Musim buah di Kuala Mu  

Posted by ummahaid

Musim buah di Kuala Mu

Assalamualaikum wbt dan salam perjuangan.

Ramadhan.
Ramadhan datang lagi.
Datang dengan penuh kemuliaan dan keberkatan.
Ramadhan yang sering ditunggu-tunggu oleh orang yang beriman.

Di kesempatan Ramadhan Kareem kali ini, kami mendapat satu lagi peluang untuk menziarahi saudara-saudara baru kita di Pos Kuala Mu, Perak buat sekalian kalinya. Ekspedisi bermula dari malam 10 Ramadhan hingga 12 ramadhan 1431 Hijrah. Perancangan yang begitu rapi telah di susun oleh ketua PRIHATIN dan UMMAH AID MALAYSIA. Kerjasama dengan MUHAMMADIAH INTERNATIONAL yang diletuai oleh ustaz Wahab telah memantapkan lagi perjalan ekspedisi kali ini.

Bilangan Peserta kembara kali ini adalah seramai 18 orang iaitu 3 mujahidah dan 15 mujahid. Peserta dikehendaki berkumpul di Masjid Jamik Lasah pada jam 2 pagi. Setelah mesyuarat di adakan keputusannya adalah seperti berikut:
Amir : Ustaz Wahab
Pembantu amir: Fuad Hilmi
Imam: Salman Siddiqi
Ketua Chef: Puan Aini
Penasihat perjalanan : Mejar (B) Darwis

Terdapat 3 jenis kenderaan yang mengikuti kembara ini iaitu:

1 Land Rover KP 60 : Driver; Abang Rohaizan
1 Pajero : Driver; Fuad Hilmi
1 Pinzgauer kuning : Driver; Abang Azmarul


Perjalanan dimulakan pada jam 3.45 pagi terus ke RNR Abu Bakar yang kini telah ditukar nama kepada Lubuk Batu untuk makan soq (sahur). Nama baru ini telah dirasmikan oleh pakcik Khairi pada majlis khitam berlangsung.huh. Di keheningan pagi yang sejuk, juadah bersahur ialah roti cicah peanut butter dan beberapa makanan ringan yang lain.
Keputusan awal perjalanan ialah memasak untuk sahur tetapi memandangkan waktu yang singkat kami makan apa sahaja yang ada. Setelah solat subuh selesai dilaksanakan perjalanan diteruskan lagi.

Beberapa halangan besar dan kecil telah ditempuhi yang membuatkan perjalanan terasa lebih bermakna. Kita lihat beberapa aksi menarik ketika perjalanan berlangsung. Biar gambar berbicara.
Tribulasi dan mehnah perjuangan :


Siap cekak pinggag lagi abg Rohaizan. Haih. Discussion: Apa kita nak buat ni.


KP 60 tersangkut. Tolong. Usaha lebih lagi!

Ouh.









Cuba Jaya



Kami telah bermalam di Kampung Bersah, Kuala Mu. Antara program yang telah dijalankan sepanjang berada di sana ialah:
a) Chak Raya (kenduri) ; ifthar beramai-ramai


Ramai orang tolong,kerja jadi senang. Mak saya pesan; tolong tengok je la zaidi.


Persoalan: kenapa tak bawak blander? Siap buat cucur lagi.



b) Solat berjemaah bersama penduduk kampung


Ini slot tazkirah. Gambar solat tak dak.


c) Agihan zakat fitrah dan baju raya

Untuk yang muslim Keadilan di dahulukan


d) Aktiviti pendidikan

Subjek: Pendidikan Jawi Mereka mencuba









e) Beramah mesra dengan penduduk kampung

Asyhadu! Yiha!

f) Dan lain-lain


Ukhwah yang baru terjalin atas dasar Islam. Allahuakbar!

Pengalaman berpuasa di Kuala MU kali ini sangat bermakna. Kesabaran yang sangat diperlukan dalam menghadapi sebarang cubaan yang mendatang. Penulis sendiri menjejaki Kuala Mu pada kali ini untuk melawan hawa nafsu yang liar di dunia serba moden ini.haih.

Semoga bertemu di lain kali.
Oh. Berkenaan tajuk di atas, ya. Kuala Mu kali ini memang sedang musim buah. Ada durian, plam, dan banyak lagi, semua buahan hutan yang sedap. Pokok-pokok semua ada buaha-buahan yang ranum dan banyak. Cumanya tidak sempat mengambil foto-foto berkenaan.
Laporan kali ini agak gelong. Kalau anda nak baca laporan yang lebih ilmiah untuk kemabra ini ada boleh bukak blog ni. Baik punya. Salam perjuangan dari saya dan SELAMAT HARI RAYA. Waamirzal.blogspot.com

Kuala Mu 30 April - 2 Mei 2010  

Posted by ummahaid in ,

Laporan Kembara Dakwah Orang Asli ke Kuala Mu pada 30 April – 2 Mei 2010


Bismillahirrahmaanirrahim’. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang. ‘Laailaahaillallah, wa Muhammad Rasulullah’. Berpegang teguh penulis dengan kalimat ini berserta keazaman yang kukuh, ‘Alhamdulillah’, segala puji bagi Allah, kerana telah mengizinkan penulis bersama-sama 28 orang peserta lagi bagi meneruskan misi dakwah orang asli yang telah bermula pada seawal tahun 2006 dan berjaya diteruskan sehingga ke bulan ini, 30 April hingga 2 Mei 2010.
Kembara dakwah Ummah Aid kali ini disertai seramai 9 orang lelaki dewasa, 11 orang wanita, dan 9 orang kanak-kanak, menjadikan jumlah peserta kembara dakwah orang asli kali ini adalah seramai 29 orang daripada Persatuan 4x4 Perlis, serta mahasiswa dari sekitar Selangor dan Pulau Pinang.
1 Mei 2010
Penulis telah sampai di Pekan Sungai Siput seawal 12 tengah malam 1 Mei, sambil menunggu peserta-peserta lain dari Perlis, di Hospital Sungai Siput, dan seterusnya berkumpul di kawasan perkampungan Felda Lasah dan akhirnya berkumpul di Masjid Mukim Felda Lasah pada jam 2.40 pagi. Kemudian, kami mengadakan syura (perbincangan) sebelum mengambil masa untuk rehatkan diri, bagi memilih dan melantik amer, penolong amer, imam, ketua unit makanan dan ketua unit logistik. ‘Alhamdulillah’, kepakaran dan semangat umur yang ada pada Cikgu Hashim telah dilantik sebagai amer, manakala, abang Azmarul sebagai penolongnya. ustaz Fuad, Pak cik Ibrahim dan abang Kamarul@Kembara telah dipilih dan dilantik sebagai imam, ketua unit makanan dan ketua unit logistic untuk pengembaraan dakwah orang asli kali ini.




‘4x4’ yang digunakan dalam kembara ini.

Perjalanan kembara dakwah ini bermula seawal jam 6.45 pagi, selepas selesai subuh berjemaah, di mana kami bersarapan di kedai kopi depan Masjid Mukim Felda Lasah untuk mendapatkan tenaga sebelum perjalanan kembara ini benar-benar bermula pada jam 7.15 pagi, dengan bantuan Pinzgauer kuning, dua ‘4x4’ Mitsubishi (pajero), sebuah ‘4x4’ Suzuki dan sebuah Kembara. Perjalanan kembara dakwah telah melaui beberapa perkampungan orang asli dan diteruskan sehingga sampai di kawasan rehat untuk proses penyegaran diri. Pada jam 9.30 pagi, kembara dakwah kami mengalami sekatan perjalanan, di mana, Pinzgauer kuning, milik abang Azmarul terlekat di jalan berbukit (lebih kurang 40 darjah) yang berlubang-lubang (sedalam 1 meter) sepanjang perjalanan sehingga ke atas bukit. Di sinilah bermula kaum Adam menghempas pulas tenaga, idea dan strategi bagi melepasi semua halangan. Dengan kerjasama yang padu, Pinzgauer mengambil masa 1 jam setengah untuk melepasi bukit tersebut. Seterusnya 3 ‘4x4’ berjaya melepasi halangan bukit tersebut dengan penuh hati-hati, namun sayangnya Kembara milik abang Kembara terpaksa ditinggalkan kerana kuasa enjinnya tidak mampu melepasi halangan dan kecerunan bukit tersebut. Dengan perasaan berat hati, abang Kembara, isteri dan anak, serta Jannah, peserta dari UPM, terpaksa berpindah dan menumpang ke ‘4x4’ lain. Pada jam 11.55 pagi, perjalanan diteruskan sehingga menemui sebuah lagi bukit yang agak cerun dan berlubang-lubang. Alhamdulillah, semua kenderaan mampu melepasi bukit kedua dan tidak mengambil masa yang lama dan perjalanan diteruskan sehingga kami menemui 11 kawasan lopak air yang berselut, di mana lebih kurang 4 lopak air, pasti ada salah satu kenderaan kami yang terlekat, terutamanya ‘4x4’ Pajero Mitsubishi milik cikgu Hashim!
Pemandangan alam sekitar yang mendamaikan sepanjang perjalanan kembara dakwah ini cukup mengejutkan dan mengasyikkan penulis, di mana Gunung Yong Yap menghiasi retina mata penulis dan peserta-peserta lain. Hutan hijau dan banjaran gunung yang melembutkan mata. Saat-saat penulis mula menjejakkan kaki ke kampung Bersah, tempat kediaman ketua kampung, Pak Hadu, terlintas sebuah “puisi alam” oleh sanggabuana, di mana bait-bait puisinya
:




Bila angin
kehilangan desirnya
daun-daun kering
takkan mau
meluruhkan tubuhnya

Bila langit
kehilangan kebiruannya
burung-burung
takkan mau
mengepakkan sayapnya

Bila sungai
kehilangan kejernihannya
ikan-ikan
takkan mau
mengibaskan ekornya

Bila bulan
kehilangan sinarnya
malam-malam
akan gelap tanpa cahaya

Bila hutan
kehilangan pohon-pohon
hewan-hewan
kehilangan tempat tinggalnya

Bila bukit
kehilangan kehijauannya
sungai-sungai
akan kering selamanya

Bila petani
kehilangan sawah ladangnya
kanak-kanak
akan menitikkan air mata

Bila manusia
kehilangan kemanusiaannya
alam semesta
akan tertimpa bencana
dan bertanya angin kering
"Perlukah memanusiakan manusia?"

Subhanallah’, Maha Suci Allah yang Menciptakan seluruh alam ini. Pada jam 3.25 petang, kami sampai di Kampung Bersah, di mana tempat persinggahan kami sebelum mengakhiri perjalanan kami ke Pos Kuala Mu. Di sini tiada masalah pencemaran alam, seperti yang dinukilkan dalam puisi alam di atas, namun terfikir penulis bagaimana memaksimumkan dakwah dan tarbiah Islam di sini, kerana majoriti penduduk Kampung Bersah, telah memeluk Islam. Pertama kali penulis menemui kanak-kanak orang asli benar-benar menginsafkan diri dengan kesenangan dan kemewahan yang ada berbanding mereka.

Hujan lebat mula turun dan kami mengambil masa untuk solat jama’ taqdim, zohor dengan asar di dewan yang dibuat daripada buluh. Betapa penulis merasai kesejukan setiap langkah kaki memijak buluh-buluh di dewan yang penuh unik ini. Setelah selesai solat, kami mengambil masa beberapa minit untuk imam, ustaz Fuad, memberi tazkirah ringkas mengingatkan kelebihan usaha dakwah ini dan berbincang tentang aktiviti selepas ini. Memandangkan waktu adalah singkat, kami terpaksa menumpang memasak makanan tengah hari Mee Maggi di rumah Pak Hadu.
‘Alhamdulillah’, bagi mengisi perut kami yang kelaparan dek perjalanan yang agak lama dan mencabar tenaga, isteri Pak Hadu, dengan panggilan manja, Ummi, telah memasak ubi goreng untuk kami berserta ikan sungai(tengas) yang digoreng dan masih panas, serta dijamu pisang yang benar-benar rasa keemasannya. Setelah kami menghabiskan makanan tengah hari, dalam jam 5 petang, kami bertolak ke Pos Kuala Mu yang hanya menngambil masa tidak sampai 10 minit.
‘Subhanallah’, indahnya pos Kuala Mu ini adalah sungainya yang panjang, lebar dan jernih. Pastinya peserta-peserta yang datang tidak sabar untuk bermandi-manda di sini. Kanak-kanak Kuala Mu pula seakan-akan memahami kehendak kami yang merindui kejernihan sungai mereka, mula membuka baju dan menunjukkan pelbagai gaya mandi mereka. Inilah bezanya kanak-kanak kota dengan kanak-kanak orang asli di pedalaman. Kanak-kanak kota biasanya dikawal oleh orang tua, namun kanak-kanak orang asli tidak mempedulikan keselamatan mereka ketika mandi di sungai. Melihat wajah-wajah riang mereka, hati penulis mula terdetik, bagaimanakah sesi persekolahan dan akademik mereka.
Memandangkan masa telah mengusai semuanya, matahari mula malu menampakkan diri, senja mula berteduh, peserta wanita terpaksa menolong kaum Adam menyediakan makanan memasak untuk “cak raya”. Penulis diberitahu oleh peserta yang biasa mengikuti kembara dakwah ini, kaum wanita tidak perlu memasak, di mana pada kebiasaannya mereka perlu beramah mesra dengan kanak-kanak atau menziarahi kaum wanita di rumah-rumah mereka. Namun, perjalanan ke Kuala Mu kali ini yang berlalu mengambil masa agak lama, terpaksa kami mengikut kehendak keadaan. Ayam dibersikan di tepi sungai, sambil ditemani kanak-kanak riang bermandi-manda, dan anjing yang begitu jinak mencari peluang untuk mendapatkan habuan mereka.

Sesi “cak raya”
Dalam jam 8.30 malam, semua nasi dan sup ayam, serta air asam siap disediakan. Orang kampung, termasuk kampung seberang sungai (yang kebanyakannya bukan muslim) juga dijemput untuk makan malam bersama-sama dalam “cak raya” kali ini di dewan Pos Kuala Mu. Pada awal sesi, cikgu Hashim mengambil masa beramah mesra dengan orang kampung dan mengajar kanak-kanak serta orang dewasa yang hadir tentang beberapa zikir. Pada pendapat penulis, mereka tidak memahami erti kalimah-kalimah yang diajar, namun penulis menyimpan hasrat yang penuh agar suatu hari nanti, mereka mampu memahami Islam dengan sebaiknya. Kemudian, para peserta kembara bersolat jama’ ta’khir bersama-sama para jemaah kampung yang masih awal dan berjinak-jinak dengan Islam.
‘Alhamdulillah’, seusai solat, kami berdoa bersama-sama. Kemudian, sesi makan malam dimulakan. Kanak-kanak mula beratur dan berebut menghulurkan pinggan atau “ayan” mereka untuk dicedokkan nasi dan sup ayam. Penulis, yang ketika ini, adalah pengalaman pertama dalam kembara dakwah orang asli ini, begitu terkejut kerana mereka kelihatan begitu lapar, sehingga ada beberapa orang kanak-kanak yang belum habis mengunyah, terus datang meminta makanan lagi. Teringat penulis, bahawa mereka hanya makan ubi kayu yang ditanam di ladang atau mencarinya di dalam hutan. Harapan penulis, setiap cedokan nasi yang diberikan, mengharapkan mereka jadi yang terbaik. Bagi sesetengah kaum ibu pula, mereka malu untuk datang mengambil makanan, lalu anak-anak mereka disuruh datang berkali-kali untuk mengambilnya. Apa pun, penulis amat mengharapkan, setiap butiran nasi yang mereka hadamkan, mampu membuatkan mereka menerima hidayah Islam dan menjadikan Islam sebagai panduan hidup mereka.
Setelah makan malam selesai bersama ketua kampung, Pak Hadu, dan penduduk kampung yang lain, kami beramah mesra. Peserta kembara dakwah dikalangan mahasiswi berbual-bual dan bergurau senda dengan remaja-remaja perempuan orang asli dan sesetengahnya dengan kanak-kanak oang asli sambil memberi gula-gula kepada mereka. Lebih kurang jam 10.30 malam, semua penduduk kampung pulang ke rumah masing-masing.

2 mei 2010
Peserta kembara dakwah juga telah mula merasai keletihan. Separuh daripada kami tidur di dewan di kampung Bersah, separuh lagi di dewan pos Kuala Mu. Kesejukan mula menggigit tulang pada awal pagi 2 Mei. Penulis tidak nyenyak tidur kerana kesejukan yang menggigil. Sekali lagi “puisi alam” oleh sanggabuana menjengah fikiran penulis.


Rinduku terpahat dalam batu
suaraku mengalir bersama air
bertebaran menjadi bunga-bunga keabadian.

Aku patrikan diriku pada alam
cinta,tembang,lara,berlagu di pucuk cemara
angin semilir padamkan gelora.

Aku tak,kaupun tak,kita tak paham
bagaimana laut dengan cintanya
mematrikan diri pada tebing terjal.

Aku ingin belah sepi
tatkala bulan bersemi
tapi kemana kan kupautkan rindu
ketika air tak lagi bergemericik jernih.

Kepada alam jiwaku bermalam
Pada keesokan paginya, selepas ustaz Fuad selesai mengimani solat subuh, kami memulakan sesi perbincangan, di mana kali ini kami berbincang mengenai modul-modul yang boleh diberikan kepada kanak-kanak orang asli dan berbincang mengenai aktiviti kami hari tersebut. Kami membuat keputusan untuk memasak nasi goreng untuk sarapan kami (memandangkan nasi banyak yang bebak semalam), dan seandainya ada penduduk orang asli yang datang meminta makanan, kami akan memberi sarapan kami juga.
Lebih kurang jam 7.45 pagi, kami mula memasak makanan untuk sarapan. Memandangkan separuh peserta kembara dakwah masih di Kampung Bersah, kami peserta mahasiswi mengambil keputusan untuk bermandi sungai di Lubuk Taring bersama-sama kanak-kanak orang asli. Alhamdulillah wa subhanallah, satu pemandangan yang cukup indah di hujung sungai, iaitu bahagian air terjun. Kami bermandi-manda bersama-sama kanak-kanak orang asli sambil meng’shampoo’ rambut dan memotong kuku mereka.

Penulis berbual dengan kanak-kanak orang asli

’Alhamdulillah’, dalam jam 10.45 pagi, kami selesai mengemas semua barang dan kami bertolak ke tanah milik Pak Uda, di mana terletak dewan milik Ummah Aid yang dibina sebelum ini. Pada awalnya, kami bercadang untuk bertolak pulang pada jam 11 pagi, namun disebabkan ada segelintir peserta yang belum bermandi sungai dan permintaan kanak-kanak yang ingin mandi sungai lagi, kami menangguhkan perjalanan pulang ke rumah Pak Hadu sehingga jam 12 tengah hari. Pada masa ini, kami beramah mesra dengan kanak-kanak orang asli, sambil bemain-main dengan mereka. Kami belajar bermain batu selambut cara mereka dan bermain kipas angin secara semulajadi. Subhanallah, mereka begitu kreatif!
Pada jam 12 tengah hari, kami bertolak ke rumah Pak Hadu. Semua peserta mengambil peluang menyegarkan diri di sini dan sekali lagi, kami dihidang dengan ubi kayu goreng dan pisang keemasan yang sungguh menyelerakan. Sebelum kami pulang, majlis perpisahan atau khitam diadakan, di mana semua peserta dewasa diminta memberi sedikit ucapan. Tidak ketinggalan penulis menyatakan harapan, semoga Islam terus mekar di bumi orang asli ini.
Sebelum berangkat pulang, penulis serta kaum ibu yang lain dapat membawa pulang akar kayu kacip Fatimah, yang mana kita ketahui amat baik untuk wanita. Tambahan lagi, penulis juga membawa pulang pokok hiasan, yang diberikan oleh kak Khadijah, anak Pak Hadu. Ustaz Fuad pula berjaya membawa pulang pokok tongkat ali dan pokok bunga hiasan. Lebih kurang jam 1.15 petang, kami bertolak pulang. Lambaian tangan kanak-kanak orang asli mula dirindui. Penulis dengan penuh pengharapan mengharapkan agar penulis mampu istiqamah dengan kembara dakwah orang asli ini lagi. Satu lagi puisi yang terlintas di fikiranku karya Ainun Nasihah, tajuk “Petang Terakhir”:



Petang terakhir,
Saat aku di beranda itu,
Langit bersendirian tanpa awan,
Burung berterbangan mencari pasangan,
Angin menghembus setiap helaian




Mata memerhatikan,
Bangunan idaman nun di sana,
Melambai memanggil untuk bersamanya,
Dikelilingi kehijauan pohon merendang,
Nantikan aku wahai sayang




Tinggallah di sini,
Kenangan terakhir di beranda ini,
Memahat seribu satu memori,
Tawa tangis semuanya di sini,
Jangan disesali peninggalan ini,
Akan aku berkunjung lagi.


Kembara dakwah orang asli kali ini tamat di Masjid Mukim Pekan Lasah pada jam 5.30 petang. Penulis pulang dengan penuh pengharapan agar punya tenaga dan masa untuk meneruskan dan istiqamah dalam misi dakwah orang asli ini, insya'Allah. Sekian, laporan kembara dakwah orang asli 30 April hingga 2 Mei 2010.
Disediakan oleh,Munirah Nik Sulaiman. UPM.







munir_nukman@yahoo.com

Moga Islam terus menyinar di Kotai, Bersah dan Kuala Mu . Ameen.  

Posted by ummahaid in , ,



Bismilahirrahmanirrahim...




Allah s.w.t berfirman yang bermaksud : Katakanlah (Wahai Muhammad) “Ini dia jalan aku. Aku menyeru kepada Allah berdasarkan bukti-bukti yang nyata. Aku dan mereka-mereka yang mengikut aku…..”. ( Surah Yusuf : 108

"Serulah ke jalan tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah (kebijaksanaan) dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang terbaik.Sesungguhnya tuhanmu dialah jua yang lebih mengetahu akan orang yang sesat daripada jalannya dan dialah jua yang lebih mengetahi akan orang yang mendapat hidayat". ( Surah An-Nahl : 125 )

Alhamdulillah wa syukur lillah ke hadrat Ilahi di atas kurnia nikmat IMAN dan ISLAM. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., keluarga baginda dan para sahabat seterusnya para salafussoleh serta seluruh umat islam. Betapa berharganya kedua-dua nikmat ini kerana di situlah terletaknya hakikat seorang muslim dan istimewanya ISLAM yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada utusannya Rasulullah s.a.w yang akhirnya sampainya ISLAM di Bumi Malaysia. Penulis yakin, anda dan juga penulis pasti tersentuh apabila setiap kali lembaran sirah dan siri perjuangan Rasulullah s.a.w ditatap, didengar atau dibaca dengan penuh penghayatan. Kecekalan dan kesabaran baginda s.a.w dalam menyampaikan dan menyebarkan ajaran suci islam ke seluruh pelusuk dunia sangat dikagumi dan wajar dijadikan pemangkin bagi kita sebagai generasi yang akan meneruskan perjuangan baginda s.a.w.

Kita masih mempunyai kewajipan yang lebih banyak daripada masa yang sedia ada kerana dibahu kita lah tergalas tugas sebagai seorang dai'e yang mesti dilaksanakan. Tanpa mengira siapa, pangkat, warna kulit, agama, budaya, negara dan sebagainya , tidak dapat tidak ISLAM mesti disampaikan kepada sesiapa sahaja yang berada di muka Bumi ini.

Setelah sekian lama kalinya penulis ingin menyertai program bersama orang asli, tetapi setiap kali itu juga, ada program bertindih dan yang mana perlu di'awla'kan menyebabkan perancangan penulis untuk menyertai misi dakwah orang asli tidak terlaksana. Alhamdulillah dengan izinNYA, hajat penulis kesampaian dan menjadi kenyataan kerana dapat bersama-sama sahabat yang kental jiwanya dalam menjayakan misi dakwah kali ini. Dan penulis sudah awal-awal mengosongkan cuti Tahun Baru Cina yang lalu semata-mata untuk turun menziarahi saudara-saudara baru yang masih jauh dan dilupai oleh kita. Bermacam-macam yang bermain di fikiran penulis apakah yang bakal dihadapi kelak setelah sampai ke sana. Sebelum sampai ke perkampungan orang asli, penulis juga menghadapi sedikit konflik walaupun pada awalnya perancangan telah dibuat. Moga pilihan yang dibuat kali ini adalah kerana dengan izinNYA. InshaAllah.

Penulis juga telah dimaklumkan oleh seorang sahabat yang merupakan ahli jawatankuasa tertinggi NGO Ummah Aid dan PRIHATIN Selangor yang misi dakwah kali ini adalah di perkampungan orang asli Gua Musang, Kelantan. Walaubagaimanapun, perancangan telah ditukar pada saat-saat akhir kerana ramai sukarelawan yang telah menuju ke sana dan kebetulan pada masa yang sama penghulu Kampung Kuala Mu, Sungai Siput , Perak telah meminta para sukarelawan yang ada untuk datang menziarahi mereka. Pada malam 12 hb, kami telah berkumpul dan tidur di Rumah Anak Yatim Dengkil sebelum memulakan perjalanan pada jam 3.00 paginya. Oleh kerana masing - masing kepenatan, kami bertolak satu jam lewat dari masa sebenar yang dirancang. Pagi yang hening dan amat menyejukkan, perjalanan kami seramai 4 orang dalam sebuah kereta menuju ke Sungai Siput, Perak memakan masa hampir 5 jam kerana kami juga tidak terkecuali menghadapi kesesakan kereta yang banyak. Tambahan pula, waktu cuti itu diambil oleh penghuni-penghuni kota untuk pulang menziarahi keluarga di kampung. Sehinggakan kami terpaksa solat subuh 'gajah' di R & R yang turut sesak dengan manusia pada saat itu. Penulis berasa agak kecewa kerana ada sesetengah kawasan rehat tidak menyediakan kemudahan surau dan menyebabkan ramai yang terpaksa solat di atas pondok, di tepi jalan, atas rumput dan sebagainya. Bagi penulis ia tidak menjadi masalah kepada sesiapa yang faham dan sedar kewajipan bersolat dan sebagai muslim untuk solat di mana-mana permukaan Bumi adalah tidak menjadi perkara yang pelik. Cuma mungkin ia akan menjadi masalah kepada yang sesiapa tidak memahami dan mungkin seseorang yang hanya akan menunaikan solat apabila disuruh sahaja dan tambahan apabila melihat keadaan yang sedemikian lagi membuatkan kewajipan dibelakangkan. Ia sebenarnya sedikit sebanyak akan mempengaruhi pandangan dan persepsi orang untuk menunaikan rukun islam yang kedua itu. Pada pemerhatian penulis, masih ramai lagi yang menyedari kewajipan untuk solat walaupun pada masa itu sudah terang, hampir jam 8 pagi. Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : "Solat merupakan tiang agama. Sesiapa yang mendirikan solat, dia telah mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meruntuhkan agama". (maksud Hadith).

Sepanjang perjalanan, penulis hanya tidur dan sepatutnya penulis mengambil peluang tersebut untuk memuji dan mensyukuri penciptaanNYA yang terbentang luas. Tetapi itu tidak bermakna penulis terus tidur tanpa bangun dan sempatlah juga melihat keindahan gunung, pokok-pokok dan batu-batu besar di sisi jalan. SubhanaAllah. Tanpa semua ini, sudah pasti Bumi tidak akan stabil dan tidak dapat berdiri pada paksinya. Allah s.w.t telah berfirman dalam Surah Al-Hijr ayat 21 yang bermaksud : " Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami-lah khazanahnya dan kami tidak menurunkannya melainkan dengan ukuran yang tertentu”.

13Februari 2010







Akhirnya kami sampai di Masjid India Muslim, Sungai Siput lebih kurang jam 9.15 pagi dan sahabat yang lain telahpun sedia menanti ketibaan kami. Sebelum meneruskan misi membelah dan mengharung perjalanan yang sukar ke perkampungan tersebut, sedikit taklimat dan sesi ta'aruf dijalankan. Pada kali ini, ekspedisi telah disertai oleh 5 orang muslimat dan 5 orang muslimin yang masing-masing dari latar belakang yang berbeza tetapi atas niat dan matlamat yang sama. InshaAllah. Di samping itu, Abang Azmarul selaku Amir telah membuat persiapan yang rapi seperti bekalan makanan, minyak kenderaan, generator dan segala kelengkapan berkaitan selama 3 hari 2 malam di tiga buah kampung yang akan kami jejaki. Pengalaman yang paling berharga apabila dapat menaiki 'land rover' yang sangat tahan lasak dan perjalanan yang berjam-jam ke setiap kampung melalui jalan-jalan hutan yang berbatu-batu dan bermacam-macam bentuk menyebabkan kepala penulis sering terhantuk pada cermin tingkap. Sudah tentu pemandu yang sangat mahir diperlukan untuk memandu 'land rover' yang tidak semua orang mampu mengendalikan di atas jalan yang bukan jalan raya. Ustaz Fuad yang merupakan imam kami memang 'expert' memandu kenderaan pacuan empat roda tersebut, walaupun agak mencabar tetapi menurutnya itulah pemanduan yang paling cermat dan selamat yang dibawa olehnya memandangkan penumpangnya semua muslimat . Memang sangat mencabar walaupun hanya duduk di belakang tanpa perlu memandu.

Lebih kurang jam 530 petang baru kami tiba di Kotai, tempat pertama persinggahan kami. Setibanya, kelihatan beberapa anak orang asli sedang bermain di celah-celah semak dan pokok kerana itulah aktiviti rutin mereka setiap hari. Apabila penulis dan sahabat-sahabat cuba mendekati anak-anak kecil itu, mereka melarikan diri mungkin kerana mereka masih ganjil dengan orang luar walaupun sebelum ini beberapa sukarelawan ataupun dai'e telah turun di kampung tersebut pada setiap sebulan. Ekspedisi ini merupakan satu usaha berterusan dan aktiviti bulanan Ummah Aid untuk memastikan kalimah Allah s.w.t sampai ke segenap pelusuk hati dan jiwa mereka. InshaAllah, moga usaha mulia ini sedikit sebanyak dapat mendedahkan islam kepada yang berhak seterusnya membawa mereka keluar dari kepompong kehidupan yang penuh daif kepada yang lebih baik.
Allah s.w.t telah berfirman dalam Surah Muhammad ayat 7 yang bermaksud : " Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu."

Sementara muslimin mengangkat segala kelengkapan ke atas pondok yang telah dibina sebelum ini khas untuk penginapan dan tempat memasak , penulis dan sahabat cuba beramah mesra dengan anak-anak orang asli setelah berjaya memujuk mereka mendekati kami. Perbezaan penggunaan bahasa menyebabkan keterbatasan kami untuk berbicara panjang dengan adik-adik tersebut. Kebetulan, kami juga perlu segera menyediakan makanan untuk menjamu semua penduduk kampung tersebut makan bersama-sama kami. Kebiasaannya, majlis makan besar yang juga dikenali sebagai 'Cak Raya' itu merupakan aktiviti wajib setiap kali kunjungan ke perkampungan orang asli. Menu malam itu adalah nasi putih berlaukkan sup ayam, beserta timun dan air teh. Penulis juga baru dapat tahu pada kebiasaannya mereka hanya memakan ubi kayu dan nasi dapat dimakan apabila kami berkunjung ke Kotai. Setelah semua sibuk berhempas pulas menyusun peralatan, memasang lampu, membaiki pondok, membina tandas dan menyiapkan makanan yang selesai hampir waktu maghrib, bilal yang bertugas iaitu saudara Amin siap sedia melaungkan azan sebagai satu seruan pemberitahuan telah masuknya waktu solat fardhu Maghrib. Jadi, imam telah memanggil penduduk kampung untuk solat berjemaah bersama-sama kami. Dan selepas itu baru upacara 'Cak Raya' dijalankan. Sejurus solat, penghulu telah membuat pengumuman bahawa pada malam itu akan diadakan makan besar dan dibawa untuk membawa pinggan atau 'anyan' sendiri. Kami sudah bersedia di posisi masing-masing di mana penulis sendiri akan mencedokkan lauk ayam untuk diberikan kepada mereka. Tampak di riak wajah mereka yang begitu lapar dan tidak sabar untuk menikmati juadah pada malam itu sehingga berebut-rebut tetapi alhamdulillah dapat dikawal dengan baik. Bayangkan kita setiap hari membazir membuang makanan yang tidak habis dan satu hari wajib dua kali makan nasi tetapi mereka...Tidak bersyukurkah kalian? Sedar atau tidak, masih ramai lagi rakyat Malaysia yang sangat daif dan hanya memakan hasil-hasil hutan, hidup di tengah-tengah hutan dengan ketiadaan bekalan elektrik. SangatJauh berbeza daripada kebanyakkan kita yang hidup serba kemewahan dan kesenangan di hiruk piruk kota yang memeningkan kepala. Di manakah fungsinya dan keberkesanan hak asasi manusia yang sering dilaung-laungkan dan termaktub dalam perlembagaan tetapi masih ada lagi manusia yang tidak dibela malah dipinggirkan. Sedangkan mereka adalah manusia seperti kita dan menjalankan kehidupan seperti kita. Pelbagai persoalan yang bermain di fikiran penulis, di manakah pihak-pihak berkuasa dan yang bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan orang asli? Bukan bertujuan untuk menuding jari tetapi satu persoalan dan penyelesaian yang memerlukan perlaksanaan dan tindakan.

Berbalik pada malam itu, bagi mengisi masa masyarakat asli yang sering terbuang dan pergi begitu sahaja, kami turut membuat tayangan filem 'Pendekar Bujang Lapok' secara terbuka. Sekurang-kurangnya aktiviti ini dapat memberi keceriaan dan mengikat ukhwah antara kami dan sesama mereka apabila menonton bersama. Tambahan pula cerita arahan P.Ramlee itu sering membuatkan kami tidak jemu untuk ketawa dan sudah pasti sangat menghiburkan walaupun rata-rata daripada penduduk di situ kurang faham dialek Melayu. Setelah tayangan berakhir, kesemua orang balik untuk melelapkan mata. Hari esok perlu diteruskan jika diberi keizinan olehNYA. Langkah pertama yang akan menentukan kesinambungan jalan-jalan yang seterusnya.




khusyuk menonton telatah pendekar Bujang Lapok


14 Februari 2010

Permulaan pagi yang sungguh sejuk dan menyegarkan setelah pada waktu malamnya bertemankan kerlipan berjuta-juta bintang di langit. SubhanaAllah !!! Sungguh cantik!!! Seusai laungan azan seterusnya solat subuh berjemaah, Ustaz Fuad membuka halaqah untuk menyampaikan sedikit tazkirah ringkas disusuli respon daripada para sahabat yang turut serta. Penulis juga mengambil peluang untuk merespon kerana berasa sangat bertuah kerana berpeluang menyertai ekspedisi yang sangat berharga ini. Dan juga berharap agar kami terus istiqamah menjalankan misi dakwah kepada orang asli. Walaupun hanya mengajar mereka mengucap kalimah syahadah, itu sebenarnya sangat berbekas di dalam hati. Terasa begitu sayu tatkala mereka sama-sama belajar dan melafazkan syahadah. Maka lahirlah muslim, saudara seislam yang menerima hidayah dariNYA. Perjalanan dan langkah hari ini perlu diteruskan, lebih ramai lagi masyarakat orang asli memerlukan bantuan dari kalian. Di atas kecemburuan waktu, kami mula mengemas dan menyiapkan sarapan sebelum memulakan perjalanan ke Kuala Mu yang sentiasa menanti. Perasaan sayu dan hiba untuk meninggalkan mereka di Kotai juga menyelubungi kami. Sebelum itu, penulis sempat mengenali adik-adik kecil yang masih memerlukan pendidikan yang secukupnya supaya seterusnya dapat membawa sinar dalam kehidupan keluarga masing-masing. Shawati, Zaiton, Maya, Shila, Hamdan, Aswan, Risal,Alop...Mereka adalah anak-anak kecil yang masih muda malah bakal memimpin keluarga tetapi tidak pernah mengenal erti kesenangan hidup apatah lagi erti kehidupan. Depan, belakang, kiri atau kanan, sekeliling mereka adalah belukar, semak, pokok-pokok dan hutan yang tebal. Bagaimanakah jika kita berada di tempat mereka? Moga kalian dipelihara Allah s.w.t dan akan menjadi pembela dan penyelamat kepada masyarakat orang asli kelak. Ameen. Moga lambaian ini bukan lambaian terakhir dariku.




Anak-anak kecil yang melambai pemergian kami

Ekspedisi diteruskan kerana hari semakin bergerak meninggalkan hari sebelumnya. Seperti biasa, perjalanan melalui jalan dalam hutan yang mencabar menjadi peneman kami. Tiada pilihan, itulah jalan penghubung yang sering digunakan oleh penduduk orang asli di situ.


Perjalanan hampir lima jam ke Kuala Mu mengizinkan kami untuk singgah menziarahi Pak Adu sekeluarga di Bersah. Alhamdulillah, kali ini kehidupan penduduk kampung Bersah nampak lebih teratur berbanding Kampung Kota. Ini kerana Pak Abdu selaku penghulu di situ sering keluar dan bertemu dengan pemimpin Melayu untuk mendapatkan bantuan demi kepentingan penduduk-penduduknya. Dua orang daripada anak juga telah berjaya dihantar ke sekolah di bandar Kuala Kangsar. Pak Adu sangat peramah orangnya dan melayan kami dengan begitu mesra memandangkan dia sendiri boleh bercakap dan faham bahasa Melayu. Isteri Pak Adu iaitu Umi pula sibuk memasak lauk tengah hari untuk di makan bersama walaupun jam ketika itu lebih kurang 2.30 petang. Penulis juga tidak ketinggalan membantu Umi memasak menggunakan kayu api dan berasap-asap satu rumah. Hidangan ubi kayu goreng memang merupakan hidangan tetap bagi tetamu yang datang. Ubi kayu di situ sangat berbeza, lebih besar dan isi serta rasanya lebih manis.


Umi sedang memasak ulam hutan

Kali ini kami dijamu dengan nasi berlaukkan sardin. Malah menu yang paling istimewa adalah petai masak sardin. Walaupun simple masakan Umi tetapi sungguh berselera kami menikmatinya. Penulis gembira dapat mengenali keluarga Pak Adu kerana mereka melayan kami seperti keluarga sendiri dan penulis sendiri begitu cepat mesra dengan Umi walaupun baru pertama kali bertemu dengannya. Setelah makan dan menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim, sekali lagi kami akan tinggalkan Besrah buat sementara untuk menuju ke destinasi seterusnya. Umi juga sempat menyediakan bekalan ubi kayu untuk kami, sungguh mulia hati insan yang bergelar ibu.

Sekali lagi , kami meneruskan perjalanan yang tidak akan berhenti ke destinasi terakhir iaitu Kuala Mu. Sesampai di sana, anak-anak kecil berlari-lari menyambut kehadiran kami. Mereka lebih berani dan ramah mendekati kami berbanding dengan anak-anak kecil di Kotai. Tampak mereka sudah biasa menerima kehadiran orang luar walaupun tidak pernah mengenali sebelum ini. Sehingga ada yang menarik penulis untuk memegang tangan mereka dan memimpin untuk jalan bersama. So interesting! Tetapi dekat sana, memang banyak anjing-anjing yang berkeliaran. Kadang-kadang takut dan risau juga sebab penulis memang kurang berani dengan anjing. Walaubagaimanapun, anjing-anjing tersebut lebih takut dengan orang-orang yang tidak dikenali. Dan yang paling istimewanya di Kuala Mu adalah kedudukannya di tepi sungai. Jadi, penulis dan 4 orang sahabat lagi mengambil kesempatan untuk mandi sungai kerana sudah seharian tidak membersihkan diri. SubhanaAllah, inilah kali pertama penulis mandi sungai setelah sekian lama hanya melihat orang lain mandi sungai. Hampir 2 jam juga kami berendam apabila anak-anak orang asli membawa kami ke tempat yang paling jauh dari pandangan manusia terutamanya muslimin. InshaAllah.

Sebelum Matahari meninggalkan siang, kami pulang untuk membuat persiapan memasak untuk 'Cak Raya' di sebelah malam. Aktiviti yang sama dilakukan seperti di Kotai, cuma yang bezanya menu pada malam itu adalah ayam masak kari.



Anak-anak orang asli beratur untuk mengambil makanan









wajah anak-anak orang asli

Sebenarnya banyak yang penulis ingin coret dan kongsikan, tetapi rasanya ini pun sudah terlalu panjang dan meleret. Yang paling penulis tidak dapat lupakan ialah suasana sejuk yang betul-betul menggigit tulang sepanjang tidur di pondok Kuala Mu. Hanya Allah s.w.t yang tahu. Sungguh sejuk!!! Menggigil-gigil rasanya.


Apa yang penting sekarang ini adalah tanggungjawab kita untuk menyampaikan kalimah Allah s.w.t kepada yang berhak. Tidak kira siapa mereka dan siapa kita , selagi kita berpegang kepada kalimah tayyibah, kita wajib sampaikan islam kerana semua daripada kita adalah dai'e. Moga setiap usaha dakwah yang dijalankan ikhlas lillahi ta'ala dan berjihadlah di jalan Allah s.w.t. Sesungguhnya jalan dakwah sangat luas, dan kalianlah yang akan membuat pilihan untuk memilih jalan dakwah yang sesuai dengan anda tanpa sebarang paksaan. Carilah ia dan doa agar istiqamah kerana Allah swt sentiasa bersama kalian. InshaAllah...

Moga bertemu lagi di sana...

Ameen.

Nur Hafizah Binti Arzemi
http://serikandisyurga.blogspot.com/

KEMBARA ZIARAH DAKWAH ORANG ASLI KUALA MU, FELDA LASAH, SG.SIPUT, PERAK - DISEMBER 09.  

Posted by ummahaid in






LAPORAN KEMBARA ZIARAH DAKWAH SAHABAT KITA ORANG ASLI
KUALA MU, FELDA LASAH, SG.SIPUT, PERAK. (04-06 DISEMBER 2009)

Kembara ziarah dakwah Ummah Aid & Muhammadiyah International(teraju utama : ayahanda ustaz Wahab)& Prihatin Malaysia kali ini diteruskan lagi bagi menjalankan program rutin untuk bulan Disember kepada SAHABAT KITA Orang Asli. Untuk kali ini, kembara ziarah dakwah yang setiap bulan dianjurkan ini, disertai oleh peserta Akademi Dakwah (AD 09)satu program anjuran ANGKATAN PEMUDA-PEMUDI ISLAM (API) serta dibantu oleh kumpulan pacuan 4 roda (4WD) Utara Offroad serta dari Unit Amal Malaysia. Kembara ziarah dakwah sahabat kita ini bermula pada 04 Disember hingga 06 Disember 2009. Walaupun, tempoh kembara kali ini agak singkat, namun kesannya amat bermakna dan tidak mungkin dapat dilupakan oleh semua sahabat dan sahabiah yang menyertainya serta SAHABAT KITA Orang Asli yang terlibat.

Kembara ziarah dakwah kali ini disertai oleh tiga kumpulan utama iaitu kumpulan dari Selangor, Pulau Pinang dan Perlis. Kumpulan dari Selangor diketuai oleh ana (Fuad), kumpulan dari Perlis diketuai oleh Ustaz Wahab dan kumpulan dari (AD '09) Pulau Pinang diketuai oleh Akh Amir (pengerusi API). Jumlah mujahid dan mujahidah yang berjuang untuk kembara ziarah dakwah SABAT KITA kali ini, seramai enam puluh (60) orang, iaitu 5 dari Selangor, 27 dari (AD '09) Pulau Pinang dan 8 dari Perlis + Kedah + Johor + Melaka + Chan Rai, Tahiland(sahabat ayahanda ustaz wahab), 5 dari Unit amal Malaysia dan 15 dari "Group Utara Offroad" . Manakala, kekuatan kenderaan yang terlibat dalam kembara ziarah dakwah kali ini sebanyak 13 buah buah pacuan empat roda iaitu dua buah dari Perlis (Land cruiser11 & Steyr Daimler Puch(Truck Kuning) kepunyaan sahabat kita abg Azmarul. sebelas buah dari Utara Offraod, bermacam jenis 4WD.

Setelah syura,jam 3.00am Cikgu Khalid peserta AD '09 telah dilantik sebagai amir dalam Kembara ziarah Dakwah kali ini, manakala akh Hadi juga peserta AD '09 dilantik sebagai imam solat jemaah. Muslimat pula (diketuai ukht Wahida, peserta AD '09) dipertanggungjawabkan untuk menyediakan makanan kepada ahli kembara ziarah dakwah dan SAHABAT KITA Orang Asli, juga dibantu oleh muslimin. Manakala, Akhi Salman dan Akhi amir bertindak sebagai Komanden Kembara. Lokasi utama kembara kali ini ialah kampung Orang Asli Kotai / Kuntai dan Kuala Mu. Namun, setelah syura keputusan dibuat setelah mempertimbangkan faktor masa yang terhad, kembara ini diteruskan hanya ke Kuala Mu. Tetapi, ayahanda Ustaz Wahab dan Abg Azmarul memulakan perjalanan terlebih dahulu lebih kurang jam 2.30 am. Kerana mereka ada kerja di Kotai/Kuntai. Perjalanan yang dibantu oleh "Group Utara Offroad" bermula esok paginya jam 7.00 am, bertolak dari masjid mukim Felda Lasah. Perjalanan ini terpaksa dilewatkan kerana pemandu "Group Utara Offroad" ingin berehat dari kepenatan terlebih dahulu. maka terpaksalah saya tidur balik, dari Kuala Lumpur jam 11.00pm saya sudah tiba di masjid Felda Lasah.

Seusai solat subuh berjemaah di masjid mukim Felda Lasah, lebih kurang jam 7.30am kami memulakan perjalanan bagi tujuan memenuhi perjuangan kami bagi menegakkan kalimah tauhid lailahaillallah kepada SAHABAT KITA orang asli di hutan sana. hal inilah yang sentiasa memanggil-manggil hati saya untuk terus istiqomah berjuang demi kalimah tauhid ini, serta semangat jihad dan syahid dijalan ALLAH impian kami semua in sya ALLAH... saya masih ingat kata ayahanda ustaz wahab dan merupakan hadist Rasulullah " tidak akan bertemu dua debu di akhirat nanti, iaitu debu berjuang di jalan ALLAH dan debu api neraka" . semoaga debu-debu perjuangan ini menjadi saksi dihadapan ALLAH S.W.T kelak serat penghapus dosa kita. ameen...

setelah beberapa buah 4WD kepunyaan "group Utara offraod" mengisi minyak di Pos Perlop, kenderaan Kembara ziarah dakwah mula memasuki jalan merah menuju ke kampung Orang Asli. Kembara Ziarah dakwah ini melintasi lima belas (15) buah kampung Orang Asli termasuklah kampung Orang Asli pecahan. Kampung-kampung tersebut ialah kampung Orang Asli Bawong, Kajang, Saseh, Kemores, Cemakah, Santih, Jai (Jey), Chua’ant, Pos Legap, Rengkeh, Dawoi, Ke’ep, Bersah, Toh dan Gapeh hilir atau kampung seberang (seberang sungai dengan Pos Kuala Mu). Di sepanjang Kembara ini, kami berjumpa dengan ramai SAHABAT KITA Orang Asli. Mereka melambai-lambaikan tangan serta melemparkansenyuman manis kepada kami, setelah kami melambaikan tangan tanda PERSAHABATAN(UKHWAH ISLAMIAH) serta melemparkan senyuman gembira serta penuh harapan dan keyakinan yang mana, mereka suatu hari nanti menjadi saudara seislam dengan kita. inilah baru boleh dikatakan 1(satu) Malaysia, pabila semua satu agama. :).


Kami rasa teruja dengan keindahan alam semula jadi di sepanjang perjalanan ini, namun sayang ia telah pun mula disentuh dek ‘tangan-tangan’ pembangunan. Banyak bukit bukau yang telah ditarah, keindahan flora dan fauna telah digantikan dengan pelbagai tumbuhan industri seperti sawit, getah, koko dan sebagainya. saya sempat berborak dengan akhi Amir semasa dalam perjalanan kembara ini berkaitan kemusnahan 'alam semula jadi sepanjang jalan yang kami lalui.Ia dilakukan atas alasan untuk menyeimbangkan masyarakat Orang Asli dengan pembangunan arus perdana negara. Sebaliknya, kesan dari tindakan tersebut telah membawa masyarakat Orang Asli ke arah kemiskinan yang lebih parah dan sering dieksploitasi oleh peraih luar untuk mendapatkan hasil mahsul hutan. sahabat saya Haji Razak sempat menanyakan hal ini kepada Penghulu Jamal kampung Toh, mereka pernah menjual kayu gaharu kepada peraih. Kayu gaharu bagi gred A dibeli oleh peraih dengan harga RM2,000 -RM3,000 bagi satu kilogram. sedangkan rasanya harga diluar lebih mahal.

Perjalanan kembara ziarah dakwah kali ini banyak dugaannya, sebuah pacuan 4 roada rosak dan gear 4WD nya tidak boleh berfungsi. maka tersangkut di permulaan bukit "abg nuar". :) , ALHAMDULILLAH, kecekapan pemandu "Group Utara Offroad" dapat mengatasi segalanya. pacuan 4 roda yang tersangkut itu tadi telah di tarik disepanjang bukit "abg nuar"(tempat Yala tersungkur menyembah bumi demi perjuangan yang hakiki menyampaikan dakwah dan ziarah SAHABAT KITA orang asli). setelah itu, perjalanan kembali elok untuk seketika sahaja. sesampai sahaja di bukit petai, sebuah bukit yang tidak akan saya lupakan. ketika pertama kali saya menjejakkan kaki ke perkampungan SAHABAT KITA oarbg asli Kuala Mu pada 31 Ogos 2007, saya dan sahabat-sahabat telah tersangkut di situ selama 7jam, disebabkan sebuah 4WD (KESIHATAN) yang turun ketika itu, namun ianya banyak berjasa kepada jalan juang ini. kali ini dua(2) buah pacuan 4 roda yang ttidak mampu mengharungi lumpur tebal disepanjang bukit petai itu. sebuah 4WD hanya lepas ditolak oleh kami dan sebuah lagi yang rosak gear tadi terpkasa dtarik sekali lagi oleh sebuah 4WD yang lain.

Kira-kira jam 12.00pm kami tiba di rumah SAHABAT KITA Pak Hadu. Namun, saya dan akh Amir berjalan kaki menuju ke Kuala Mu untuk mencari khabar ayahanda Ustaz wahab dan abg azmarul bersama kumpulannya yang naik seawal pagi lagi. teteapi mereka masih belum tiba di Kuala Mu. setibanya kami berdua di Kuala Mu, mereka yang singgah di bersah tadi yang diketuai akh Salman(abg Salmen, kata Awan dan kawan-kawanya), telah menuju ke Kuala Mu juga. Perkara pertama yang kami lakukan sebaik sahaja tiba di Kuala Mu, setelah mengangkat kesemua barang-barang yang dibawa, kami sekali lagi syura yang diketuai amir(Cikgu Khalid) di dewan yang bertaraf lima bintang dengan alunan muzik semula jadi air sungai yang mendamaikan jiwa serta segala masalah yang bermain di kepala telah hilang dengan sendirinya. tjuan syura diadakan adalah untuk merancang aktiviti selanjutnya dari bila nak solat, apa yang nak dimasak untuk cak raya(makan besar) bersama SAHABAT KITA di Kuala Mu dan juga aktiviti dengan anak-anak serta penduduk kampung di Kuala Mu dan yang sekitarnya. saya mencadangkan agar kita pergi ziarah kesemua kampung disekitarnya yang sudah lama kita tidak mengunjunginya memandangkan kita ramai untuk kali ini. selain itu, ianya adalah suatu pendedahan awal kepada peserta "Akademi Dakwah 09" terhadap SAHABAT KITA orang asli di sana. ALHAMDULILLAH, cadangan ini disambut baik oleh sahabat-sahabat yang menyertai Kembara pada kali ini.

seusai solat jamak takdim zohor dan asar, kami memulakan denagn aktiviti yang telah dirancang sebentar tadi. tugas dibahagikan mengikut perancangan awal. ada yang memasak untuk "cak raya", ada yang bersama anak-anak di sana, dengan golongan ibu muslimat yang dipertangungjawabkan untuk menziarah mereka. sambil-sambil itu, biskut dan kuih-muih raya yang dibawa dibahagikan kepada meraka semua. satu cabaran kami ketika hendak memasak nasi dengan dapur kayu untuk 60 orang. suatu yang agak sukar untuk dilaksanakan, namun ianya dapat di lakukan dengan bantuan SAHABAT KITA Razak dan Alang. saya dan sahabat seperjuangan pergi mencari kayu api untuk memasak kerana tong gas hanya ada dengan abg zamarul dalam trak kuningnye...

setelah semua siap, menu tgh hari kita sardin hancur kobis goreng. menu yang amat biasa nagi kita, namun, ianya amat luar biasa bagi SAHABAT KITA orang asli di sana. mereka makan dengan berselera sekali dan tambah(tabe) berkali-kali. anak-nak kecil berlari-lari mendapatkan nasi bila kami memanggil mereka " Mado...mado...cak...cak chanak... mado...". Mereka datang berduyun-duyun dengan membawa "ayan" pinggan menuju tempat kami membahagi-bahagikan nasi. sedih bercampur baur bila melihat anak-anak kecil yang berkaki ayam berpakaian lusuh tidak berbasuh serta dengan muka yang comot menyuapkan nasi ke mulut tanpa dibantu ibu-ibu mereka. semangat dan kekentalan anak-anak ini sungguh kuat dan mampu mengalirkan air mata saya serta menghibakan hati yang melihatnya.

Ingat saya pada pesanan haji Razak sahabat kepada ayahanda ustaza Wahab. beliau cakap "inilah kerja yang Rasulullah buat dan Rasulullah suruh. dalam Islam dituntut untuk menyampaikan dakwah. ini kerja rukun Islam yang pertama...syahadah...". Berfikir sejenak saya pabila mendengarnya, Rasulullah bersahabat dengan sesiapa sahaja, Rasulullah berjuang, berperang...rasulullah menyuapkan(memberi makan) makanan kepada orang lain adalah kerana demi Islam tercinta. Ya ALLAH...indah sungguh Islam itu...mudah sungguh untuk dilakukan. Hanya dengan semangat yang kental.

semasa sedang asyik menjamu selera, ayahanda ustaz Wahab dan abg azmarul serta kumpulannya pun sampai ke Kuala Mu dari Kotai/ Kuntai. ayahanda ustaz wahab dan sahabat-sahabat yang lain disambut dengan salaman dan pelukan erat. sungguh indah persahabatan dijalan juang untuk ALLAH. Ukhwah Fillah...abadan abada...hidup dan matiku hanya untuk JIHAD FISABILILLAH...AMEEN... dan mereka dijemput makan tgh hari bersama kami yang sampai awal tadi. seusai makan, ayahanda ustaz wahab mengajak kami pergi ziarah SAHABAT KITA di kampung Toh dan Kampung2 yang lainnya sebelum kampung Bersah dari arah Kuala Mu. dua buah 4WD kepunyaan abg azmarul yang pergi untuk ziarah pada petang itu.

sekembalinya kami dari ziarah SAHABAT KITA di kampung Toh, hari sudah maghrib. amir mengarahkan supaya kami solat jamak takdim maghrib dan isyak kerana pada mlmnya nanti ada pertunjukkan sewang daripada penduduk Kuala Mu. seusai solat, akh salman memulakan kultum(kuliah tujuh minit) beliau membacakan surah-surah Al-Quran bertujuan membangkitkan semangat kami dalam berjuang dan mengingati ALLAH. kemudian diteruskan dengan Haji Razak meneruskan bicara malam yang sungguh indah sekali. seusai sesi kultum, kami menjamu selera dalam kepekatan malam yang hanya diterangi dengan beberapa lampu suluh yang dibawa. inilah baru boleh dikatakan makan "malam" sebab gelap sungguh...:).

seusai makan malam, masing-masing buat aktiviti sendiri. ada yang melepaskan kepenatan seharian perjalanan yang agak memenatkan badan. kira-kira jam 10.00pm , majlis sewang pun bermula dihadapan sebuah rumah SAHABAT KITA iaitu panghulu zainal. yang dipersembahkan oleh emak kepada penghulu zainal dan ahli keluarganya serta penduduk-penduduk Kuala Mu. kerana keasyikan bunyi ketukan buluh dan paluan gendang menyebabkan kami juga turut serta menari. saya telah diajak oleh alang untuk menari mengikut rentak muzik. inilah kali pertama saya menari sewang.

kemudian, setelah selesai majlis sewang kami memeutuskan untuk ziarah ke rumah Pak Hadu di Bersah. saya jika ke Kuala Mu dan tidak ke Rumah Pak Hadu tidak cukup rasanya, kerana merindui ubi kayu goreng yang dapat mengalahkan kentang goreng KFC. Dan juga untuk jumpa Pak Hadu SAHABAT KITA yang sungguh baik hati dan paling lama memeluk agama Islam dalam kalangan mereka. ketika dalam ucapan Pak Hadu yang tidak dapat saya lupakan dan amat menyentuh jiwa. kata Pak Hadu " saya dah anggap ustaz wahab macam bapa saya sendiri, jika dia mati saya akan sedih sangat...dan jika dia mati saya mintaklah siapa sahaja yang boleh menghubungi saya dan datang ambik saya dari pulau pinang ke...xkiralah anuar ke...shah ke...datang sini ambik saya dan keluarga saya...saya nak pergi tgk...". sedih dan gembira bila saya mendengar kata-kata Pak Hadu ketika itu. Begitu sekali sayang beliau kepada ayahanda ustaz wahab. Jasa Ayahanda Ustaz Wahab sungguh banyak sekali buat SAHABAT KITA di perkampungan orang asli di sana.

Jam didinding rumah Pak Hadu sudah menunjukkan pukul 12.00pm. Mata pun sudah terasa mengantuk, badan terasa kepenatannya. Namun, mulut masih mengunyah ubi kayu goreng ummi(isteri Pak Hadu). :) selesai ziarah , kami semua pulang untuk tidur di Kuala Mu. yang tinggal di Bersah hanya ayahanda ustaz Wahab dan abg Azmarul bersama kumpulannya serta Abg Khairi dan anak-naknya yang naik menggunakan motorcross(scrambler).

Jam 5.00am. kami bangun untuk bersiap bagi menunaikan solat subuh berjemaah. tepat jam 6.00am laungan azan oleh akhi Salman berkumandang di keheningan pagi yang cukup mendamaikan serta mendinginkan. seusai solat subuh dan kultum, kami mengadakan syura sekali lagi untuk menentukan aktiviti yang akan berlansung pada hari kedua di Kuala Mu. kami memutuskan untuk mengadakan sekali lagi cak raya dan membahagi-bahagikan beras, biskut dan apa sahaja yang ada kepada penduduk kampaung sekitarnya. semua peserta AD '09 diarahkan ke kampung seberang atau kampung Gapeh Hilir yang majoritinya bukan muslim. mereka diarahkan untuk mengagihkan beras kepada penduduk kampung tersebut. sementara itu saya dan Alang telah memasak nasi bagi tujuan cak raya kedua sebelum kami pulang nanti.

ALHAMDULILLAH, agihan beras pun selesai...tibalah masa untuk cak raya pula. menu tengah hari kali ini sayur kobis dan kari telur serta ikan masin goreng..."speacial for" SAHABAT KITA sebelum kepulangan kami...diingatkan kami bukan bersiap untuk pulang...tapi, kami bersiap untuk datang lagi...in sya ALLAH.

seusai mandi di lubuk taring(saya xpi pun kali ni), dan makan serta mengagihkan nasi kepada anak-anak kita serta SAHABAT KITA di sana dan solat jamak takdim zohor wa asar. kami bersiap untuk kembali ke destinasi masing-masing. namun begitu, "Group Utara Offroad" yang membawa peserta AD '09 dan unit amal Malaysia memeulakan perjalanan terlebih dahulu. saya dan kumpulan ayahanda ustaz Wahab serta abg Azmarul pulang lambat sedikit kerana kami ada agenda tersendiri untuk singgah ziarah di kampung-kampung terdekat seperti Gapeh Hilir(penghulu lama merupakan penghulu samad) yang baru penghulu Rasali. Kampung Toh (penghulu Jamal) dan berkahir di rumah Pak Hadu untuk mengucapkan selamat dan kami akan datang lagi. cuma kata-kat Panghulu Samad yang diucapkan suatu ketika dahulu diucapkan lagi kepada kami ketika kami berkunjung ziarah ke rumahnya. walaupun beliau bukan Islam, belaiu kata " kalau boleh Ustaz...saya nak mintaklah dengan ustaz...kalau boleh, ada sorang ustaz yang boleh duduk di Kuala Mu untuk mengajar orang-orang Asli yang sudah Islam di sana...kerana saya nampak...mintak maafla ustaz, saya bukan nak kata...tapi mereka agak ketinggalan bila tidak ada yang ajar...macam saya xpe...saya bukan Islam...kalau bolehla...kerana rugi jika kita fikirkan..." Ya ALLAH ianya muncul dari mulut seorang SAHABAT YANG BUKAN ISLAM...IN SYA ALLAH...YA ALLAH KU MOHON DIKAU BERILAH HIDAYAH KEPADANYA...AMEEN...

Berkahir di rumah Pak Hadu setelah minum teh...kami pun memulakan perjalanan...Alhamdulillah, perjalanan kami lancar dan baik sahaja dibantu kepakaran "multhy purpose man" kata abg Khairi kepada abg Azmarul dan keizinan dan batuan ALLAH jua untuk menyampaikan Kalimah Tauhid. Kami tiba di masjid mukim Felda Lasah tepat dengan laungan Azan mahgrib. setelah mandi dan menyegarkan badan kerana perjalanan ke Kuala Lumpur masih jauh. sebelum balik kami semua yang dah macam anak dengan bapa, abg dengan adik berpeluk dan berjanji akan datang lagi meneruskan usaha ini...jihad dan syahid menunggu kita...in sya ALLAH...

PERHATIAN...BUKAN DEPAN NAK PI KUALA MU IKUT JALAN LAMA YE SAHABAT SEMUA, KERANA JAMBATAN YANG RUNTUH DAH PUN DIBAIKI DENGAN ELOK...
24-26 DISEMBER 2009. KEMBARA ZIARAH DAKWAH KE KUALA MU...BERHUBUNG TERUS DENGAN USTAZ WAHAB.

SYUKRAN, JAZAKUMULLAHU KHOIRAN KATHIRA...KULLU 'AAMIN...WA ANTUM BIKHOIRIN...

MUHAMMAD FUAD HILMI ZAKARIA.
ABUJIHADFISABILILLAH.
PRIHATIN MALAYSIA.

BLOG AKH FUAD HILMI

Ekspedisi Ke Kotai dan Beswok - Oktober  

Posted by ummahaid in

Laporan Ekspedisi Kampung Orang Asli
Kotai / Kuntai – Bess wook (17 – 18 Oktober 2009)

Ekspedisi Ummah Aid kali ini diteruskan bagi menjalankan program rutin untuk bulan Oktober ke atas masyarakat Orang Asli. Kali ini ekspedisi ini disertai oleh sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) baru iaitu Pertubuhan Prihatin Kesihatan dan Sosial Malaysia (PRIHATIN MALAYSIA). Ekspedisi ini bermula pada 17 Oktober 2009 hingga 18 Oktober 2009. Sungguhpun tempoh ekspedisi kali ini agak singkat, namun kesannya amat bermakna dan tidak mungkin dapat dilupakan oleh semua sama ada pihak kami ataupun Orang Asli yang terlibat.

Ekspedisi kali ini disertai oleh tiga kumpulan utama iaitu kumpulan dari Selangor, Pulau Pinang dan Perlis. Kumpulan dari Selangor diketuai oleh Akh Fuad, kumpulan dari Perlis diketuai oleh Cikgu Hashim dan kumpulan dari Pulau Pinang diketuai oleh Akh Shah. Jumlah individu yang mengikuti ekspedisi kali ini ialah seramai empat belas orang iaitu lima dari Selangor, tiga dari Pulau Pinang dan enam dari Perlis. Manakala kekuatan kenderaan yang terlibat dalam ekspedisi hanyalah dua buah pacuan empat roda iaitu sebuah Pajero dan sebuah lagi kenderaan tidak asing lagi dalam dunia ketenteraan iaitu Steyr Daimler Puch buatan Austria atau dikenali sebagai “trak anak ba*#” dalam kalangan anggota tentera.

Akh Fuad telah dilantik sebagai amir dalam ekspedisi kali ini, manakala akh Salman dilantik sebagai imam solat jemaah. Muslimat pula dipertanggungjawabkan untuk menyediakan makanan kepada ahli ekspedisi dan Orang Asli. Lokasi utama ekspedisi ini ialah kampung Orang Asli Kotai / Kuntai dan Bess Wook. Keputusan ini dibuat setelah mempertimbangkan faktor masa yang terhad. Perjalanan ini bermula jam 1430, bertolak dari masjid mukim pekan Lasah. Perjalanan ini terpaksa dilewatkan kerana tayar Steyr Daimler Puch pecah di pertengahan jalan dan terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk membaiki dan mendapat alat gantinya. Ia disebabkan kenderaan tersebut adalah edisi terhad, yang hanya digunakan oleh pihak tentera sahaja.

Ekspedisi sebenar bermula jam 1455 yang mana kenderaan ekspedisi mula memasuki jalan merah menuju ke kampung Orang Asli. Ekspedisi ini melintasi lima belas (15) buah kampung Orang Asli termasuklah kampung Orang Asli pecahan. Kampung-kampung tersebut ialah kampung Orang Asli Bawong, Kajang, Saseh, Kemores, Cemakah, Santih, Jai (Jey), Chua’ant, Pos Legap, Rengkeh, Dawoi, Ke’ep, Mendet, Ma’ngis dan Youm. Di sepanjang ekspedisi ini, kami terserempak dengan ramai Orang Asli. Mereka melambai-lambai ke arah kami, mungkin mereka sudah mengenali kami sebelum ini.

Kami rasa teruja dengan keindahan alam semula jadi di sepanjang perjalanan ini, namun sayang ia telah pun mula disentuh dek ‘tangan-tangan’ pembangunan. Banyak bukit bukau yang telah ditarah, keindahan flora dan fauna telah digantikan dengan pelbagai tumbuhan industri seperti sawit, getah, koko dan sebagainya. Ia dilakukan atas alasan untuk menyeimbangkan masyarakat Orang Asli dengan pembangunan arus perdana negara. Sebaliknya, kesan dari tindakan tersebut telah membawa masyarakat Orang Asli ke arah kemiskinan yang lebih parah dan sering dieksploitasi oleh peraih luar untuk mendapatkan hasil mahsul hutan. Saya sempat menemu ramah Orang Asli berkenaan hal ini, mereka pernah menjual kayu gaharu kepada peraih. Kayu gaharu bagi gred A dibeli oleh peraih dengan harga RM2,000-4,000 bagi satu kilogram. Sedangkan apa yang saya ketahui, kayu gaharu gred A mampu mencecah harga RM40,000.00 satu kilogram.

Kami bernasib baik kali ini, kerana sepanjang ekspedisi ini cuaca baik menyebelahi kami. Jadi ekspedisi ini dapat berjalan dengan lancar. Akhirnya, pada jam 1718 kami telah tiba ke destinasi kami iaitu kampung Orang Asli Kotai/Kuntai. Ketibaan kami disambut oleh bekas Batin/Penghulu kampung Orang Asli Kotai/Kuntai iaitu Pak Karim dan isterinya. Perjalanan kami mengambil masa hampir tiga jam, dianggarkan jarak perjalanan kami ini ialah sejauh 40km (satu minit bersamaan 200-300 meter).

Perkara pertama yang kami lakukan sebaik sahaja tiba di kampung Orang Asli Kotai/Kuntai ialah membahagikan sedikit makanan kepada kanak-kanak Orang Asli. Selepas itu, kami bersiap-siap untuk menyediakan makan malam. Kerjasama yang baik menyebabkan persiapan makan malam kami berjalan dengan lancar. Sebaik sahaja waktu maghrib tiba, cikgu Hashim dengan suaranya yang lantang melaungkan azan. Laungan azan yang bersemangat tersebut bisa mengetuk jiwa sesiapa sahaja yang mendengarnya. Alhamdulillah laungan azan tersebut disahut oleh Orang Asli dengan berboyong-boyong menyertai kami dalam solat maghrib dan Isyak secara berjemaah.

Sebaik sahaja solat jemaah selesai, Orang Asli dijamui dengan makan malam. Menu makan malam ialah nasi, kari ayam, sayur dan ikan. Saya masih ingat ayat untuk memanggil Orang Asli untuk menyertai kami untuk makan malam... “Mado, chak raya!” (Mari makan besar) atau “Mado chak chanak” (mari makan nasi). Saya terasa sungguh terkejut kerana saya tidak sangka makanan untuk sukatan orang dewasa, mampu dihabiskan oleh kanak-kanak. Saya tertanya-tanya kenapa ini berlaku. Menurut akh Shah, Orang Asli di kawasan ini jarang sekali berkesempatan untuk makan nasi, mungkin dalam sebulan sekali mereka dapat menikmati menu nasi. Saya juga rasa terkejut, mereka sanggup makan kerak nasi sedangkan kita di sini pandang pun tidak. Ia menginsafkan saya, jangan memilih dalam makan, jangan membazir. Bersyukur kepada ALLAH atas rezeki yang dikurniakan-NYA. Di sini juga menyerlahkan keindahan dan keadilan Islam, menggalakkan umat bersedekah dan mengeluarkan zakat untuk membantu golonagn seperti ini. Dicelah-celah lamunan tersebut, Orang Asli bersuara “Tabel chanak, chanak tabel” (Tambah nasi).... “Tabel ayam, ayam tabel” (Tambah ayam).

Selepas itu, saya berkesempatan untuk berbual-bual dengan batin atau penghulu kampung Orang Asli Kotai/Kuntai iaitu Penghulu Ahmad. Saya dijemput ke rumahnya, saya ke sana lebih kurang jam 2115. Perbualan kami merangkumi pelbagai perkara, seperti masalah pendidikan, sosioekonomi, budaya, adat, interaksi, bahasa dan sebagainya. Perbualan kami ditemani dua orang penduduk kampung iaitu Rashid dan anak penghulu Ahmad. Perbualan kami banyak menyentuh aspek pendidikan dalam kalangan pendudukan tempatan. Hanya sekumpulan kecil anak-anak Orang Asli pergi ke sekolah. Ini menyokong fakta Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) bahawa hampir 30% anak-anak Orang Asli tercicir dari persekolahan. Di antara faktornya ialah jarak sekolah yang jauh. Setelah saya selidiki, terdapat faktor lain iaitu faktor dalaman Orang Asli sendiri yang mana saya dapati terdapat anak-anak Orang Asli yang tidak berminat untuk ke sekolah. Di akhir perbualan kami, penghulu Ahmad menjemput saya untuk melawat sekeliling kampung pada keesokan harinya terutamanya melawat ladang padi bukitnya. Saya pulang ke pondok kami pada jam 2230.

Pada sebelah paginya, setelah solat subuh, saya dikehendaki menyampaikan tazkirah. Saya menyentuh aspek kepentingan dan ancaman dakwah dalam kalangan Orang Asli. Isu ini mendapat respons yang baik dari semua terutamanya dari Cikgu Hashim. Setelah itu, kami dipecahkan kepada dua kumpulan, pertama kumpulan yang akan ke kampung Orang Asli Bess Wook manakala satu kumpulan lagi perlu tetap berada di Kotai / Kuntai. Saya mengambil keputusan untuk tetap berada di kampung Orang Asli Kuntai / Kotai kerana saya ingin mengambil peluang ini untuk melawat seluruh kampung ini. Saya dan Salman berkesempatan menemani Penghulu Ahmad melawat kampung terutamanya ladang padi Bukit beliau. Jumlah penduduk kampung kotai / Kuntai ini ialah seramai 119 orang dari 21 buah keluarga. Saya dibawa ke ladang padi bukit yang paling tinggi di kampung tersebut. Indah sungguh pemandangan kampung Orang Asli Kotai / Kuntai jika dilihat dari atas. Di sana, saya berkesempatan berbual panjang dengan Penghulu Ahmad terutamanya tentang pengetahuan peribumi (Indigenous Knowledge). Penghulu Ahmad tidak kedekut untuk mengongsinya dengan kami.

Setelah itu, saya dan Salman kembali ke pondok kami untuk membantu menyediakan makanan untuk makan tengah hari. Setelah siap menyediakan makanan tengah hari, saya, Salman, Fuad dan adik Firdaus telah dibawa oleh Johari dan Hamdan (penduduk Orang Asli) ke kawasan air terjun yang sungguh indah dan cantik. Saya sempat melihat gelagat kanak-kakak Orang Asli menunjukkan pelbagai aksi dan lagak ngeri. Kami telah diejek sebagai ‘natu’ iaitu takut kerana tidak berani meniru aksi mereka.

30 minit kemudian, kami telah menjemput Orang Asli untuk makan tengah hari bersama kami sebagaimana lazimnya. Setelah itu, kami mengagihkan beras, gula dan beberapa jenis makan lain lagi kepada penduduk tempatan. Mereka sangat teruja untuk menerima makanan tersebut. Kegembiraan mereka jelas kelihatan di wajah-wajah mereka. Selepas itu, kami mengagihkan pakaian yang disumbangkan oleh pelbagai pihak kepada Orang Asli. Mereka sangat berterima kasih kepada semua golongan yang telah memberi sumbangan yang sangat bermakna kepada mereka.

Setelah menunaikan solat Zuhur dan Asar (Jamak takdim), kami mengadakan khadim. AlhamduliLLAH ekspedisi kali ini berjaya sebagaimana ekspedisi sebelum ini. Tepat jam 1415, kami telah berangkat pulang ke pekan Lasah. Kepulangan kami dihantar dengan penuh rasa berbesar hati oleh penduduk kampung Orang Asli Kotai / Kuntai. Lebih kurang jam 1700, kami tiba di masjid mukim pekan Lasah. Kami berpecah di sini dan berikrar untuk terus istiqamah mengadakan ekspedisi seperti ini pada masa yang akan datang. Semoga ALLAH merahmati usaha yang mulia ini. Amin.

Disediakan oleh:

W. A. Amir Zal Wan Ismail.
http://palestinefolder.blogspot.com
http://waamirzal.blogspot.com




Safari Ramadhan @ Kuala Mu (29-31 Ogos 2009)  

Posted by ummahaid


sila layari untuk gambar penuh progrm. klik sini