BAITUL UMMAH.., Lepas Landas
Tika mana ummah aid memasuki usia setahun jagung dalam kerja kebajikan dan dakwah ini, ianya telah melalui secebis ujian dari Allah swt yang jauh lebih besar dipikul oleh para syuhada, sahabat, nabi dan rasul pilihan Allah swt.
Tenyata pengalaman yang secebis ini mengajar ummah aid untuk lebih kosisten dan instiqamah dalam kerja dakwah dan kebajikan ini. Ini kerana liku dan ranjau dalam kerja ini memerlukan pertanggungjawapan yang besar. Seharusnya pertanggungjawaban ini tidak hanya dipikul oleh organisasi ini sahaja, namun ia seharusnya dipikul oleh ummat yang mengimani Allah swt sebagai tuhan pencipta dan Muhammad saw rasul pesuruhNYA.
TUGAS DAN AMANAH
15. Wahai ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) Dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) Yang telah kamu sembunyikan dari Kitab suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) Yang jelas nyata keterangannya.
16. Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa Yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) Yang terang-benderang, Dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan Yang lurus.
Mengambil suruhan dan perintah ayat ini maka UMMAH AID atas amanah pertanggungjawaban ini maka ummah aid dengan pelbagai bantuan yang dihulurkan mengambil inisiatif mewujudkan BAITUL UMMAH. Tujuannya hanya satu membawa sinar kebenaran dari quran yang jelas lagi nyata kepada masyarakat yang ditumpukan dalam sasar UMMAH AID.
SIAPA BAITUL UMMAH
Baitul Ummah, merupakan sebuah inisiatif kolektif bersama yang digerakan oleh sebuah badan bukan kerajaan UMMAH AID. Ia secara rasmi didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan pada Januari 2007, (0014-07-KDH). Berikut adalah Jawatankuasa UMMAH AID ;
Presiden : MOHD SHAH RIZAN SAZALI ( 016—473 1816 )
Setiausaha : MOHD SHAHRUL ANUAR MAHMOD ( 016—222 3444)
Bendahari : MOHD RIDZUAN YUSOF ( 012—967 5690 )
Penyelia : SALMAN SIDDIQI MOHD AZMI ( 0199303968 )
CORETAN NAN INDAH KOMUNITI TEMIAR DI KAMPUNG REDIP, POS HAU
-
*Awal Coretan*
Catatan ini dibuat bukanlah dari hasrat penyelidikan. Tetapi lebih kepada
coretan sampingan dari program kemasyarakatan, “Jejak Orang Asli...
5 tahun yang lalu