


Sampai saja di Abu Nur, tak dak buang masa dah, Kak Azi dengan pantas dan tangkas serta cemerlang, mengagihkan latihan-latihan untuk adik-adik Abu Nur setelah dibahagikan mengikut group masing-masing.

Sepanjang sesi membuat latihan pengukuhan dan pengayaan ini, melalui pemerhatian saya sendiri, adik-adik Abu Nur perlukan sesuatu menjadi pemangkin (pendorong) untuk mereka nampak jalan yang bakal mereka lalui kelak.

Maksud saya di sini, kebanyakan daripada mereka ini tidak punya sebab yang kukuh kenapa mereka perlu belajar.. seolah-olah mereka pergi sekolah atas sebab 'memang kena pergi'. Minat dan galakan untuk belajar itu kurang, malah ada yang tak ada langsung. Boleh tengok saja kertas latihan di hadapannya. "Malas," jawabnya. Kenapa ya jadi macam ni? :(

Namun masih ada adik-adik yang punya minat dan keinginan untuk belajar itu. dan mereka ini lah yang menjadi harapan kami untuk melihat bidadari Abu Nur di menara gading kelak.

Tekun mewarna si kecil



Awat ticer Azie?? Serious je..


Gambar candid sebenarnya :P hehe



Kak Ita pun nak jugak...


Guru Besaq Aziyah :)

Aktiviti membuat latihan ditangguhkan pada jam lebih kurang 12 tengah hari untuk beri laluan kepada makan tengah hari dan solat zohor. masa dirasakan begitu singkat. Pukul 3 kami perlu bertolak pulang sebab tiket Kak Azi ke KL Central adalah pada jam 8 malam.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

2.30 pm

Sebelum bertolak pulang, kami memberi kata-kata akhir yang disertai dengan segunung harapan kepada adik-adik Abu Nur. Harapan untuk melihat keindahan ukhuwwah antara mereka, harapan untuk melihat kecintaan mereka terhadap ilmu yang bukan lagi satu paksaan, harapan untuk melihat mereka berjuang bersama-sama menjadi puteri-puteri harapan ad din dan harapan untuk melihat mereka mengecapi kebahagiaan di dunia dan akhirat.

"Tak ada yang mustahil kalau kita nak!"

3.00 pm

Wira Aeroback bergerak perlahan meninggalkan perkarangan kediaman Abu Nur.

"Bila nak mai lagi?"
"Kami bosan la kak..Mai la selalu!"
"Minggu depan mai tak kak?"
"Awat kak nak balik awai sangat.. Esok kami cuti lagi"
"Akak jangan lupa kirim salam dekat abang Mahzan, abang Anas, Kak Ros, Kak Ika ngan semua la...!!"

Sayu hati ni mendengar keluhan puteri-puteri ini.
Adik-adikku, kalau diikutkan hati, sungguh, kami tak mau tinggalkan adik-adik begitu cepat macam ni...Rasa kejap sangat. Tak cukup masa yang kita luang bersama. Namun kami sekadar hamba Nya yang mengikut apa yang telah ditetapkan.. Insya Allah kiranya diizinkan Nya, bertemu lah kembali kita.
------------------------------------------------------------------------------------------------


Macam biasa. Mengabadikan kenangan sebelum balik.



jangan la sedih, nanti kami mai lagi naaa...

tayangan video palestin ...

senam tommy dulu sebelum balik. hehe


------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebelum hantar Kak Azi naik train, kami singgah di Radix Fried Chicken, SP demi melunaskan hajat seseorang yang tidak pernah menjejakkan kaki ke situ :)


Salam Takzim
from the desk of Al 'Izzah


This entry was posted on 5.27.2009 at 11:00 PG and is filed under . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

1 komen anda

korang ni best kan

dekat je Abu Nur ngan IPTB

kami di UPM? adoii..

ble den nak g Abu Nur ni..

28 Mei 2009 5:59 PG

Catat Ulasan