Memaparkan catatan dengan label Kuala Mu :). Papar semua catatan

Kuala Mu 30 April - 2 Mei 2010  

Posted by ummahaid in ,

Laporan Kembara Dakwah Orang Asli ke Kuala Mu pada 30 April – 2 Mei 2010


Bismillahirrahmaanirrahim’. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang. ‘Laailaahaillallah, wa Muhammad Rasulullah’. Berpegang teguh penulis dengan kalimat ini berserta keazaman yang kukuh, ‘Alhamdulillah’, segala puji bagi Allah, kerana telah mengizinkan penulis bersama-sama 28 orang peserta lagi bagi meneruskan misi dakwah orang asli yang telah bermula pada seawal tahun 2006 dan berjaya diteruskan sehingga ke bulan ini, 30 April hingga 2 Mei 2010.
Kembara dakwah Ummah Aid kali ini disertai seramai 9 orang lelaki dewasa, 11 orang wanita, dan 9 orang kanak-kanak, menjadikan jumlah peserta kembara dakwah orang asli kali ini adalah seramai 29 orang daripada Persatuan 4x4 Perlis, serta mahasiswa dari sekitar Selangor dan Pulau Pinang.
1 Mei 2010
Penulis telah sampai di Pekan Sungai Siput seawal 12 tengah malam 1 Mei, sambil menunggu peserta-peserta lain dari Perlis, di Hospital Sungai Siput, dan seterusnya berkumpul di kawasan perkampungan Felda Lasah dan akhirnya berkumpul di Masjid Mukim Felda Lasah pada jam 2.40 pagi. Kemudian, kami mengadakan syura (perbincangan) sebelum mengambil masa untuk rehatkan diri, bagi memilih dan melantik amer, penolong amer, imam, ketua unit makanan dan ketua unit logistik. ‘Alhamdulillah’, kepakaran dan semangat umur yang ada pada Cikgu Hashim telah dilantik sebagai amer, manakala, abang Azmarul sebagai penolongnya. ustaz Fuad, Pak cik Ibrahim dan abang Kamarul@Kembara telah dipilih dan dilantik sebagai imam, ketua unit makanan dan ketua unit logistic untuk pengembaraan dakwah orang asli kali ini.




‘4x4’ yang digunakan dalam kembara ini.

Perjalanan kembara dakwah ini bermula seawal jam 6.45 pagi, selepas selesai subuh berjemaah, di mana kami bersarapan di kedai kopi depan Masjid Mukim Felda Lasah untuk mendapatkan tenaga sebelum perjalanan kembara ini benar-benar bermula pada jam 7.15 pagi, dengan bantuan Pinzgauer kuning, dua ‘4x4’ Mitsubishi (pajero), sebuah ‘4x4’ Suzuki dan sebuah Kembara. Perjalanan kembara dakwah telah melaui beberapa perkampungan orang asli dan diteruskan sehingga sampai di kawasan rehat untuk proses penyegaran diri. Pada jam 9.30 pagi, kembara dakwah kami mengalami sekatan perjalanan, di mana, Pinzgauer kuning, milik abang Azmarul terlekat di jalan berbukit (lebih kurang 40 darjah) yang berlubang-lubang (sedalam 1 meter) sepanjang perjalanan sehingga ke atas bukit. Di sinilah bermula kaum Adam menghempas pulas tenaga, idea dan strategi bagi melepasi semua halangan. Dengan kerjasama yang padu, Pinzgauer mengambil masa 1 jam setengah untuk melepasi bukit tersebut. Seterusnya 3 ‘4x4’ berjaya melepasi halangan bukit tersebut dengan penuh hati-hati, namun sayangnya Kembara milik abang Kembara terpaksa ditinggalkan kerana kuasa enjinnya tidak mampu melepasi halangan dan kecerunan bukit tersebut. Dengan perasaan berat hati, abang Kembara, isteri dan anak, serta Jannah, peserta dari UPM, terpaksa berpindah dan menumpang ke ‘4x4’ lain. Pada jam 11.55 pagi, perjalanan diteruskan sehingga menemui sebuah lagi bukit yang agak cerun dan berlubang-lubang. Alhamdulillah, semua kenderaan mampu melepasi bukit kedua dan tidak mengambil masa yang lama dan perjalanan diteruskan sehingga kami menemui 11 kawasan lopak air yang berselut, di mana lebih kurang 4 lopak air, pasti ada salah satu kenderaan kami yang terlekat, terutamanya ‘4x4’ Pajero Mitsubishi milik cikgu Hashim!
Pemandangan alam sekitar yang mendamaikan sepanjang perjalanan kembara dakwah ini cukup mengejutkan dan mengasyikkan penulis, di mana Gunung Yong Yap menghiasi retina mata penulis dan peserta-peserta lain. Hutan hijau dan banjaran gunung yang melembutkan mata. Saat-saat penulis mula menjejakkan kaki ke kampung Bersah, tempat kediaman ketua kampung, Pak Hadu, terlintas sebuah “puisi alam” oleh sanggabuana, di mana bait-bait puisinya
:




Bila angin
kehilangan desirnya
daun-daun kering
takkan mau
meluruhkan tubuhnya

Bila langit
kehilangan kebiruannya
burung-burung
takkan mau
mengepakkan sayapnya

Bila sungai
kehilangan kejernihannya
ikan-ikan
takkan mau
mengibaskan ekornya

Bila bulan
kehilangan sinarnya
malam-malam
akan gelap tanpa cahaya

Bila hutan
kehilangan pohon-pohon
hewan-hewan
kehilangan tempat tinggalnya

Bila bukit
kehilangan kehijauannya
sungai-sungai
akan kering selamanya

Bila petani
kehilangan sawah ladangnya
kanak-kanak
akan menitikkan air mata

Bila manusia
kehilangan kemanusiaannya
alam semesta
akan tertimpa bencana
dan bertanya angin kering
"Perlukah memanusiakan manusia?"

Subhanallah’, Maha Suci Allah yang Menciptakan seluruh alam ini. Pada jam 3.25 petang, kami sampai di Kampung Bersah, di mana tempat persinggahan kami sebelum mengakhiri perjalanan kami ke Pos Kuala Mu. Di sini tiada masalah pencemaran alam, seperti yang dinukilkan dalam puisi alam di atas, namun terfikir penulis bagaimana memaksimumkan dakwah dan tarbiah Islam di sini, kerana majoriti penduduk Kampung Bersah, telah memeluk Islam. Pertama kali penulis menemui kanak-kanak orang asli benar-benar menginsafkan diri dengan kesenangan dan kemewahan yang ada berbanding mereka.

Hujan lebat mula turun dan kami mengambil masa untuk solat jama’ taqdim, zohor dengan asar di dewan yang dibuat daripada buluh. Betapa penulis merasai kesejukan setiap langkah kaki memijak buluh-buluh di dewan yang penuh unik ini. Setelah selesai solat, kami mengambil masa beberapa minit untuk imam, ustaz Fuad, memberi tazkirah ringkas mengingatkan kelebihan usaha dakwah ini dan berbincang tentang aktiviti selepas ini. Memandangkan waktu adalah singkat, kami terpaksa menumpang memasak makanan tengah hari Mee Maggi di rumah Pak Hadu.
‘Alhamdulillah’, bagi mengisi perut kami yang kelaparan dek perjalanan yang agak lama dan mencabar tenaga, isteri Pak Hadu, dengan panggilan manja, Ummi, telah memasak ubi goreng untuk kami berserta ikan sungai(tengas) yang digoreng dan masih panas, serta dijamu pisang yang benar-benar rasa keemasannya. Setelah kami menghabiskan makanan tengah hari, dalam jam 5 petang, kami bertolak ke Pos Kuala Mu yang hanya menngambil masa tidak sampai 10 minit.
‘Subhanallah’, indahnya pos Kuala Mu ini adalah sungainya yang panjang, lebar dan jernih. Pastinya peserta-peserta yang datang tidak sabar untuk bermandi-manda di sini. Kanak-kanak Kuala Mu pula seakan-akan memahami kehendak kami yang merindui kejernihan sungai mereka, mula membuka baju dan menunjukkan pelbagai gaya mandi mereka. Inilah bezanya kanak-kanak kota dengan kanak-kanak orang asli di pedalaman. Kanak-kanak kota biasanya dikawal oleh orang tua, namun kanak-kanak orang asli tidak mempedulikan keselamatan mereka ketika mandi di sungai. Melihat wajah-wajah riang mereka, hati penulis mula terdetik, bagaimanakah sesi persekolahan dan akademik mereka.
Memandangkan masa telah mengusai semuanya, matahari mula malu menampakkan diri, senja mula berteduh, peserta wanita terpaksa menolong kaum Adam menyediakan makanan memasak untuk “cak raya”. Penulis diberitahu oleh peserta yang biasa mengikuti kembara dakwah ini, kaum wanita tidak perlu memasak, di mana pada kebiasaannya mereka perlu beramah mesra dengan kanak-kanak atau menziarahi kaum wanita di rumah-rumah mereka. Namun, perjalanan ke Kuala Mu kali ini yang berlalu mengambil masa agak lama, terpaksa kami mengikut kehendak keadaan. Ayam dibersikan di tepi sungai, sambil ditemani kanak-kanak riang bermandi-manda, dan anjing yang begitu jinak mencari peluang untuk mendapatkan habuan mereka.

Sesi “cak raya”
Dalam jam 8.30 malam, semua nasi dan sup ayam, serta air asam siap disediakan. Orang kampung, termasuk kampung seberang sungai (yang kebanyakannya bukan muslim) juga dijemput untuk makan malam bersama-sama dalam “cak raya” kali ini di dewan Pos Kuala Mu. Pada awal sesi, cikgu Hashim mengambil masa beramah mesra dengan orang kampung dan mengajar kanak-kanak serta orang dewasa yang hadir tentang beberapa zikir. Pada pendapat penulis, mereka tidak memahami erti kalimah-kalimah yang diajar, namun penulis menyimpan hasrat yang penuh agar suatu hari nanti, mereka mampu memahami Islam dengan sebaiknya. Kemudian, para peserta kembara bersolat jama’ ta’khir bersama-sama para jemaah kampung yang masih awal dan berjinak-jinak dengan Islam.
‘Alhamdulillah’, seusai solat, kami berdoa bersama-sama. Kemudian, sesi makan malam dimulakan. Kanak-kanak mula beratur dan berebut menghulurkan pinggan atau “ayan” mereka untuk dicedokkan nasi dan sup ayam. Penulis, yang ketika ini, adalah pengalaman pertama dalam kembara dakwah orang asli ini, begitu terkejut kerana mereka kelihatan begitu lapar, sehingga ada beberapa orang kanak-kanak yang belum habis mengunyah, terus datang meminta makanan lagi. Teringat penulis, bahawa mereka hanya makan ubi kayu yang ditanam di ladang atau mencarinya di dalam hutan. Harapan penulis, setiap cedokan nasi yang diberikan, mengharapkan mereka jadi yang terbaik. Bagi sesetengah kaum ibu pula, mereka malu untuk datang mengambil makanan, lalu anak-anak mereka disuruh datang berkali-kali untuk mengambilnya. Apa pun, penulis amat mengharapkan, setiap butiran nasi yang mereka hadamkan, mampu membuatkan mereka menerima hidayah Islam dan menjadikan Islam sebagai panduan hidup mereka.
Setelah makan malam selesai bersama ketua kampung, Pak Hadu, dan penduduk kampung yang lain, kami beramah mesra. Peserta kembara dakwah dikalangan mahasiswi berbual-bual dan bergurau senda dengan remaja-remaja perempuan orang asli dan sesetengahnya dengan kanak-kanak oang asli sambil memberi gula-gula kepada mereka. Lebih kurang jam 10.30 malam, semua penduduk kampung pulang ke rumah masing-masing.

2 mei 2010
Peserta kembara dakwah juga telah mula merasai keletihan. Separuh daripada kami tidur di dewan di kampung Bersah, separuh lagi di dewan pos Kuala Mu. Kesejukan mula menggigit tulang pada awal pagi 2 Mei. Penulis tidak nyenyak tidur kerana kesejukan yang menggigil. Sekali lagi “puisi alam” oleh sanggabuana menjengah fikiran penulis.


Rinduku terpahat dalam batu
suaraku mengalir bersama air
bertebaran menjadi bunga-bunga keabadian.

Aku patrikan diriku pada alam
cinta,tembang,lara,berlagu di pucuk cemara
angin semilir padamkan gelora.

Aku tak,kaupun tak,kita tak paham
bagaimana laut dengan cintanya
mematrikan diri pada tebing terjal.

Aku ingin belah sepi
tatkala bulan bersemi
tapi kemana kan kupautkan rindu
ketika air tak lagi bergemericik jernih.

Kepada alam jiwaku bermalam
Pada keesokan paginya, selepas ustaz Fuad selesai mengimani solat subuh, kami memulakan sesi perbincangan, di mana kali ini kami berbincang mengenai modul-modul yang boleh diberikan kepada kanak-kanak orang asli dan berbincang mengenai aktiviti kami hari tersebut. Kami membuat keputusan untuk memasak nasi goreng untuk sarapan kami (memandangkan nasi banyak yang bebak semalam), dan seandainya ada penduduk orang asli yang datang meminta makanan, kami akan memberi sarapan kami juga.
Lebih kurang jam 7.45 pagi, kami mula memasak makanan untuk sarapan. Memandangkan separuh peserta kembara dakwah masih di Kampung Bersah, kami peserta mahasiswi mengambil keputusan untuk bermandi sungai di Lubuk Taring bersama-sama kanak-kanak orang asli. Alhamdulillah wa subhanallah, satu pemandangan yang cukup indah di hujung sungai, iaitu bahagian air terjun. Kami bermandi-manda bersama-sama kanak-kanak orang asli sambil meng’shampoo’ rambut dan memotong kuku mereka.

Penulis berbual dengan kanak-kanak orang asli

’Alhamdulillah’, dalam jam 10.45 pagi, kami selesai mengemas semua barang dan kami bertolak ke tanah milik Pak Uda, di mana terletak dewan milik Ummah Aid yang dibina sebelum ini. Pada awalnya, kami bercadang untuk bertolak pulang pada jam 11 pagi, namun disebabkan ada segelintir peserta yang belum bermandi sungai dan permintaan kanak-kanak yang ingin mandi sungai lagi, kami menangguhkan perjalanan pulang ke rumah Pak Hadu sehingga jam 12 tengah hari. Pada masa ini, kami beramah mesra dengan kanak-kanak orang asli, sambil bemain-main dengan mereka. Kami belajar bermain batu selambut cara mereka dan bermain kipas angin secara semulajadi. Subhanallah, mereka begitu kreatif!
Pada jam 12 tengah hari, kami bertolak ke rumah Pak Hadu. Semua peserta mengambil peluang menyegarkan diri di sini dan sekali lagi, kami dihidang dengan ubi kayu goreng dan pisang keemasan yang sungguh menyelerakan. Sebelum kami pulang, majlis perpisahan atau khitam diadakan, di mana semua peserta dewasa diminta memberi sedikit ucapan. Tidak ketinggalan penulis menyatakan harapan, semoga Islam terus mekar di bumi orang asli ini.
Sebelum berangkat pulang, penulis serta kaum ibu yang lain dapat membawa pulang akar kayu kacip Fatimah, yang mana kita ketahui amat baik untuk wanita. Tambahan lagi, penulis juga membawa pulang pokok hiasan, yang diberikan oleh kak Khadijah, anak Pak Hadu. Ustaz Fuad pula berjaya membawa pulang pokok tongkat ali dan pokok bunga hiasan. Lebih kurang jam 1.15 petang, kami bertolak pulang. Lambaian tangan kanak-kanak orang asli mula dirindui. Penulis dengan penuh pengharapan mengharapkan agar penulis mampu istiqamah dengan kembara dakwah orang asli ini lagi. Satu lagi puisi yang terlintas di fikiranku karya Ainun Nasihah, tajuk “Petang Terakhir”:



Petang terakhir,
Saat aku di beranda itu,
Langit bersendirian tanpa awan,
Burung berterbangan mencari pasangan,
Angin menghembus setiap helaian




Mata memerhatikan,
Bangunan idaman nun di sana,
Melambai memanggil untuk bersamanya,
Dikelilingi kehijauan pohon merendang,
Nantikan aku wahai sayang




Tinggallah di sini,
Kenangan terakhir di beranda ini,
Memahat seribu satu memori,
Tawa tangis semuanya di sini,
Jangan disesali peninggalan ini,
Akan aku berkunjung lagi.


Kembara dakwah orang asli kali ini tamat di Masjid Mukim Pekan Lasah pada jam 5.30 petang. Penulis pulang dengan penuh pengharapan agar punya tenaga dan masa untuk meneruskan dan istiqamah dalam misi dakwah orang asli ini, insya'Allah. Sekian, laporan kembara dakwah orang asli 30 April hingga 2 Mei 2010.
Disediakan oleh,Munirah Nik Sulaiman. UPM.







munir_nukman@yahoo.com

Moga Islam terus menyinar di Kotai, Bersah dan Kuala Mu . Ameen.  

Posted by ummahaid in , ,



Bismilahirrahmanirrahim...




Allah s.w.t berfirman yang bermaksud : Katakanlah (Wahai Muhammad) “Ini dia jalan aku. Aku menyeru kepada Allah berdasarkan bukti-bukti yang nyata. Aku dan mereka-mereka yang mengikut aku…..”. ( Surah Yusuf : 108

"Serulah ke jalan tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah (kebijaksanaan) dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang terbaik.Sesungguhnya tuhanmu dialah jua yang lebih mengetahu akan orang yang sesat daripada jalannya dan dialah jua yang lebih mengetahi akan orang yang mendapat hidayat". ( Surah An-Nahl : 125 )

Alhamdulillah wa syukur lillah ke hadrat Ilahi di atas kurnia nikmat IMAN dan ISLAM. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., keluarga baginda dan para sahabat seterusnya para salafussoleh serta seluruh umat islam. Betapa berharganya kedua-dua nikmat ini kerana di situlah terletaknya hakikat seorang muslim dan istimewanya ISLAM yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada utusannya Rasulullah s.a.w yang akhirnya sampainya ISLAM di Bumi Malaysia. Penulis yakin, anda dan juga penulis pasti tersentuh apabila setiap kali lembaran sirah dan siri perjuangan Rasulullah s.a.w ditatap, didengar atau dibaca dengan penuh penghayatan. Kecekalan dan kesabaran baginda s.a.w dalam menyampaikan dan menyebarkan ajaran suci islam ke seluruh pelusuk dunia sangat dikagumi dan wajar dijadikan pemangkin bagi kita sebagai generasi yang akan meneruskan perjuangan baginda s.a.w.

Kita masih mempunyai kewajipan yang lebih banyak daripada masa yang sedia ada kerana dibahu kita lah tergalas tugas sebagai seorang dai'e yang mesti dilaksanakan. Tanpa mengira siapa, pangkat, warna kulit, agama, budaya, negara dan sebagainya , tidak dapat tidak ISLAM mesti disampaikan kepada sesiapa sahaja yang berada di muka Bumi ini.

Setelah sekian lama kalinya penulis ingin menyertai program bersama orang asli, tetapi setiap kali itu juga, ada program bertindih dan yang mana perlu di'awla'kan menyebabkan perancangan penulis untuk menyertai misi dakwah orang asli tidak terlaksana. Alhamdulillah dengan izinNYA, hajat penulis kesampaian dan menjadi kenyataan kerana dapat bersama-sama sahabat yang kental jiwanya dalam menjayakan misi dakwah kali ini. Dan penulis sudah awal-awal mengosongkan cuti Tahun Baru Cina yang lalu semata-mata untuk turun menziarahi saudara-saudara baru yang masih jauh dan dilupai oleh kita. Bermacam-macam yang bermain di fikiran penulis apakah yang bakal dihadapi kelak setelah sampai ke sana. Sebelum sampai ke perkampungan orang asli, penulis juga menghadapi sedikit konflik walaupun pada awalnya perancangan telah dibuat. Moga pilihan yang dibuat kali ini adalah kerana dengan izinNYA. InshaAllah.

Penulis juga telah dimaklumkan oleh seorang sahabat yang merupakan ahli jawatankuasa tertinggi NGO Ummah Aid dan PRIHATIN Selangor yang misi dakwah kali ini adalah di perkampungan orang asli Gua Musang, Kelantan. Walaubagaimanapun, perancangan telah ditukar pada saat-saat akhir kerana ramai sukarelawan yang telah menuju ke sana dan kebetulan pada masa yang sama penghulu Kampung Kuala Mu, Sungai Siput , Perak telah meminta para sukarelawan yang ada untuk datang menziarahi mereka. Pada malam 12 hb, kami telah berkumpul dan tidur di Rumah Anak Yatim Dengkil sebelum memulakan perjalanan pada jam 3.00 paginya. Oleh kerana masing - masing kepenatan, kami bertolak satu jam lewat dari masa sebenar yang dirancang. Pagi yang hening dan amat menyejukkan, perjalanan kami seramai 4 orang dalam sebuah kereta menuju ke Sungai Siput, Perak memakan masa hampir 5 jam kerana kami juga tidak terkecuali menghadapi kesesakan kereta yang banyak. Tambahan pula, waktu cuti itu diambil oleh penghuni-penghuni kota untuk pulang menziarahi keluarga di kampung. Sehinggakan kami terpaksa solat subuh 'gajah' di R & R yang turut sesak dengan manusia pada saat itu. Penulis berasa agak kecewa kerana ada sesetengah kawasan rehat tidak menyediakan kemudahan surau dan menyebabkan ramai yang terpaksa solat di atas pondok, di tepi jalan, atas rumput dan sebagainya. Bagi penulis ia tidak menjadi masalah kepada sesiapa yang faham dan sedar kewajipan bersolat dan sebagai muslim untuk solat di mana-mana permukaan Bumi adalah tidak menjadi perkara yang pelik. Cuma mungkin ia akan menjadi masalah kepada yang sesiapa tidak memahami dan mungkin seseorang yang hanya akan menunaikan solat apabila disuruh sahaja dan tambahan apabila melihat keadaan yang sedemikian lagi membuatkan kewajipan dibelakangkan. Ia sebenarnya sedikit sebanyak akan mempengaruhi pandangan dan persepsi orang untuk menunaikan rukun islam yang kedua itu. Pada pemerhatian penulis, masih ramai lagi yang menyedari kewajipan untuk solat walaupun pada masa itu sudah terang, hampir jam 8 pagi. Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : "Solat merupakan tiang agama. Sesiapa yang mendirikan solat, dia telah mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meruntuhkan agama". (maksud Hadith).

Sepanjang perjalanan, penulis hanya tidur dan sepatutnya penulis mengambil peluang tersebut untuk memuji dan mensyukuri penciptaanNYA yang terbentang luas. Tetapi itu tidak bermakna penulis terus tidur tanpa bangun dan sempatlah juga melihat keindahan gunung, pokok-pokok dan batu-batu besar di sisi jalan. SubhanaAllah. Tanpa semua ini, sudah pasti Bumi tidak akan stabil dan tidak dapat berdiri pada paksinya. Allah s.w.t telah berfirman dalam Surah Al-Hijr ayat 21 yang bermaksud : " Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami-lah khazanahnya dan kami tidak menurunkannya melainkan dengan ukuran yang tertentu”.

13Februari 2010







Akhirnya kami sampai di Masjid India Muslim, Sungai Siput lebih kurang jam 9.15 pagi dan sahabat yang lain telahpun sedia menanti ketibaan kami. Sebelum meneruskan misi membelah dan mengharung perjalanan yang sukar ke perkampungan tersebut, sedikit taklimat dan sesi ta'aruf dijalankan. Pada kali ini, ekspedisi telah disertai oleh 5 orang muslimat dan 5 orang muslimin yang masing-masing dari latar belakang yang berbeza tetapi atas niat dan matlamat yang sama. InshaAllah. Di samping itu, Abang Azmarul selaku Amir telah membuat persiapan yang rapi seperti bekalan makanan, minyak kenderaan, generator dan segala kelengkapan berkaitan selama 3 hari 2 malam di tiga buah kampung yang akan kami jejaki. Pengalaman yang paling berharga apabila dapat menaiki 'land rover' yang sangat tahan lasak dan perjalanan yang berjam-jam ke setiap kampung melalui jalan-jalan hutan yang berbatu-batu dan bermacam-macam bentuk menyebabkan kepala penulis sering terhantuk pada cermin tingkap. Sudah tentu pemandu yang sangat mahir diperlukan untuk memandu 'land rover' yang tidak semua orang mampu mengendalikan di atas jalan yang bukan jalan raya. Ustaz Fuad yang merupakan imam kami memang 'expert' memandu kenderaan pacuan empat roda tersebut, walaupun agak mencabar tetapi menurutnya itulah pemanduan yang paling cermat dan selamat yang dibawa olehnya memandangkan penumpangnya semua muslimat . Memang sangat mencabar walaupun hanya duduk di belakang tanpa perlu memandu.

Lebih kurang jam 530 petang baru kami tiba di Kotai, tempat pertama persinggahan kami. Setibanya, kelihatan beberapa anak orang asli sedang bermain di celah-celah semak dan pokok kerana itulah aktiviti rutin mereka setiap hari. Apabila penulis dan sahabat-sahabat cuba mendekati anak-anak kecil itu, mereka melarikan diri mungkin kerana mereka masih ganjil dengan orang luar walaupun sebelum ini beberapa sukarelawan ataupun dai'e telah turun di kampung tersebut pada setiap sebulan. Ekspedisi ini merupakan satu usaha berterusan dan aktiviti bulanan Ummah Aid untuk memastikan kalimah Allah s.w.t sampai ke segenap pelusuk hati dan jiwa mereka. InshaAllah, moga usaha mulia ini sedikit sebanyak dapat mendedahkan islam kepada yang berhak seterusnya membawa mereka keluar dari kepompong kehidupan yang penuh daif kepada yang lebih baik.
Allah s.w.t telah berfirman dalam Surah Muhammad ayat 7 yang bermaksud : " Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu."

Sementara muslimin mengangkat segala kelengkapan ke atas pondok yang telah dibina sebelum ini khas untuk penginapan dan tempat memasak , penulis dan sahabat cuba beramah mesra dengan anak-anak orang asli setelah berjaya memujuk mereka mendekati kami. Perbezaan penggunaan bahasa menyebabkan keterbatasan kami untuk berbicara panjang dengan adik-adik tersebut. Kebetulan, kami juga perlu segera menyediakan makanan untuk menjamu semua penduduk kampung tersebut makan bersama-sama kami. Kebiasaannya, majlis makan besar yang juga dikenali sebagai 'Cak Raya' itu merupakan aktiviti wajib setiap kali kunjungan ke perkampungan orang asli. Menu malam itu adalah nasi putih berlaukkan sup ayam, beserta timun dan air teh. Penulis juga baru dapat tahu pada kebiasaannya mereka hanya memakan ubi kayu dan nasi dapat dimakan apabila kami berkunjung ke Kotai. Setelah semua sibuk berhempas pulas menyusun peralatan, memasang lampu, membaiki pondok, membina tandas dan menyiapkan makanan yang selesai hampir waktu maghrib, bilal yang bertugas iaitu saudara Amin siap sedia melaungkan azan sebagai satu seruan pemberitahuan telah masuknya waktu solat fardhu Maghrib. Jadi, imam telah memanggil penduduk kampung untuk solat berjemaah bersama-sama kami. Dan selepas itu baru upacara 'Cak Raya' dijalankan. Sejurus solat, penghulu telah membuat pengumuman bahawa pada malam itu akan diadakan makan besar dan dibawa untuk membawa pinggan atau 'anyan' sendiri. Kami sudah bersedia di posisi masing-masing di mana penulis sendiri akan mencedokkan lauk ayam untuk diberikan kepada mereka. Tampak di riak wajah mereka yang begitu lapar dan tidak sabar untuk menikmati juadah pada malam itu sehingga berebut-rebut tetapi alhamdulillah dapat dikawal dengan baik. Bayangkan kita setiap hari membazir membuang makanan yang tidak habis dan satu hari wajib dua kali makan nasi tetapi mereka...Tidak bersyukurkah kalian? Sedar atau tidak, masih ramai lagi rakyat Malaysia yang sangat daif dan hanya memakan hasil-hasil hutan, hidup di tengah-tengah hutan dengan ketiadaan bekalan elektrik. SangatJauh berbeza daripada kebanyakkan kita yang hidup serba kemewahan dan kesenangan di hiruk piruk kota yang memeningkan kepala. Di manakah fungsinya dan keberkesanan hak asasi manusia yang sering dilaung-laungkan dan termaktub dalam perlembagaan tetapi masih ada lagi manusia yang tidak dibela malah dipinggirkan. Sedangkan mereka adalah manusia seperti kita dan menjalankan kehidupan seperti kita. Pelbagai persoalan yang bermain di fikiran penulis, di manakah pihak-pihak berkuasa dan yang bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan orang asli? Bukan bertujuan untuk menuding jari tetapi satu persoalan dan penyelesaian yang memerlukan perlaksanaan dan tindakan.

Berbalik pada malam itu, bagi mengisi masa masyarakat asli yang sering terbuang dan pergi begitu sahaja, kami turut membuat tayangan filem 'Pendekar Bujang Lapok' secara terbuka. Sekurang-kurangnya aktiviti ini dapat memberi keceriaan dan mengikat ukhwah antara kami dan sesama mereka apabila menonton bersama. Tambahan pula cerita arahan P.Ramlee itu sering membuatkan kami tidak jemu untuk ketawa dan sudah pasti sangat menghiburkan walaupun rata-rata daripada penduduk di situ kurang faham dialek Melayu. Setelah tayangan berakhir, kesemua orang balik untuk melelapkan mata. Hari esok perlu diteruskan jika diberi keizinan olehNYA. Langkah pertama yang akan menentukan kesinambungan jalan-jalan yang seterusnya.




khusyuk menonton telatah pendekar Bujang Lapok


14 Februari 2010

Permulaan pagi yang sungguh sejuk dan menyegarkan setelah pada waktu malamnya bertemankan kerlipan berjuta-juta bintang di langit. SubhanaAllah !!! Sungguh cantik!!! Seusai laungan azan seterusnya solat subuh berjemaah, Ustaz Fuad membuka halaqah untuk menyampaikan sedikit tazkirah ringkas disusuli respon daripada para sahabat yang turut serta. Penulis juga mengambil peluang untuk merespon kerana berasa sangat bertuah kerana berpeluang menyertai ekspedisi yang sangat berharga ini. Dan juga berharap agar kami terus istiqamah menjalankan misi dakwah kepada orang asli. Walaupun hanya mengajar mereka mengucap kalimah syahadah, itu sebenarnya sangat berbekas di dalam hati. Terasa begitu sayu tatkala mereka sama-sama belajar dan melafazkan syahadah. Maka lahirlah muslim, saudara seislam yang menerima hidayah dariNYA. Perjalanan dan langkah hari ini perlu diteruskan, lebih ramai lagi masyarakat orang asli memerlukan bantuan dari kalian. Di atas kecemburuan waktu, kami mula mengemas dan menyiapkan sarapan sebelum memulakan perjalanan ke Kuala Mu yang sentiasa menanti. Perasaan sayu dan hiba untuk meninggalkan mereka di Kotai juga menyelubungi kami. Sebelum itu, penulis sempat mengenali adik-adik kecil yang masih memerlukan pendidikan yang secukupnya supaya seterusnya dapat membawa sinar dalam kehidupan keluarga masing-masing. Shawati, Zaiton, Maya, Shila, Hamdan, Aswan, Risal,Alop...Mereka adalah anak-anak kecil yang masih muda malah bakal memimpin keluarga tetapi tidak pernah mengenal erti kesenangan hidup apatah lagi erti kehidupan. Depan, belakang, kiri atau kanan, sekeliling mereka adalah belukar, semak, pokok-pokok dan hutan yang tebal. Bagaimanakah jika kita berada di tempat mereka? Moga kalian dipelihara Allah s.w.t dan akan menjadi pembela dan penyelamat kepada masyarakat orang asli kelak. Ameen. Moga lambaian ini bukan lambaian terakhir dariku.




Anak-anak kecil yang melambai pemergian kami

Ekspedisi diteruskan kerana hari semakin bergerak meninggalkan hari sebelumnya. Seperti biasa, perjalanan melalui jalan dalam hutan yang mencabar menjadi peneman kami. Tiada pilihan, itulah jalan penghubung yang sering digunakan oleh penduduk orang asli di situ.


Perjalanan hampir lima jam ke Kuala Mu mengizinkan kami untuk singgah menziarahi Pak Adu sekeluarga di Bersah. Alhamdulillah, kali ini kehidupan penduduk kampung Bersah nampak lebih teratur berbanding Kampung Kota. Ini kerana Pak Abdu selaku penghulu di situ sering keluar dan bertemu dengan pemimpin Melayu untuk mendapatkan bantuan demi kepentingan penduduk-penduduknya. Dua orang daripada anak juga telah berjaya dihantar ke sekolah di bandar Kuala Kangsar. Pak Adu sangat peramah orangnya dan melayan kami dengan begitu mesra memandangkan dia sendiri boleh bercakap dan faham bahasa Melayu. Isteri Pak Adu iaitu Umi pula sibuk memasak lauk tengah hari untuk di makan bersama walaupun jam ketika itu lebih kurang 2.30 petang. Penulis juga tidak ketinggalan membantu Umi memasak menggunakan kayu api dan berasap-asap satu rumah. Hidangan ubi kayu goreng memang merupakan hidangan tetap bagi tetamu yang datang. Ubi kayu di situ sangat berbeza, lebih besar dan isi serta rasanya lebih manis.


Umi sedang memasak ulam hutan

Kali ini kami dijamu dengan nasi berlaukkan sardin. Malah menu yang paling istimewa adalah petai masak sardin. Walaupun simple masakan Umi tetapi sungguh berselera kami menikmatinya. Penulis gembira dapat mengenali keluarga Pak Adu kerana mereka melayan kami seperti keluarga sendiri dan penulis sendiri begitu cepat mesra dengan Umi walaupun baru pertama kali bertemu dengannya. Setelah makan dan menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim, sekali lagi kami akan tinggalkan Besrah buat sementara untuk menuju ke destinasi seterusnya. Umi juga sempat menyediakan bekalan ubi kayu untuk kami, sungguh mulia hati insan yang bergelar ibu.

Sekali lagi , kami meneruskan perjalanan yang tidak akan berhenti ke destinasi terakhir iaitu Kuala Mu. Sesampai di sana, anak-anak kecil berlari-lari menyambut kehadiran kami. Mereka lebih berani dan ramah mendekati kami berbanding dengan anak-anak kecil di Kotai. Tampak mereka sudah biasa menerima kehadiran orang luar walaupun tidak pernah mengenali sebelum ini. Sehingga ada yang menarik penulis untuk memegang tangan mereka dan memimpin untuk jalan bersama. So interesting! Tetapi dekat sana, memang banyak anjing-anjing yang berkeliaran. Kadang-kadang takut dan risau juga sebab penulis memang kurang berani dengan anjing. Walaubagaimanapun, anjing-anjing tersebut lebih takut dengan orang-orang yang tidak dikenali. Dan yang paling istimewanya di Kuala Mu adalah kedudukannya di tepi sungai. Jadi, penulis dan 4 orang sahabat lagi mengambil kesempatan untuk mandi sungai kerana sudah seharian tidak membersihkan diri. SubhanaAllah, inilah kali pertama penulis mandi sungai setelah sekian lama hanya melihat orang lain mandi sungai. Hampir 2 jam juga kami berendam apabila anak-anak orang asli membawa kami ke tempat yang paling jauh dari pandangan manusia terutamanya muslimin. InshaAllah.

Sebelum Matahari meninggalkan siang, kami pulang untuk membuat persiapan memasak untuk 'Cak Raya' di sebelah malam. Aktiviti yang sama dilakukan seperti di Kotai, cuma yang bezanya menu pada malam itu adalah ayam masak kari.



Anak-anak orang asli beratur untuk mengambil makanan









wajah anak-anak orang asli

Sebenarnya banyak yang penulis ingin coret dan kongsikan, tetapi rasanya ini pun sudah terlalu panjang dan meleret. Yang paling penulis tidak dapat lupakan ialah suasana sejuk yang betul-betul menggigit tulang sepanjang tidur di pondok Kuala Mu. Hanya Allah s.w.t yang tahu. Sungguh sejuk!!! Menggigil-gigil rasanya.


Apa yang penting sekarang ini adalah tanggungjawab kita untuk menyampaikan kalimah Allah s.w.t kepada yang berhak. Tidak kira siapa mereka dan siapa kita , selagi kita berpegang kepada kalimah tayyibah, kita wajib sampaikan islam kerana semua daripada kita adalah dai'e. Moga setiap usaha dakwah yang dijalankan ikhlas lillahi ta'ala dan berjihadlah di jalan Allah s.w.t. Sesungguhnya jalan dakwah sangat luas, dan kalianlah yang akan membuat pilihan untuk memilih jalan dakwah yang sesuai dengan anda tanpa sebarang paksaan. Carilah ia dan doa agar istiqamah kerana Allah swt sentiasa bersama kalian. InshaAllah...

Moga bertemu lagi di sana...

Ameen.

Nur Hafizah Binti Arzemi
http://serikandisyurga.blogspot.com/

KEMBARA ZIARAH DAKWAH ORANG ASLI KUALA MU, FELDA LASAH, SG.SIPUT, PERAK - DISEMBER 09.  

Posted by ummahaid in






LAPORAN KEMBARA ZIARAH DAKWAH SAHABAT KITA ORANG ASLI
KUALA MU, FELDA LASAH, SG.SIPUT, PERAK. (04-06 DISEMBER 2009)

Kembara ziarah dakwah Ummah Aid & Muhammadiyah International(teraju utama : ayahanda ustaz Wahab)& Prihatin Malaysia kali ini diteruskan lagi bagi menjalankan program rutin untuk bulan Disember kepada SAHABAT KITA Orang Asli. Untuk kali ini, kembara ziarah dakwah yang setiap bulan dianjurkan ini, disertai oleh peserta Akademi Dakwah (AD 09)satu program anjuran ANGKATAN PEMUDA-PEMUDI ISLAM (API) serta dibantu oleh kumpulan pacuan 4 roda (4WD) Utara Offroad serta dari Unit Amal Malaysia. Kembara ziarah dakwah sahabat kita ini bermula pada 04 Disember hingga 06 Disember 2009. Walaupun, tempoh kembara kali ini agak singkat, namun kesannya amat bermakna dan tidak mungkin dapat dilupakan oleh semua sahabat dan sahabiah yang menyertainya serta SAHABAT KITA Orang Asli yang terlibat.

Kembara ziarah dakwah kali ini disertai oleh tiga kumpulan utama iaitu kumpulan dari Selangor, Pulau Pinang dan Perlis. Kumpulan dari Selangor diketuai oleh ana (Fuad), kumpulan dari Perlis diketuai oleh Ustaz Wahab dan kumpulan dari (AD '09) Pulau Pinang diketuai oleh Akh Amir (pengerusi API). Jumlah mujahid dan mujahidah yang berjuang untuk kembara ziarah dakwah SABAT KITA kali ini, seramai enam puluh (60) orang, iaitu 5 dari Selangor, 27 dari (AD '09) Pulau Pinang dan 8 dari Perlis + Kedah + Johor + Melaka + Chan Rai, Tahiland(sahabat ayahanda ustaz wahab), 5 dari Unit amal Malaysia dan 15 dari "Group Utara Offroad" . Manakala, kekuatan kenderaan yang terlibat dalam kembara ziarah dakwah kali ini sebanyak 13 buah buah pacuan empat roda iaitu dua buah dari Perlis (Land cruiser11 & Steyr Daimler Puch(Truck Kuning) kepunyaan sahabat kita abg Azmarul. sebelas buah dari Utara Offraod, bermacam jenis 4WD.

Setelah syura,jam 3.00am Cikgu Khalid peserta AD '09 telah dilantik sebagai amir dalam Kembara ziarah Dakwah kali ini, manakala akh Hadi juga peserta AD '09 dilantik sebagai imam solat jemaah. Muslimat pula (diketuai ukht Wahida, peserta AD '09) dipertanggungjawabkan untuk menyediakan makanan kepada ahli kembara ziarah dakwah dan SAHABAT KITA Orang Asli, juga dibantu oleh muslimin. Manakala, Akhi Salman dan Akhi amir bertindak sebagai Komanden Kembara. Lokasi utama kembara kali ini ialah kampung Orang Asli Kotai / Kuntai dan Kuala Mu. Namun, setelah syura keputusan dibuat setelah mempertimbangkan faktor masa yang terhad, kembara ini diteruskan hanya ke Kuala Mu. Tetapi, ayahanda Ustaz Wahab dan Abg Azmarul memulakan perjalanan terlebih dahulu lebih kurang jam 2.30 am. Kerana mereka ada kerja di Kotai/Kuntai. Perjalanan yang dibantu oleh "Group Utara Offroad" bermula esok paginya jam 7.00 am, bertolak dari masjid mukim Felda Lasah. Perjalanan ini terpaksa dilewatkan kerana pemandu "Group Utara Offroad" ingin berehat dari kepenatan terlebih dahulu. maka terpaksalah saya tidur balik, dari Kuala Lumpur jam 11.00pm saya sudah tiba di masjid Felda Lasah.

Seusai solat subuh berjemaah di masjid mukim Felda Lasah, lebih kurang jam 7.30am kami memulakan perjalanan bagi tujuan memenuhi perjuangan kami bagi menegakkan kalimah tauhid lailahaillallah kepada SAHABAT KITA orang asli di hutan sana. hal inilah yang sentiasa memanggil-manggil hati saya untuk terus istiqomah berjuang demi kalimah tauhid ini, serta semangat jihad dan syahid dijalan ALLAH impian kami semua in sya ALLAH... saya masih ingat kata ayahanda ustaz wahab dan merupakan hadist Rasulullah " tidak akan bertemu dua debu di akhirat nanti, iaitu debu berjuang di jalan ALLAH dan debu api neraka" . semoaga debu-debu perjuangan ini menjadi saksi dihadapan ALLAH S.W.T kelak serat penghapus dosa kita. ameen...

setelah beberapa buah 4WD kepunyaan "group Utara offraod" mengisi minyak di Pos Perlop, kenderaan Kembara ziarah dakwah mula memasuki jalan merah menuju ke kampung Orang Asli. Kembara Ziarah dakwah ini melintasi lima belas (15) buah kampung Orang Asli termasuklah kampung Orang Asli pecahan. Kampung-kampung tersebut ialah kampung Orang Asli Bawong, Kajang, Saseh, Kemores, Cemakah, Santih, Jai (Jey), Chua’ant, Pos Legap, Rengkeh, Dawoi, Ke’ep, Bersah, Toh dan Gapeh hilir atau kampung seberang (seberang sungai dengan Pos Kuala Mu). Di sepanjang Kembara ini, kami berjumpa dengan ramai SAHABAT KITA Orang Asli. Mereka melambai-lambaikan tangan serta melemparkansenyuman manis kepada kami, setelah kami melambaikan tangan tanda PERSAHABATAN(UKHWAH ISLAMIAH) serta melemparkan senyuman gembira serta penuh harapan dan keyakinan yang mana, mereka suatu hari nanti menjadi saudara seislam dengan kita. inilah baru boleh dikatakan 1(satu) Malaysia, pabila semua satu agama. :).


Kami rasa teruja dengan keindahan alam semula jadi di sepanjang perjalanan ini, namun sayang ia telah pun mula disentuh dek ‘tangan-tangan’ pembangunan. Banyak bukit bukau yang telah ditarah, keindahan flora dan fauna telah digantikan dengan pelbagai tumbuhan industri seperti sawit, getah, koko dan sebagainya. saya sempat berborak dengan akhi Amir semasa dalam perjalanan kembara ini berkaitan kemusnahan 'alam semula jadi sepanjang jalan yang kami lalui.Ia dilakukan atas alasan untuk menyeimbangkan masyarakat Orang Asli dengan pembangunan arus perdana negara. Sebaliknya, kesan dari tindakan tersebut telah membawa masyarakat Orang Asli ke arah kemiskinan yang lebih parah dan sering dieksploitasi oleh peraih luar untuk mendapatkan hasil mahsul hutan. sahabat saya Haji Razak sempat menanyakan hal ini kepada Penghulu Jamal kampung Toh, mereka pernah menjual kayu gaharu kepada peraih. Kayu gaharu bagi gred A dibeli oleh peraih dengan harga RM2,000 -RM3,000 bagi satu kilogram. sedangkan rasanya harga diluar lebih mahal.

Perjalanan kembara ziarah dakwah kali ini banyak dugaannya, sebuah pacuan 4 roada rosak dan gear 4WD nya tidak boleh berfungsi. maka tersangkut di permulaan bukit "abg nuar". :) , ALHAMDULILLAH, kecekapan pemandu "Group Utara Offroad" dapat mengatasi segalanya. pacuan 4 roda yang tersangkut itu tadi telah di tarik disepanjang bukit "abg nuar"(tempat Yala tersungkur menyembah bumi demi perjuangan yang hakiki menyampaikan dakwah dan ziarah SAHABAT KITA orang asli). setelah itu, perjalanan kembali elok untuk seketika sahaja. sesampai sahaja di bukit petai, sebuah bukit yang tidak akan saya lupakan. ketika pertama kali saya menjejakkan kaki ke perkampungan SAHABAT KITA oarbg asli Kuala Mu pada 31 Ogos 2007, saya dan sahabat-sahabat telah tersangkut di situ selama 7jam, disebabkan sebuah 4WD (KESIHATAN) yang turun ketika itu, namun ianya banyak berjasa kepada jalan juang ini. kali ini dua(2) buah pacuan 4 roda yang ttidak mampu mengharungi lumpur tebal disepanjang bukit petai itu. sebuah 4WD hanya lepas ditolak oleh kami dan sebuah lagi yang rosak gear tadi terpkasa dtarik sekali lagi oleh sebuah 4WD yang lain.

Kira-kira jam 12.00pm kami tiba di rumah SAHABAT KITA Pak Hadu. Namun, saya dan akh Amir berjalan kaki menuju ke Kuala Mu untuk mencari khabar ayahanda Ustaz wahab dan abg azmarul bersama kumpulannya yang naik seawal pagi lagi. teteapi mereka masih belum tiba di Kuala Mu. setibanya kami berdua di Kuala Mu, mereka yang singgah di bersah tadi yang diketuai akh Salman(abg Salmen, kata Awan dan kawan-kawanya), telah menuju ke Kuala Mu juga. Perkara pertama yang kami lakukan sebaik sahaja tiba di Kuala Mu, setelah mengangkat kesemua barang-barang yang dibawa, kami sekali lagi syura yang diketuai amir(Cikgu Khalid) di dewan yang bertaraf lima bintang dengan alunan muzik semula jadi air sungai yang mendamaikan jiwa serta segala masalah yang bermain di kepala telah hilang dengan sendirinya. tjuan syura diadakan adalah untuk merancang aktiviti selanjutnya dari bila nak solat, apa yang nak dimasak untuk cak raya(makan besar) bersama SAHABAT KITA di Kuala Mu dan juga aktiviti dengan anak-anak serta penduduk kampung di Kuala Mu dan yang sekitarnya. saya mencadangkan agar kita pergi ziarah kesemua kampung disekitarnya yang sudah lama kita tidak mengunjunginya memandangkan kita ramai untuk kali ini. selain itu, ianya adalah suatu pendedahan awal kepada peserta "Akademi Dakwah 09" terhadap SAHABAT KITA orang asli di sana. ALHAMDULILLAH, cadangan ini disambut baik oleh sahabat-sahabat yang menyertai Kembara pada kali ini.

seusai solat jamak takdim zohor dan asar, kami memulakan denagn aktiviti yang telah dirancang sebentar tadi. tugas dibahagikan mengikut perancangan awal. ada yang memasak untuk "cak raya", ada yang bersama anak-anak di sana, dengan golongan ibu muslimat yang dipertangungjawabkan untuk menziarah mereka. sambil-sambil itu, biskut dan kuih-muih raya yang dibawa dibahagikan kepada meraka semua. satu cabaran kami ketika hendak memasak nasi dengan dapur kayu untuk 60 orang. suatu yang agak sukar untuk dilaksanakan, namun ianya dapat di lakukan dengan bantuan SAHABAT KITA Razak dan Alang. saya dan sahabat seperjuangan pergi mencari kayu api untuk memasak kerana tong gas hanya ada dengan abg zamarul dalam trak kuningnye...

setelah semua siap, menu tgh hari kita sardin hancur kobis goreng. menu yang amat biasa nagi kita, namun, ianya amat luar biasa bagi SAHABAT KITA orang asli di sana. mereka makan dengan berselera sekali dan tambah(tabe) berkali-kali. anak-nak kecil berlari-lari mendapatkan nasi bila kami memanggil mereka " Mado...mado...cak...cak chanak... mado...". Mereka datang berduyun-duyun dengan membawa "ayan" pinggan menuju tempat kami membahagi-bahagikan nasi. sedih bercampur baur bila melihat anak-anak kecil yang berkaki ayam berpakaian lusuh tidak berbasuh serta dengan muka yang comot menyuapkan nasi ke mulut tanpa dibantu ibu-ibu mereka. semangat dan kekentalan anak-anak ini sungguh kuat dan mampu mengalirkan air mata saya serta menghibakan hati yang melihatnya.

Ingat saya pada pesanan haji Razak sahabat kepada ayahanda ustaza Wahab. beliau cakap "inilah kerja yang Rasulullah buat dan Rasulullah suruh. dalam Islam dituntut untuk menyampaikan dakwah. ini kerja rukun Islam yang pertama...syahadah...". Berfikir sejenak saya pabila mendengarnya, Rasulullah bersahabat dengan sesiapa sahaja, Rasulullah berjuang, berperang...rasulullah menyuapkan(memberi makan) makanan kepada orang lain adalah kerana demi Islam tercinta. Ya ALLAH...indah sungguh Islam itu...mudah sungguh untuk dilakukan. Hanya dengan semangat yang kental.

semasa sedang asyik menjamu selera, ayahanda ustaz Wahab dan abg azmarul serta kumpulannya pun sampai ke Kuala Mu dari Kotai/ Kuntai. ayahanda ustaz wahab dan sahabat-sahabat yang lain disambut dengan salaman dan pelukan erat. sungguh indah persahabatan dijalan juang untuk ALLAH. Ukhwah Fillah...abadan abada...hidup dan matiku hanya untuk JIHAD FISABILILLAH...AMEEN... dan mereka dijemput makan tgh hari bersama kami yang sampai awal tadi. seusai makan, ayahanda ustaz wahab mengajak kami pergi ziarah SAHABAT KITA di kampung Toh dan Kampung2 yang lainnya sebelum kampung Bersah dari arah Kuala Mu. dua buah 4WD kepunyaan abg azmarul yang pergi untuk ziarah pada petang itu.

sekembalinya kami dari ziarah SAHABAT KITA di kampung Toh, hari sudah maghrib. amir mengarahkan supaya kami solat jamak takdim maghrib dan isyak kerana pada mlmnya nanti ada pertunjukkan sewang daripada penduduk Kuala Mu. seusai solat, akh salman memulakan kultum(kuliah tujuh minit) beliau membacakan surah-surah Al-Quran bertujuan membangkitkan semangat kami dalam berjuang dan mengingati ALLAH. kemudian diteruskan dengan Haji Razak meneruskan bicara malam yang sungguh indah sekali. seusai sesi kultum, kami menjamu selera dalam kepekatan malam yang hanya diterangi dengan beberapa lampu suluh yang dibawa. inilah baru boleh dikatakan makan "malam" sebab gelap sungguh...:).

seusai makan malam, masing-masing buat aktiviti sendiri. ada yang melepaskan kepenatan seharian perjalanan yang agak memenatkan badan. kira-kira jam 10.00pm , majlis sewang pun bermula dihadapan sebuah rumah SAHABAT KITA iaitu panghulu zainal. yang dipersembahkan oleh emak kepada penghulu zainal dan ahli keluarganya serta penduduk-penduduk Kuala Mu. kerana keasyikan bunyi ketukan buluh dan paluan gendang menyebabkan kami juga turut serta menari. saya telah diajak oleh alang untuk menari mengikut rentak muzik. inilah kali pertama saya menari sewang.

kemudian, setelah selesai majlis sewang kami memeutuskan untuk ziarah ke rumah Pak Hadu di Bersah. saya jika ke Kuala Mu dan tidak ke Rumah Pak Hadu tidak cukup rasanya, kerana merindui ubi kayu goreng yang dapat mengalahkan kentang goreng KFC. Dan juga untuk jumpa Pak Hadu SAHABAT KITA yang sungguh baik hati dan paling lama memeluk agama Islam dalam kalangan mereka. ketika dalam ucapan Pak Hadu yang tidak dapat saya lupakan dan amat menyentuh jiwa. kata Pak Hadu " saya dah anggap ustaz wahab macam bapa saya sendiri, jika dia mati saya akan sedih sangat...dan jika dia mati saya mintaklah siapa sahaja yang boleh menghubungi saya dan datang ambik saya dari pulau pinang ke...xkiralah anuar ke...shah ke...datang sini ambik saya dan keluarga saya...saya nak pergi tgk...". sedih dan gembira bila saya mendengar kata-kata Pak Hadu ketika itu. Begitu sekali sayang beliau kepada ayahanda ustaz wahab. Jasa Ayahanda Ustaz Wahab sungguh banyak sekali buat SAHABAT KITA di perkampungan orang asli di sana.

Jam didinding rumah Pak Hadu sudah menunjukkan pukul 12.00pm. Mata pun sudah terasa mengantuk, badan terasa kepenatannya. Namun, mulut masih mengunyah ubi kayu goreng ummi(isteri Pak Hadu). :) selesai ziarah , kami semua pulang untuk tidur di Kuala Mu. yang tinggal di Bersah hanya ayahanda ustaz Wahab dan abg Azmarul bersama kumpulannya serta Abg Khairi dan anak-naknya yang naik menggunakan motorcross(scrambler).

Jam 5.00am. kami bangun untuk bersiap bagi menunaikan solat subuh berjemaah. tepat jam 6.00am laungan azan oleh akhi Salman berkumandang di keheningan pagi yang cukup mendamaikan serta mendinginkan. seusai solat subuh dan kultum, kami mengadakan syura sekali lagi untuk menentukan aktiviti yang akan berlansung pada hari kedua di Kuala Mu. kami memutuskan untuk mengadakan sekali lagi cak raya dan membahagi-bahagikan beras, biskut dan apa sahaja yang ada kepada penduduk kampaung sekitarnya. semua peserta AD '09 diarahkan ke kampung seberang atau kampung Gapeh Hilir yang majoritinya bukan muslim. mereka diarahkan untuk mengagihkan beras kepada penduduk kampung tersebut. sementara itu saya dan Alang telah memasak nasi bagi tujuan cak raya kedua sebelum kami pulang nanti.

ALHAMDULILLAH, agihan beras pun selesai...tibalah masa untuk cak raya pula. menu tengah hari kali ini sayur kobis dan kari telur serta ikan masin goreng..."speacial for" SAHABAT KITA sebelum kepulangan kami...diingatkan kami bukan bersiap untuk pulang...tapi, kami bersiap untuk datang lagi...in sya ALLAH.

seusai mandi di lubuk taring(saya xpi pun kali ni), dan makan serta mengagihkan nasi kepada anak-anak kita serta SAHABAT KITA di sana dan solat jamak takdim zohor wa asar. kami bersiap untuk kembali ke destinasi masing-masing. namun begitu, "Group Utara Offroad" yang membawa peserta AD '09 dan unit amal Malaysia memeulakan perjalanan terlebih dahulu. saya dan kumpulan ayahanda ustaz Wahab serta abg Azmarul pulang lambat sedikit kerana kami ada agenda tersendiri untuk singgah ziarah di kampung-kampung terdekat seperti Gapeh Hilir(penghulu lama merupakan penghulu samad) yang baru penghulu Rasali. Kampung Toh (penghulu Jamal) dan berkahir di rumah Pak Hadu untuk mengucapkan selamat dan kami akan datang lagi. cuma kata-kat Panghulu Samad yang diucapkan suatu ketika dahulu diucapkan lagi kepada kami ketika kami berkunjung ziarah ke rumahnya. walaupun beliau bukan Islam, belaiu kata " kalau boleh Ustaz...saya nak mintaklah dengan ustaz...kalau boleh, ada sorang ustaz yang boleh duduk di Kuala Mu untuk mengajar orang-orang Asli yang sudah Islam di sana...kerana saya nampak...mintak maafla ustaz, saya bukan nak kata...tapi mereka agak ketinggalan bila tidak ada yang ajar...macam saya xpe...saya bukan Islam...kalau bolehla...kerana rugi jika kita fikirkan..." Ya ALLAH ianya muncul dari mulut seorang SAHABAT YANG BUKAN ISLAM...IN SYA ALLAH...YA ALLAH KU MOHON DIKAU BERILAH HIDAYAH KEPADANYA...AMEEN...

Berkahir di rumah Pak Hadu setelah minum teh...kami pun memulakan perjalanan...Alhamdulillah, perjalanan kami lancar dan baik sahaja dibantu kepakaran "multhy purpose man" kata abg Khairi kepada abg Azmarul dan keizinan dan batuan ALLAH jua untuk menyampaikan Kalimah Tauhid. Kami tiba di masjid mukim Felda Lasah tepat dengan laungan Azan mahgrib. setelah mandi dan menyegarkan badan kerana perjalanan ke Kuala Lumpur masih jauh. sebelum balik kami semua yang dah macam anak dengan bapa, abg dengan adik berpeluk dan berjanji akan datang lagi meneruskan usaha ini...jihad dan syahid menunggu kita...in sya ALLAH...

PERHATIAN...BUKAN DEPAN NAK PI KUALA MU IKUT JALAN LAMA YE SAHABAT SEMUA, KERANA JAMBATAN YANG RUNTUH DAH PUN DIBAIKI DENGAN ELOK...
24-26 DISEMBER 2009. KEMBARA ZIARAH DAKWAH KE KUALA MU...BERHUBUNG TERUS DENGAN USTAZ WAHAB.

SYUKRAN, JAZAKUMULLAHU KHOIRAN KATHIRA...KULLU 'AAMIN...WA ANTUM BIKHOIRIN...

MUHAMMAD FUAD HILMI ZAKARIA.
ABUJIHADFISABILILLAH.
PRIHATIN MALAYSIA.

BLOG AKH FUAD HILMI

Cerpen : AGAR MEREKA HIJRAH KEPADA ISLAM  

Posted by ummahaid in

"AGAR MEREKA HIJRAH KEPADA ISLAM"
karya Zulzaidi Mahmod



Malam itu langit menampakkan tubuhnya yang dipenuhi gugusan bintang. Rembulan juga mula memberikan sedikit cahayanya kepada dada langit agar keindahan alam ciptaan Allah menampakkan serinya. “Ustaz Wahab! Malam ini juga ke kita akan masuk Kuala Mu”? Tanya aku sambil menggaru kepala tanda meminta kepastian. Ustaz wahab berbaju kotak biru merah memegang hulu tongkatnya yang telah diberikan oleh YB Shahidan Kassim di Perlis dulu hanya menjawab ringkas ” Nabi hijrah dari Mekah ke Madinah pun waktu malam, inikan kita yang mahu hijrahkan orang Kuala Mu”.

Kali pertama aku pergi ke Kuala Mu, baru aku sedar betapa berharganya sebuah dakwah. Rasulullah dalam medan menyebarkan kalimah tauhid menempuh dan mengharungi banyak rintangan dan halangan. ” Zaidi! Anta bawa yala” arah Ustaz Wahab kepada aku. Tersentak aku dari lamunan mengingatkan betapa indahnya perjalanan Kuala Mu sewaktu aku pergi sebelum ini. ”baiklah ustaz” jawab aku sambil melangkah ke bangku pemandu land rover yala.

Aku melihat di tangan jam tapat menunjukkan pukul 3.45 pagi. Pagi itu aku memandu paling hadapan dibarisan deretan kenderaan yang masuk ke Kuala Mu pada kali ini. Aku melihat teman- teman lain dari kalangan muslimat dan muslimin mula mendodoikan mata mereka sehingga kelopak mata atas dan bawah bertemu. Aku terpaksa mencengkang mata, jika aku leka maka nahas mudah menimpa. Aku hanya melihat arah hadapan sewaktu memandu, kadang-kadang aku terpaksa mengelak lubang-lubang lumpur agar penumpang di dalam land rover bisa dan terus dibuai mimpi-mimpi indah. Perjalanan walaupun berliku-liku, aku tetap gagahinya kerana kalimat shahadah perlu disampaikan kepada Orang Asli. Islam tidak hanya meletakkan kalimat tauhid sebagai teras pembinaan Aqidah Islam, tetapi ketauhidan itu perlu diterjemahkan dalam perilaku.

Sambil aku memadu menikmati udara segar, sedang tingkap aku buka agar angin dapat menampar pipiku yang kasar dan berjeragat ini, aku memikirkan satu kisah bagaimana Nabi berdakwah. Angin malam mula menusuk ke dalam dadaku menyusur melalui lenganku yang sengaja aku keluarkan melalui tingkap. Fikiranku hanya mengingatkan kisah dakwah itu. Seorang yahudi buta yang Allah buka pintu tauhidnya selepas wafatnya Nabi. Setiap hari Nabi pasti ke rumah itu, mananak makanan dan menyuapkan ke dalam mulut seoarang Yahudi buta. Yahudi tu hanya tahu menempelek Nabi dengan kalimat-kalimat yang mengigit iman seorang Muslim. Penghinaan, cacaian dan makian yang dilemparkan kepada Nabi hanya menambahkan kecekalan Nabi untuk terus berdakwah kepada yahudi itu dengan hanya menggunakan suapan. Yahudi itu tidak tahu bahawa yang dicaci, dimaki, diherdik adalah lelaki yang menyuapkan setiap butir makanan dalam mulut yahudi itu. Tetapi selepas wafatnya Nabi kerinduan menikmati suapan seorang lelaki yang bergelar Rasul itu tidak kesampaian. Khalifah Islam pertama Abu Bakar mula melakukan apa yang pernah dilakukan nabi kepada yahudi itu, dan ternyata tidak sama dengan kelembutan dan keizzahan yang ditonjolkan oleh Muhammad s.a.w. Menyedari bahawa lelaki yang pernah menyuapkan makanan ke mulutnya, yang dimaki, dicaci itu Muhammad barulah yahudi itu percaya bahawa Islam itu sangat indah.

”Zaidi! Kita dah sampai mana?” tanya Ustaz Wahab yang berada disebelahku sambil menenyeh mata. ”kita dah nak dekat R&R ni, kita solat subuh disitu je la ustaz” jawabku dengan menambah sedikit cadangan. ”baik” jawab ustaz ringkas. Aku terus memandu menyusur kediaman Orang Asli yang mula menampakkkan kemodenan dan pembangunan, tatapi aku terus terfikir adakah dengan pembangunan ini, keAslian mereka akan pudar dan hilang. Aku menekan brek kaki tanda perjalanan di pertengahan jalan sudah sampai. Muslimin dan muslimat yang berada dalam yala mula ternganga dan tercengang kerana mereka masih lali dan melamun dari tidur mereka.
Pagi itu sangat hening, hanya suara unggas-unggas menyanyikan lagu-lagu mengikut rentak dan irama alam yang berbunyi. Aku tidak dapat melihat keliling kerana terlalu gelap, cuma nampak cebis-cebis cahaya lampu yang keluar dari lampu suluh dahi Ustaz Wahab. Aku, faisal dan Epal mula bergerak perlahan-lahan menuju ke anak sungai untuk mengambil wuduk. Selesai berwuduk kami solat berjemaah bersama-bersama diimamkan oleh Jundu temanku dari Maahad Tahfiz Alor Setar. Selesai solat kami dihidangkan dengan sedikit tazkirah oleh Abang Shah. Aku tahu bahawa teman-teman yang baru masuk ke Kuala Mu masih tidak mengerti apa tujuan sebenar perjalanan ini. Abang Shah hanya memberikan sedikit kata kunci perjalanan ini. ”kita Cuma mahu bagi makan kepada anak orang Asli” kata Abang Shah kepada semua teman-teman.
Perjalanan tetap diteruskan ke Kuala Mu, mentari mula menyinarkan kilauan cahayanya, langit hitam melabuhkan warnanya kerana malu melihat mentari memancar pekat ke dada langit. Hari semakin cerah dan perjalan masih suku lagi untuk sampai. ”ustaz! Bukit Petai ni boleh naik ke? Macam licin je?” Tanya aku kepada Ustaz Wahab untuk mendapatkan kepastian. Ustaz Wahab dengan tersenyum menampakkan barisan giginya yang penuh berkata ”anta jangan takut la, insyaAllah boleh naik”. Aku terus menolak gear dua kepada gear satu agar pendakian Bukit Petai ini mudah. ”Allah, Allah, Allah” terpancul aku kalimat ini untuk meraih sedikit kekuatan untuk meneruskan pendakian. Alhamdulillah setelah menempuh rintangan denai rimba tiba juga kami ke Kuala Mu.
”Abang Zaidi! Ini ke rumah mereka?”tanya Epal kepada aku. ”semestinya” jawab aku sambil tersenyum manis kepada epal yang berpewatakan sedikit lembut. Rumah Orang Asli Kuala Mu masih seperti dulu beratapkan rumbia, berdinding dan berlantaikan buluh. Anak-anak kecil berkejar-kejar sesama mereka tanpa memakai selipar dan tercalit sedikit lumpur-lumpur tanda mereka anak Kuala Mu. Kami berkemas-kemas mengangkat beg-beg untuk diletakkan di dalam pondok rehat. Pondok itu boleh dikatakan sebagai hotel setaraf Seri Malaysia di Sungai petani kerana itulah pondok yang terbesar dalam kampung Kuala Mu.
Kami membuat sedikit mesyuarat untuk memudahkan agenda kami pada kali ini. ”petang nanti kita akan bertolak ke Beswok, itu cadangan saya” kata Ustaz Wahab tersengih-sengih meminta sokongan. ”ramai ke yang setuju?” tanya Salman anak Cikgu Mi kepada semua peserta. Melihat kanan dan kiri ramai yang mengangguk tanda cadangan Ustaz Wahab itu diterima. ”jadi sekarang kita akan buat sedikit makan besar” ujar Salman kepada teman-teman. Makan besar dalam bahasa Asli disebut ”cak Raya”. Sebenarnya dakwah ini cukup mudah, kita hanya perlu memberi makan kepada orang Asli yang belum Islam ini.
Taman-teman muslimat mula berkawan dengan anak-anak Orang Asli. Kelihatan anak Orang Asli cukup gembira dengan kedatangan kami. Aku berlari-lari anak menuju kepada mereka sambil memegang gula-gula untuk diberikan kepada mereka. Aku berkata kepada anak orang Asli jika mereka mahukan gula-gula perlu ikut apa yang aku cakap. ”Ashhadu” aku mengarahkan mereka menyebut kalimat itu sambil mengangkat jari telunjuk menunjukkkan ke langit sebagai simbol shahadah. Jawab mereka malu-malu alah. ”an la ilaha illallah” mereka terus mengikut apa yang aku cakap sambil menolak kawan-kawan mereka. ”wa ashhadu” kalimat ini terus mereka ikut kerana mahukan gula-gula. ”Anna muhammmadarrasulullah” gembira benar hati aku apabila mendengar tutur shahadah dari bibir mereka. Aku memberikan mereka seorang satu gula-gula.
Aku amat sedih melihatkan pakaian mereka yang lusuh, tidak berbasuh dan pakaian yang terlekat di dada mereka nampak begitu kotor keadaannya. Dari sudut kebersihan mereka memang tidak mementingkannya, tetapi mereka terlalu sihat. Aku, Faisal menjeling antara kami. ”Zaidi! Depa memang tak sakit ke? Awat depa nampak sihat je?” Tanya faisal sambil menuding jarinya kepada sekumpulan wanita Orang Asli yang berdiri di depan sebuah rumah sambil mendukung anak mereka dengan pelbagai cara. ”aku pun tak tau, tapi sememangnya mereka lebih sihat dari kita, sebab mereka berkawan dengan alam, kesihatan mereka usah ditanyalah, orang-orang tua yang berumur 60 tahun pun kuat lagi” jawab aku.
Makanan yang dimasak oleh Abang Shah sudah siap disaat aku dan teman-teman lain asyik bermain dengan anak-anak Orang Asli. Permainan kami hanya memberi mereka kertas dan pensil untuk mereka melukis. Terkejut aku melihat cara mereka melukis sehinggakan ada seorang diantara mereka melukis gambar land rover dengan cantik. ”Zaidi bagi tau budak-budak tu bawa pinggan, makanan dah siap” laung Abang Shah sambil memegang senduk nasi. ”adik-adik, balik rumah ambil ayan” arah aku kepada anak-anak Orang Asli. Mereka terus bertempiaran mengambil pingan dan segera beratur mengambil makanan. Alhamdulillah makan cukup diberikan kepada orang kampung. Aku melihat mereka cukup gembira dengan kedatangan kami, kerana kami memberikan mereka makan nasi. Kalau kita nasi yang tidak habis dan sisanya dibuang ke tong sampah adalah perkara biasa. Tetapi mereka menganggap nasi adalah makanan paling istimewa kerana mereka sukar untuk memperolehinya kerana terlalu mahal. ”Shah! Lori garam tertumpah ke? Perli Abang Nuar sambil memegang sebutir besar garam yang belum larut dalam gulai telur yang dimasak. Kami yang berada disitu ketawa mendengar kata-kata Abang Nuar kepada Abang Shah. Selepas selesai mereka makan dan semua periuk dan perkakas disimpan dalam land rover maka kami mula mengemas pondok yang kami tinggal.
”Salman! Mari kita bertolak ke Beswok, takut nanti hujan” arah Ustaz Wahab yang memagang tongkat diberanda pondok. ”sahabat-sahabat! Lagi lima minit kita akan bertolak, jadi pastikan tiada apa-apa barang yang tertinggal” laung Salman kepada kami. Kami mula mengambil tempat dalam land rover masing-masing, anak-anak Orang Asli mula melihat sesama mereka. ”Abang datang bila lagi” tanya Angah seorang budak perempuan Asli kepada Amer. Amer menjawab sambil memegang bahu budak perempuan itu dengan nada yang membuatkan aku sebak ”abang balik dulu, bulan depan abang datang balik jumpa dengan adik, nanti abang bagi tudung pada adik”. Aku yang memandu land rover yala mula bergerak perlahan-lahan meninggalkan kawasan pondok. Kanak-kanak Orang Asli berkejaran antara mereka membontoti land rover kami menampakkan riak wajah mereka yang tidak mahu kami pergi. ”nanti abang datang lagi” laung Amer kepada mereka sambil melambai tangan. Kami pasti akan datang lagi kerana dakwah kami kepada mereka mesti berterusan. Kami Cuma mengharapkan mereka berhijrah kepada Islam, jika kali ini tiada yang hijrah kepada Islam, esok mereka akan berhijrah kepada Islam, jika tidak esok, lusa mereka berhijrah kepada Islam, jika tidak lusa hari berikutnya mereka berhijrah kepada Islam, dan jika seterusnya mereka tidak berhijrah kepada Islam, mendatang mereka akan berhijrah kepada Islam walaupun kami sudah menutup mata dan kami tetap mengharapkan mereka berhijrah kepada Islam.


8 pagi 29 Jun 2008


.....

Mengintai-intai blog sahabat kita, bertemu dengan cerita pendek penuh makna ini. Mengimbau kenangan menggamit memori penuh kerinduan dan harapan pada Kuala Mu yang satu. :))))

Kuala Mu - Julai 2009  

Posted by ummahaid in ,


:))) alahai sweetnya...

KUALA MU – JULAI 2009 Pertama kali diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke perkampungan orang asli sungguh menggembirakan.Apa tidaknya ,setiap kali nak join ada je halangan yang datang.Tapi ALHAMDULILLAH syukur kepada ALLAH yang sentiasa membantu hamba-hambanya.


Perjalanan kali ini disertai 4 muslim iaitu Akh Salman , Abg Zaidi, Abg Fuad, Jundullah dan 3 muslimat iaitu Muna 'Izzah, Attiqah and org yang buat laporan ni-).Dan org penting driver Cikgu Hasyim .Ketiadaaan kenderaan memaksa saya menumpang Fuad dan Zaidi.Walaupun keseorangan , tp semangat untuk ke sana melebihi segala-galanya(ceeewahh).Kami mula bertolak dari Selayang dalam pukul 12 tgah malam dan sampai di masjid tpat jam 6.30 pagi.Alhamdulillah kami sampai dengan selamat.


Pertemuan dengan 2 muslimat di sana mengurangkan sikit ketakutan yang ada.Best jgk dpt kawan2 baru heeee.Ini tidak asyik2 baca buku, mengadap buku, rasa nak makan je buku2 tu, whateverRR…Selepas solat subuh, kami megadakan perjumpaan utk membincangkan ttg ekspedisi ini dan secara rasminya Encik Zaidi dilantik menjadi Amir utk kali ini.Sebelum bertolak kami mengalas perut dahulu dengan roti canai maklumlah nak kumpul tenaga nak jalan jauh.Pagi itu jugak Cikgu Bob datang tp tidak dapat menyertai kami kerana ada urusan yang perlu diuruskan.


Cuaca pagi itu mendung tidak seceria dan segirang hati kami.Terpksalah kami bertolak lewat sedikit dari perancangan kerana hujan renyai-renyai.Lebih kurang pukul 11 pagi kami pun mula bertolak ke Kuala Mu.Walaupun ‘org baru’ tapi rasa gembira sangat kerana dapat menyesuaikn diri dengan org2 lama yang lebah banyak pengalaman. Sepanjang sejam pertama, perjalanan kami berjalan dengan lancar sehinggalah muncul anak ular di atas jalan.Dengan izin ALLAH, anak ular itu pergi dan kami pula meneruskan perjalanan.


Perjalanan kali ini tidak sehebat ekspedisi yang sebelum2 ni di mana perjalanan kami berjalan dengan lancer.Land rover pula tdk pernah pula buat hal dan syukur kami tidak prlu bergelut dalam lumpur untuk ke sana.( tp rupa2nya ada jgk budak yg x puas hati krn x dpt msuk lumpur heee) Disangkanya panas hingga ke petang, rupa2nya hujan di t.hari.Di persimpangan antara Kuala Mu dan Kotai,tiba-tiba mendung kelihatan menyelubungi kawasan Kuala Mu.Hajat di hati ingin sampai di Kuala Mu tp terpaksa dibatalkan.Mugkin ada hikmah di sebaliknya


Kak Jinon Kg Kotai

Kami kemudian meneruskan perjalanan ke Kotai dengan semangat yang masih membara tp agak kecewa namun perjuangan itu sesungguhnya tidak pernah mengira tempat.Tibanya di Kotai dalam pukul 1.30 t.hari kami solat zohor dan membuat ‘cak raya’ dengan memasak bubur nasi.Tengok kanak2 makan dgn seleranya pun sudah rasa puas di hati ini.Semasa berada di sana, sempat juga kami bercakap-cakap untuk ke Kuala Mu.Ternyata mimpi itu akhirnya menjadi kenyataan.Melihat kan cuaca yang mengizinkan dan cikgu pun bagi lmpu hijau, kami pun bertolak ke sana lebih kurang dalam pukul 4 ptg.Perjalanan ke sana sememangnya lebih mencabar daripada Kotai kerana keadaan bukitnya yang tidak sekata dan agak licin tapi mujurlah tiada yang menghalang kami selain jalan yang becak dngan air.Syukur kepada ALLAH kerana land rover masih ada cermin ,pintu dan tayar semasa tiba di sana heeee… .


Lebih kurang pukul 6.30 ptg kami tiba di Kg.Bersah .Kehadiran kami disambut dengan meriahdan sorok sorai kanak-kanak di sana dan juga berpuluh-puluh ekor anjing(perlu ke mention?mesti la sebab pelik kan???) Singgah di rumah Pak Hadu kami di jamu dengan ubi kayu rebus yang simple tapi sedap.Patut pun Muna n Tiqah selalu bercerita ubi kayu special umi dia tu(no wonder).Selesai solat Maghrib di sana,kami menuju ke Kuala Mu dan tido di atas lantai berlantaikan buluh dan beratapkan rumbia.Walaupun ini pertama kali , tp harap ini bukan yang terakhir.InsyaAllah…Sejuk tu x payahlah cakap la, rasa nak tido dgn api jeeer.. .


Esok paginya ,kami membuat sedikit cak raya’ berlaukkan nasi,kari telur n sayur.Lebihan-lebihan makanan yang ada dibahagi-bahagikn kepada org2 di sana. Selain itu kami juga ada memberi pakaian kepada kanak2.Abg Salman sampai tdk menang tangan kerana diserbu oleh budak2.Disurunya beratur tapi tak pernah nak ikut arahan.

Lubuk Taring yang menenangkan...


Sesudahnya kami muslimat membawa budak2 mandi di Lubuk Taring.Satu yang saya tak dapat lupakan ialah seorang kanak2 perempuan 2(xingat pulak nama apa) sanggup undur balik dan pegang tangan saya semasa on d way ke Lubuk Taring kerana perasan saya agak ketinggalan jauh d belakangLepas tu kami jalan sama-sama.A VERY SWEET MEMORY……

Cikgu Hasyim bersama anak-anak Kuala Mu


Selesai semuanya kami semua berkemas kemas utk pulang.Selamat tinggal Lubuk Taring n Jeng Jeng…Entah kali ke berapa mereka bersalam sebelum kami bertolak pulang(sedih dan lucu semua ada).Seperti biasa kami singgah d rumah penghulu Hadu seblum bertolak pulang dan sekali lagi kami di jamu ubi kayu…..(special ubi kayu ,bkn men2 beb).Dlam pukul 2 ptg selepas solar Zuhur kami pun bertolak pulang.Allhamdilillah semasa bertolak pulang cuaca cerah dan jalan pun agak stabil.Tapi yang herannya itu yang menjadi masalah kat ‘Abg’ Zaidi .Katanya tak sah kalau masuk ‘kering’ tp keluar pun ‘kering’ jugak.Tak best katanya…Whatever lah….


Bersyukur sangat2 dapat mengenali sahabat2 semua. Semoga ukhuwah kita semua tidak berhenti di sini.Sama2 lah kita Perjuangkan ISLAM dengan 1000 tekad dan niat yang ikhlas InsyaAllah.



‘dan orang yang berusaha bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak Kami, sesungguhnya Kami pimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka berrgembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya( pertolongan dan bantuan) ALLAH beserta orang yang berusaha membaiki amalannya’ Al-Ankabut


Semaga perjuangan kita memperolehi keredhaanNYA……Amin



Salam Berkenalan

Nurul Azmaihan Bt Azmi

UITM SHAH ALAM



...


**masih menunggu gambar dari Akh Fuad :))

Kuala Mu... Rinduku oleh AbuJihad  

Posted by ummahaid in




Kuala Mu.

Kusambut tanganmu Kuala Mu,
Kutatap matamu serta wajahmu,
Dengan penuh harapan dan,
Kegembiraan menyambutku,
Tanpa rasa ragu-ragu.

Kuala Mu, tanganmu kusambut,
Matamu kupaut,
Harpanmu kugengam,
Dengan segala kekuatanku,
Untuk membawamu ke puncak kegemilangan.

Kuala Mu, kau sambut tanganku,
Dengan keindahan panorama alam,
Burung-burung berkicauan,
Angin petang yang menghembus,
Amat nyaman kurasakan.

Kuala Mu, suasana malammu yang nyaman,
Jauh dari kesibukan kota yang mencengkam,
Jiwaku kosong bagai malam itu,
Sungguh indah dan permai,
Bagai dibuai alam mimpi.

Kuala Mu, tidakkan kulupakan,
Saat indah bersamamu,
Akan kudatang melengkapkan rinduku,
Nanti pulang sentiasa di benak fikiranku,
Sampai malam bermain dalam mimpiku.


Nukilan;FUAD(abu), 19Muharam1429H, 28-01-08.
Kamar KTP,UPM.

Kuala Mu - Mei 2009  

Posted by ummahaid in

KUALA MU - MEI 2009


Bingkisan indah buat insan yang bergelar murabbi.. “penambahan ilmu akan menambah kuatnya iman… iman yang baik akan menambah baik dan tinggi mutu amalan…”-HAMKA-


16 Mei 2009.
Kala seluruh negara meraikan insan yang bergelar guru, cikgu, lao tse, Kuala Mu sekali lagi menjadi saksi perjuangan kami - memberi dengan sebanyak banyaknya demi melihat tertegaknya Islam tercinta.

Alhamdulillah. Syukur yang teramat sangat kepada Al Khaliq setelah agak beberapa lama menanti, setelah beberapa siri penangguhan akibat cuaca yang tidak mengizinkan dan akibat kekangan masa, Kuala Mu dipandang sepi dari jauh. Namun akibat kesilapan information, kami hanya dimaklumkan tentang trip ini kurang daripada 24 jam sebelum bertolak! Bagaikan tidak percaya sekali lagi Allah membuka pintu rezeki ini untuk menjejakkan kaki ke Kuala Mu. Syukur!



KP 60 yang kebal


Ekspedisi kali ini disertai oleh Cikgu Bob, Pak Cik Khairi, Abg Rohaizan, Pak Cik Mi, Abang Nuar, Abang Shah, Abg Salman dan 2 orang kawan Abg Rohaizan iaitu Pakcik Khairul dan Pak Cik Zul serta 6 muslimat iaitu Kak Mazwin USM, Yusrina, Wan Ismayuzi, Azie, Siti Normala dan saya sendiri Muna 'Izzah. Oh lupa. Ija (anak cikgu Bob) juga ikut serta Abah nya! :))



Apa saja disembangkan tu :)


Kami (dari IPTB) bertolak ke Juru dalam lingkungan jam 7.30 pagi. Sampai sahaja di Juru, kelihatan hanya kami sahaja. Kala itu, agak was was juga, takut tersalah faham tempat. Tapi alhamdulillah, tak lama lepas tu, kelihatan sebijik saga putih yang dipandu Akh Salman tiba bersama Abang Shah. Diikuti oleh sebijik land rover (lebih macam kereta kebal..huhu) bernombor plat KP 60 dan sebijik lagi Unser yang dipandu oleh Abang Nuar juga tiba. Pak Cik Khairi kemudiannya tiba dengan Mercedes nya yang berwarna putih....

Kami bertolak dengan sebiji Unser dan KP 60 dari juru dalam lingkungan 8.30 pagi. (betulkan jika salah...ana tak tengok jam masa ni...:)) Kata Abg Nuar, kita akan singgah di Bukit Merah untuk ambil seorang lagi muslimat iaitu Kak Mazwin. Oh seronoknya! Ingatkan kami berlima je muslimat....

Perjalanan ke Bukit Merah seterusnya ke Pekan Kuala Kangsar agak lancar tanpa sebarang masalah. Tiba di KK dalam lebih kurang jam 11, singgah makan di pekan KK dahulu sebelum meneruskan perjalanan. Kata Abang Shah - "Kita makan double! Pagi n tengah hari!"... Kami tanpa rasa terpaksa lantas menurut arahan beliau untuk men'double' kan makanan... :D

Setelah perut teralas (bukan alas dah, terus penuh!), perjalanan diteruskan ke destinasi seterusnya iaitu rumah Cikgu Bob.


Abah yang tak pernah kedekut ilmu.


Persinggahan kami di rumah Cikgu Bob tidak lama. Barang dipunggah ke dalam Mazda Cikgu Bob. 2 land rover (KP 60 dan Mazda) telah bersedia! Ekspedisi ke Kuala Mu dimulakan. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani~ 1.16 tepat perjalanan mendaki Kuala Mu dimulakan.


Cuaca yang pada mulanya sekadar redup mula bertukar rupa. Awan hitam dilihat berarak mendampingi kami. "Macam nak hujan ni" Getus hati ini sendirian.

Hujan mula turun rintik rintik. Sampai sahaja di Bukit Petai - "kawasan maut," kata Cikgu Bob, tanah merah dilihat sudah sedia basah. Rupa rupanya dah hujan kat atas ni! Subhanallah. Hati mula berdebar laju. Kalau hujan, faham faham lah apa jadi!





Berehat sebentar lepas KP 60 ditarik.


Bukit Petai mula menunjukkan taringnya. Mazda yang dipandu cikgu Bob alhamdulillah tidak menghadapi sebarang masalah, namun berbeza dengan KP 60 yang dipandu Pak Cik Mi. Berdasarkan apa yang didengari melalui walkie talkie, land rover yang satu ni ada masalah dengan gear dan brek! (Memang A lah! :))

Sampai di satu kawasan yang agak curam - "Kat sini, Yala pernah terbalik!!" kata Cikgu Bob lagi.
Dan di sini juga menyaksikan Abg Rohaizan terbalik ke belakang jatuh daripada Mazda akibat terlepas pegangan! Allahuakbar. Nasib beliau sungguh baik kerana tiada sebarang kecederaan dilaporkan....

Namun satu lagi situasi cemas berlaku. KP 60 gagal untuk mendaki kawasan itu. Apa lagi. Rantai dikeluarkan. Mazda di hadapan - bersiap untuk menggunakan tenaga dan menguji kehebatan tayar baru. TARIK!!!

Alhamdulillah kedua dua kenderaan berjaya mengharungi segala jalan yang berliku - berkat semangat yang padu dan jitu diadun dengan kehebatan kedua dua driver yang sedia berpengalaman, perjalanan ke atas sekadar mengambil masa selama lebih kurang 4 jam. (Berbeza dengan trip kali pertama saya dengan Yala iaitu 7 jam!!)

Kami terus menuju ke destinasi utama kami iaitu perkampungan Kuala Mu. Sebaik sahaja mata ini tertangkap pada bangunan SK Pos Kuala Mu, timbul satu rasa yang sungguh, tidak upaya untuk dizahirkan. Rindu, syukur, gembira, terharu...Subhanallah...Memang macam-macam rasa kala itu. Sungguh, rindu di hati terhadap Kuala Mu tidak tertanggung lagi, (lantas mempedulikan peperiksaan hujung semester pada lusa hari!!)





Melihat anak-anak Kuala Mu yang berlari-lari penuh kegembiraan, ibu-ibu yang mengendong anak di belakang, para anjing (perlukah dimention?), bunyi sungai yang menderu laju, suara anak-anak riang melagukan rentak lagu sekolah kesayangan mereka - sungguh menenangkan jiwa! Dunia realiti di bawah seakan tidak punya makna, kesibukan dengan dunia yang itu diletak tepi bertemankan kebingungan tentang dunia yang semakin 'cemas' penuh pembohongan itu. Ini lah dunia ku.. Kuala Mu!



Bertemu anak-anak Kuala Mu menjadikan diri ini leka. Lupa bahawa kami belum menunaikan solat Asar. Jam menunjukkan hampir jam 5 petang.



Bersujudlah..walau di mana sahaja..


Usai solat Asar berjemaah, para muslimin menjalankan tugas memasak untuk 'cak raya' bersama penduduk kampung. Manakala kami para muslimat menjalankan kewajipan kami iaitu menziarahi penduduk kampung, bermesra dengan mereka dan bermain dengan anak-anak. Kali ini, akh salman punya rancangan tersendiri apabila beliau membawa beberapa buah buku cerita daripada Darul Ummah dan membahagikan buku-buku itu kepada kami untuk dijadikan ABM kami untuk anak-anak. Seronoknya tengok anak-anak berminat untuk mendengar kakak-kakak bercerita! ^_^. (Kami jadi bertambah semangat lah!)




"Orang yang paling seronok adalah orang yang memberi. Seronoknya lebih daripada yang menerima" - Abu Saif


Sesudah nasi dan lauk berupa sardin, telur dadar dan sayur siap dimasak, hujan mula turun. Kami memutuskan untuk makan bersama anak-anak di dalam pondok buluh. (untuk pengetahuan para sahabat, di hadapan pondok buluh besar tu kan, dah siap terbina satu bangku dan meja buluh panjang....)



Cak Raya bersama anak-anak dilakukan dalam keadaan gelap dan hujan lebat. Sejuk! Memang kena lah. Nasi panas dihidang dalam cuaca sejuk - walaupun nasi masih tak berapa masak, tapi itu lah nikmat paling berharga dalam suasana seperti itu.

Senja kami diluang bersama anak-anak di dalam pondok bergelap. Macam-macam hal. Pening dibuatnya. Mereka terperangkap di dalam pondok. Kami terperangkap bersama mereka atau mereka terperangkap bersama kami? huhuhu....

Malam itu usai solat jama' maghrib dan isya', kami bertolak ke rumah Penghulu Hadu di Kg Bersah. Hanya 2 perkara dalam otak saya jika disebut tentang Pak hadu dan Kg Bersah - anak2 Bersah yang cerdik dan ubi umi!!! Rindunya... ^_^




Kami dihidangkan dengan ubi umi yang tiada tandingannya. Ubi, ikan masin, gula. What a perfect! Dan sekali lagi saya (yang sememangnya mudah terharu) hampir menitikkan air mata akibat terlampau terharu apabila sebaik sahaja land rover memasuki kawasan Kg Bersah, terdengar jeritan dari anak-anak yang masih tidak tidur - "Kak Muna! Kak Muna!"
Subhanallah. Saya baru berjumpa dengan mereka sekali sahaja dan itu pun 2 bulan yang lepas. Terkedu. Mereka masih ingat saya! (Isk..Isk..)

Lawatan singkat kami ke rumah Pak Hadu berakhir kira kira jam 11 mlm. Masing masing pun nampak keletihan. Mata semakin berat (lagi-lagi lepas pekena ubi dengan teh o...Aduhai...)
Kami kembali ke kampung Kuala Mu dan tanpa banyak berkira terus tidur dalam kesejukan.

Keesokan paginya selesai menunaikan solat subuh, sekali lagi para muslimin bertungkus lumus menyediakan menu untuk cak raya lagi sekali. Dan seawal pagi itu juga, anak-anak Kuala Mu (yang tak reti duduk diam) dah bersiap menunggu kami di depan pondok.. dengan muka masih terpisat pisat bangun daripada tidur...



Pagi itu juga, kami kaum muslimat menuju ke Lubuk Taring - bak kata Anis, "kalau 1st time mai kuala Mu tak mandi di Lubuk Taring memang tak sah!!" Penuh semangat saya mengepalai tracking ke Lubuk Taring yang dalam kiraan 450 langkah daripada pondok!



Mandi dan memandikan anak-anak di Lubuk Taring telah menjadi satu kewajipan untuk kami. Perasaan seronok dan gembira kala menggosok tubuh kecil mereka dan membasuh rambut mereka tidak tergambar dengan kata-kata! Keikhlasan dalam memberi - itu yang penting yang harus ditanam dalam jiwa setiap da'ie. Bila kita memberi dengan sepenuh hati, insya Allah jalan ke arah mencari Hidayah Nya akan dipermudahkan~

"wahai diri, jangan jadi da'ie yang malang, yang hanya tahu berdakwah tapi tak melaksanakannya,
wahai diri, jangan jadi abid yang tertipu, terasa banyak sudah amalan tapi tak sedar pahala itu kuasa Allah,
wahai diri jangan jadi alin yang tertipu, disangka ilmu telah banyak tapi tiada yang terkesan di jiwa,
wahai diri, jangan jadi mujahid yang tertipu, disangka perjuangan itu terbaik tapi ternyata Islam tak memerlukannya tapi dia yang memerlukan Islam..."

Selesai mandi dan membersihkan diri, kami segera pulang. Makanan sudah siap dimasak. Menu hari itu ialah - nasi, kari, sardin dan sayur. Emm.. enak sungguh baunya...



Makan dah selesai.
Masa untuk pengagihan baju!!



Waahh..Masa ni kesabaran kami memang diuji. Disuruhnya beratur. Kali pertama - ok. Patuh. Kali kedua - masih patuh. Kali ketiga - hilang sudah suara kami! Keadaan menjadi kelam kabut sehinggakan beberapa helai pakaian Kak Mazwin telah disapu licin! Aduhai.. Beruntung anak-anak Kuala Mu kerana Kak Win telah berlapang dada dan merelakan pakaiannya diambil dengan niat bersedekah. Alhamdulillah :)



Jeng Jeng dan baju baru. Makin hensem dan manja budak ni sekarang ;P

Selesai sesi pengagihan pakaian, kami terus bersiap untuk pulang. "Nak balik dah..." Sob...Sob.. Jika diturutkan hati, mahu sahaja bermalaman barang sehari dua lagi.. Tak cukup rasanya masa yang ada... Mengenangkan esok yang memerlukan diri ini bertarung di medan imtihan, kaki berat melangkah...

Seperti biasa, rumah Pak Hadu menjadi tempat persinggahan terakhir sebelum turun.. Ouh. Di sini juga - saya bilang kepada akh Salman "mai Bersah kalau tak main dengan adik-adik memang tak sah!"... Ya! Wajib bermain 'lubang tikus' bersama mereka! Kami juga berkesempatan bertemu Kak Noriah - anak Angah yang sedang bercuti. Kak Noriah sedang menuntut di Pengkalan Chepa, Kelantan. Bapanya, Angah yang dulu menghidap gout (kalau saya tak silap) sudah semakin sihat dan bertambah ceria!



Disebabkan masa semakin suntuk, kami terpaksa bergegas untuk pulang.. Ouh sekali lagi hati ni rasa berat nak tinggal adik-adik... Puas dipeluk, dicium pula.. Aduhai adik adik ku. Insya Allah kakak akan naik lagi jumpa dan main lubang tikus dengan adik-adik :(

Tepat jam 1.17 petang kami memulakan perjalanan turun ke bawah. Alhamdulillah cuaca agak cemerlang ketika itu dan perjalanan diharapkan tidak menemui sebarang kesulitan.

Namun.. Sunnah Orang Berjuang.. Tenang tegang silih berganti. KP 60 yang dipandu Pak Cik Mi sekali lagi tersekat dalam selut yang agak dalam. Bukan agak, memang dalam.



Sekali lagi bantuan Mazda Cikgu Bob dan tayar-tayar barunya diperlukan.
Pelbagai usaha dilakukan untuk menarik KP 60. Setelah menempuh 30 minit yang sukar, alhamdulillah KP 60 berjaya dikeluarkan dari selut. Laungan kalimah Allahuakbar! memenuhi tengah-tengah hutan belantara.

Perjalanan ke bawah lancar tanpa sebarang kesulitan. Cuma sesekali terpaksa berpatah balik akibat tersalah arah. :)

Kami tiba di bawah dalam lebih kurang jam 4.30 ptg. Kami singgah di surau untuk menunaikan solat Asar dan seterusnya Khitam di situ.

Walaupun trip kali ini punya waktu yang singkat, namun hati ini sangat bersyukur kerana terpilih untuk memenuhi undangan ke Kuala Mu. Halangan dan rintangan yang dilalui - bak kata Pak Cik Khairi - ni baru sikit! - tidak langsung menggentarkan jiwa ini. Malahan bertambah teruja! Terima kasih yang tak terhingga kepada Abang Nuar dan Abg Salman yang mengundang kami (IPTB) untuk turut serta dalam trip kali ini. Juga kepada Abg Shah. Bertuah rasa diri ini dapat mengenali kalian semua. Cikgu Bob dan Pak Cik Khairi - ibarat abah kepada kami. Abg Rohaizan n gang yang tak putus putus merakamkan aksi dengan kamera mereka. Juga tak lupa Pak Cik Mi yang kehebatannya memandu kereta kebal tak boleh disangkal lagi! Again, beruntung dapat mengenali kalian semua. And to Kak Win, thanks a lot for being so much like a sister to us. (Apa kehei nak cakap omputih).

Semoga perjuangan kita diredhai Allah!!!


Muna 'Izzah Md Isa

IPGM Kampus Tuanku Bainun
BM, Penang.